Monday, December 28, 2009

~kesian kesian kesian kesian~

tiada yang dapat aku katekan melainkan perkataan "kesian 20x"..ini mengisahkan wanita yang menjadi isteri dan balu pada hari sama. kes ni baru jer beberapa minggu lepas.semalam semasa dalam perjalanan dari terengganu ke kl, member aku cerita si suami yang meninggal tu same mrsm dengan die.td pon dpt tau yang pengantin perempuan mmbr kpd mmbr amir(brpe bnyk mmbr daa..hehe).

eh cite sedey nih.xleh" he he he"..umm..mmbr aku cakap keadaan pengantin perempuan sekarang sangat teruk. bercakap sorang2, pastu gelak2x, pastu nangis. bagaikan arwah suami ade sebelahnya.

besar sungguh dugaan yg perlu ditempuhi wanita tersebut. cuba bayangkan. bercouple sejak dari tingkatan 2. selepas sekolah menengah terpaksa berpisah sementara kerana masing2x melanjutkan pelajaran. kalo tak silap kedua-duanya oversea. masih terus memadu kasih dengan jarak jauh. setelah tamat belajar, dengan niat untuk teruskan hubungan ke jinjang pelamin dan meneruskan hidup bersama2x. namun, setelah di nikahkan dalam masa 4 jam, tidak sempat bersanding di jinjang pelamin, mereka berpisah buat selama- lamanya. begitu hebat tekanan yang di hadapi wanita tersebut.

tetapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Allah tidak akan membebani hambaNYA melainkan kesanggupan hambaNYA untuk menempuh ujian itu,ujian yang diberi oleh Allah adalah untuk mengangkat martabat manusia,semoga wanita tersebut terus bersabar,
sesungguhnya Allah amat menyayanginya sebab itu diberi ujian yang berat ini..
Allah Maha Mengetahui


Tuesday, December 22, 2009

~Ajal telah sampai~

sangat terkejut semalam tatkala menerima pesanan ringkas dari mak aku yang mengatakan makcik Jarah yaitu jiran aku telah kembali ke rahmatullah.

rentetan mengenai kisah Allayarham adalah beberapa minggu lepas Allayarham di serang angin ahmar sebahagian dari badannya, dan tidak dapat bergerak. setelah diubati seorang bomoh dengan izin Allah, keadaannya pulih sepenuhnya.

dua hari sebelum Allayarham menghembuskan nafas terakhir, beliau sekali lagi diserang angin ahmar. dan kali ini di sebelah yang satu lagi. kali ini amat teruk sehingga tidak dapat bertutur kata. selepas dua hari keadaan beliau sangat tenat dan semalam telah kembali ke rahmatullah.

Allayarham masih mempunyai ramai anak kecil. oleh itu aku tak dapat bayangkan bagaimana keadaan keluarga Allahyarham. semoga Allah tabahkan hati mereka menempuh dugaan yang sebegitu berat. namun Allah lebih menyayangi Allayarham.

Al-Fatihah kepada Allayarham.

Friday, December 18, 2009

~malaysia boleh~

setelah penantian 20 tahun Malaysia untuk menang acara bola sepak sukan sea akhirnya berakhir semalam. setelah Malaysia membenam vietnam 1-0. pasti kemenangan tersebut amat membanngakan semua rakyat Malaysia.

aku hanya sempat tengok perlawanan ini pada 70 minit selepas permainan sehingga habis. kerana petang tersebut ade mesyuarat dengan PTM(berkaitan portal development) so pukul 7 baru habis mesyuarat. nasib baik dapat tengok gol dari pihak Malaysia.

ramai yang berpendapat semangat pasukan Malaysia kali ini sangat bagus dan bemain dengan penuh semangat. ada benarnya kata- kata tersebut kerana sehingga ke saat akhir aku lihat pasukan Malaysia bermain habis- habisan. begitu juga sewaktu aksi pemain Malaysia yang terjatuh sewaktu perlawanan mereka tangkas mengejar bola. so dari situ dapat lihat semangat juang mereka yang amat tinggi.

penyokong Malaysia pun turut sama mempamerkan semangat dengan meluangkan masa menonton beramai- ramai di sri pentas. di khabarkan jelas kelihatan semangat 1MALAYSIA kerana masyarakat berbilang kaum datang menonton perlawanan tersebut di sri pentas..

ini lah yang dimaksudkan oleh PM kite. semoga semangat ini terus menerus menebal di hati masyarakat Malaysia. amin..

SALAM MAAH HIJRAH KE 1431 .tahniah di ucapkan ke tokoh Maal hijrah.pagi tadi sempat menonton perhimpunan Maal Hijrah disiarkan secara langsung di TV1. amat kagum dengan 2 orang penerima tokoh maal hijrah tersebut. kedua dua nya bernama yussuf. yang aku amat kagumi adalah YUSSUF QARADAWI. tu kan ulamak terkenal. di lahirkan di mesir, bapanya meninggal sewaktu die berumur 2 tahun dan pada umur 10 tahun telah hafal satu Quran. yang sorang lagi berasal dari terengganu dan pencapaian yang dicapai nya amat mengagumkan.
semoga suatu hari nanti dapat menjadi seperti mereka.


Wednesday, December 16, 2009

~syuke lagu wali band ~

tak kenal tengok pon muke penyanyi kumpulan wali band ni. kalu tak silap dari indonesia. tapi aku suke lar lagu dari diorang nih. mula2xlagu yang aku suke cari jodoh(loser song). pastu semalam dengar lagu kekasih halal, baik-baik sayang, mari solawat dan taubat maksiat.sume best2x dan aku sangat2x suke...IDUP WALI BAND2x!!!!!hehe

Tuesday, December 15, 2009

~jadi balu di hari perkahwinan~

bila terbaca tajuknye macam tak logik kan. balu tu maksudnye kematian suami. so maknenya perempuan kematian suami pada hari perkahwinannya. ini cerita benar walaupun pelik.

2 hari lepas lar kalau tak silap heboh kat surat khabar dan kat tv pasal seorang wanita hanya sempat menjadi isteri 4 jam sebelum menerima berita kematian suaminya. menurut berita yang diperolehi si suaminya meninggal sewaktu dalam perjalanan pulang setelah selesai upacara akad nikah. berlanggar dengan lori.

3 orang lagi yang menaiki kereta tersebut juga meninggal dunia. 3 orang tersebut adalah mak, ayah dan kawan lelaki tersebut. so kenduri persandingan bertukar menjadi kenduri tahlil.

satu lagi kisah berkisahkan kematian adalah 4 beradik meninggal dunia kerana lemas sewaktu banjir melanda. kalau x silap mereka pergi menangkap ikan dikawasan banjir. sewaktu ketiadaan ayahnya salah seorang jatuh kedalam air, yang lainnya ingin membantu tapi turut menerima nasib yang sama. ibu nya telah kehilangan 4 orang anak secara serentak. tak dapat bayangkan bagaimana perasaan si ibu tersebut.

inilah dikatakan kita hanya merancang dan Allah yang menentukan dan ajal menjelma tidak mengira umur dan waktu. apabila sampai masanya ia akan datang.

YaAllah Kau tunjukkanlah kepada aku jalan yang lurus dan di redhai.amin.

Monday, December 14, 2009

~syoknya~

hari ni 14 disember. tinggal beberapa hari lagi sebelum masuk ke tahun baru 1431 mengikut kalendar hijrah. dan seperti biasa apabila awal tahun ni semua orang duk pasang azam, tp azam yang lepas dah tercapai ke belom.


syoknya!!
*2 minggu skali dapat balik umah..best woo lepak kt umah..
*4 kali jumaat berturut2x cuti (besday sultan selangor + awal muharam + krismas +new year)
*spend mase dengan family
*spend mase dengan kazen +saudara mara(sabtu lepas ade solat hajat kt umah.)
*spend my money wif my family

sabtu lepas terasa sangat panjang sebab banyak perkara yg berlaku. di mulakan dengan hari jumaat. kami sekeluarga semua pergi ke kampung tok wan sebab nak uruskan upacara sembelih kambing untuk kenduri solat hajat esoknya. rasenye dah sekian lama tidak pergi ke suatu tempat bersama semua ahli keluarga.

apabila setelah proses sembelihan aku, heri (adik ), kerul(abang) , ayah dan uncle melapah kambing tersebut. buat pertama kalinya aku melapah kambing yang baru saja di sembelih. woooeeew bangge jap..hehe..pas da setel kami pun pulang

hari jumaatnye bermula lar operasi memasak. so kene lar bangun awal untuk tolong ape yang patut. solat hajat di lakukan selepas zohor dan jemaah dari masjid di jemput. lebih kurang 30 orang jemaah yang datang, sangkaanku 4-5 orang sahaja sebab hari bekerja kan.

bersyukur sangat sebab semua berjalan lancar. menu hari tersebut adalah pulut kuning + gulai kambing + gulai ikan + mee hoon.


lame giler tak berjumpa dengan kazen lelaki yang sebaya dengan aku. bukan ape, selalunye die bizi keje, tyme raye plak x berkesempatan jumpa. die datang rumah aku plak xde kt umah. kesungguhan die bekerja ada nampak hasil lar setelah berjaya membeli sebuah kereta wira 2nd hand secara cash..tabik spring kt die..

aku cuma ade 3 orang kazen yang sebaya. sorang laki dan 2 orang perempuan. sikit kan..

syoknya da abes............

Thursday, December 10, 2009

~stuck ~

oh no...yesterday went to meeting with Pusat Tenaga Malaysia (PTM) discuss the project to develop website portal for them. then after the meeting my supervisor said to me "tarmizi, you lead this project". in my heart, "WHAT!!!!".

definitely i'm dying after this if the project goes to my company hand. today i felt like time was so ahort because of so many thing to do. my supervisor called me 2 times to ask me to do research about develope web site.

so i'm rushing out to google and find any inforrmation regarding to workout how to design the website and find any tutorial . i already borrowed 2 book from library and found so many ebook.
and it problem right now because i dunno which one i have to read first and what should i do first.

after searching so long time and view the ebook and book,i'm stuck because right now the information i got was so many. i opened 2 windows and with 10 tabs of note and information about to design the website.

then i dunno which one i have to read first. finally i open and write this into my blog. haha..
its really a problems to me because i dont have any basic on how to create website. yeah its sound weird when university graduated with computer engineering but dunno how to create website. BUT it because not in my sillybus . so i didnt noe bout it.huhu..

so i have to work hard to. i have to continue my study after finish this blog. MALASIA BOLEH huhu..

Tuesday, December 8, 2009

~berjaya~

aku
berjaya
memadam
semua
gambar
aku
dalam
blog
nih.
my reason???
i dunno..juz wanna delete it.

~subuh yang terakhir~

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan kepadanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

lagu subuh yang terakhir dari rabbani. aku sangkakan lagu ini hanya mengisahkan peringatan tentang solat. rupe2xnye terselit didalamnya tentang kasih sayang terhadap ibu dan ayah.antara yang aku dapat muhasabah dari lagu nih:

1. luahkan perasaan sayang pada mak dan ayah : hati aku amat keras kerna tidak mampu lakukan ini.(YaAllah berilah aku kekuatan )
2. apabila di rumah aku tidak reti menghargai mereka, tetapi apabila berjauhan rindu yang teramat sangat akan melanda.
3.ucapan terima kasih : berat mulutku untuk mengucapkan perkataan itu pada mak dan ayah
4. banyak yang mak dan ayah terasa hati dengan perangai anak seperti aku, ungkapan maaf amat jarang di lafaz
5. kucupi mak dan ayah. selalu kucup mak kalau salam dengan die, tetapi dengan ayah hanya sekadar salam.semoga suatu hari nanti perkara yang sama akan aku lakukan pada ayah aku.amin


Monday, December 7, 2009

~pelangi petang~

seorang kanak-kanak menyanyikan lagu ini dengan penuh penghayatan sehingga mengalirkan airmata
Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

( ulang dari korus )


apa yang aku dapat bayangkan tentang lagu ini berkisahkan seseorang yang kita sayang pasti akan pergi meninggalkan kita. seorang itu sangat lah bermakna dalam hidup kita. dimana kehadiran nya amat menyinari hidup kita dan sentiasa menjadikan hidup penuh bermakna. video

Wednesday, December 2, 2009

~ kalo da rezeki tak kemana~

alkisahnye nak bercakap pasal rezeki manusia. kalu da ade rezeki tak kemana. tapi mesti lar berusaha.kenapa nak bercakap pasal rezeki ni??msti lar sebab ade sesuatu yang terjadi.

pada malam hari ahad lepas sewaktu menunggu bas untuk balik ke kl nih ade lar terserempak ngan member2x lame. mule2x tersempak dengan azizi. xde cite best pon psl die.hehe..pastu terserempak pulak dengan member mase kt sekolah teknik dulu

name die hisyamuddin. takkenal rapat sangat pon ngn budak nih. pastu terkejut dengar die bgtau die baru kahwin raye pose lepas. (dlm ati aku kene tangkap basah kot. jht gler..hehe)
pastu cam bese lar tnye buat ape pastu duk mane tup2x die bukak kisah die. aku pom excited lar nak dengar.

die kate die wat bisnes. (so dlm ati aku bkk bisnes kedai runcit je kot.). then die meneruskan cite die tuh dan mengatakan die jual sistem aplikasi. ala yang programmer buat tuh contohnye aplikasi kat mesin atm tu. (tp bukan tu yg die jual). die kate die ade member yg still belajar kt uniten. so die suh member die wat sistem forex exchange (da lupe. betol kot.). pastu die jual dengan harga puluhan ribu ringgit.PULUHAN RIBU RINGGIT. terkejut jap aku. tp mmg betul mende tu mmg mahal. tp die kan still mude. how can manage to do bisnes yang untung puluhan ribu ringgit.

then die kate lagi rugi budak2x kat universiti. buat system sekadar projek taun akhir. tu pun bole wat bisnes. betol gak kate die. die pon penah kene tipu. bese lar bile partner bisnes kan. aku tnye lar die background it ker. die kate xde lar. die ade diploma bussiness jer. so aku terpegun.

senangnye nak buat duit. tapi yang penting pandai convince kan customer lar pasal system kite tuh. pada awalnye die terdesak sbb motor ngn laptop die ilang. itupun dibeli oleh duit KWSP bapak die. so sejak kes tu die tak balik umah sebab takut. then sejak dari tu die buat bisnes tuh.

so moral of the story:
walaupun bukan bidang kita, tak mustahil untuk kite berjaya.
umur bukan penghalang untuk menempah kejayaan seperti itu.
usaha tangga kejayaan.

Tuesday, December 1, 2009

~kenapa??~

kenapakan perlu untuk menengking dengan nada suara yang kuat dan tinggi walhal mereka bukan pekak??

kenapa perlu bercakap sambil mengherdik dengan nada yang tinggi walhal mereka juga manusia seperti kita yang mepunyai perasaan.???

persoalan ini timbul apabila mengenangkan balik sewaktu balik kampung minggu lepas. berkaitan satu pasangan yang buta bertanya no tempat duduk di dalam bas di tengking oleh pemandu bas dan kisah seorang remaja perempuan yang tersalah platform di marah2x dengan nada yang kuat dan semestinya memalukan di khalayak ramai.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers