Tuesday, April 23, 2013

bos oh bos : 11:17 am/ selasa

semalam petang dah confirm kan dengan bos meeting harini procees as schedu on last meeting

tup tup pagi pukul 6 die mesej n katenya meeting postpone petang
kalau internal meeting libatkan staff kat opis takpe

ni melibatkan orang luar, tak profesional la kalau nak cancel minit camtu

huru hara call orang luar tak dapat

finally tinggal mesej n replied "ok"

fuhh lega gak..

Monday, April 22, 2013

Interview housemate:

Setelah wat iklan kat ibilik ramai plak call, so aku pilih secara rawak 3 org untuk hadir sesi screening test.

Calon pertama kerja kontraktor maxis, kat rumah sekejap pon banyak giler hisap rokok, heavy smoker, kurang bercakap, muka macam pikir banyak masalah, siap mintak kurang sewa. So awal 2x da tersingkir.

Calon kedua kerja NAHRIM,( hebak la ni), peramah sangat sampai tak reti nak balikso sampai aku bagi alasan nak keluar. Hehe. So dapat pegi next stage

Calon ketiga kerja goverment kat pj, peramah dan suke kucing ( extra point),jnji nak bayar sewa awal, janji nak kemas rumah( manifesto la sangat), so yg ni pon layak ke next stage

Setelah di finalize, calon ke3 berjaya dapat bilik tersebut.

Tahniah diucapkan, jangan lupe janji anda

Adiosss

Sunday, April 21, 2013

Oppy & bell #1:23am

I have two kids, nama diberi OPPY & BELL.

kisahnya oppy diambi kat jalan raya, bell plak diambil kat tepi kedai

Mulanya oppy ni penakut sangat, malam pertama tido kat rumah die mengeow sepanjang malam, lama kelamaan die da ok.

Bell plak masa lalu tepi kedai ternampak bell dengan adik beradik dan ibunye
Pastu kawan ambil bawak balik rumah, bell ni peramah sikit



Gambar bell dan oppy,



Saturday, April 20, 2013

Tema warna ape ? #20 april #5:41

Assalamamualaikum dan salam sejahtera,

Memandangkan kat sini takde sape yang singgah bole la cite kat sini.

Hurm tajuk gempak macam nak kawen je heehe

Tapi ade kaitan gak la kearah sane hehe

Tuptup bulan 5 ni ade majlis dikire bende penting jugakla dalam hidup kawan.

Sebab tula nak kene fikir tema kaler ape.

Belah sidia pilih kaler pink.euwwww hehehe

Normallah perempuan kan.

Macamkawan plak tak tahu nak amik kaler aper

Kawan minat warna purple tapi takmo pakai warna tu sebab nak guna masa majlis besar insyaAllah.

Mak kawan cadangkan warna merah, ish dasyat sangat merah hehehe

Kawan tertarik dengan warna biru laut. Sebab tenang jer warna tu

Tengok la camne nanti



Wednesday, April 17, 2013

Long time tak update n now....

Salam dan selamat petang,

Setelah sekian lama tidak updata kali ni wa akan mengupdated kan selalu blog ni. Kesian dah bersawang laman sesawan nehh

Dah ade app blogger kat iphone ni bagus dan memudahkan para bloger update.

Cume isu die skrin kecik tak puas. Tapi takpe. Sementara tunggu iphone ninjadi besar pakai je la

Huhu. Sekian babai

Sunday, July 3, 2011

~sejauh mana?~

topik kali ini berkaitan dengan bersedekah
tak kira lar bersedekah ke orang miskin ke, anak yatim ke, orang tua ker, yang penting bersedekah
sejauh mana kita faham konsep sedekah nih


semalam kebetulan singgah ke kedai buku
ternampak satu buku bertajuk:
"banyak sedekah makin kaya"
kalau tak silap hadis pom ada menyatakan semakin banyak kita bersedekah semakin murah rezeki
TAPI....
tapi di sini sejauh mana pemahaman tentang konsep sedekah nih
persoalan ini ditujukan kepada diri sendiri
betapa sukar dan payah untuk memberi sedekah
walau dah bersedekah tapi masih rasa penyesalan atau kerugian
sukarnya untuk bersedekah dengan seikhlas hati
kadang2x terasa terlontar di minda  selepas memberi sedekah:
" ish banyak nyer aku bagi kat orang tu tadi, kopak lar aku bulan nih"

" ish makcik tu betul2x susah2x ker, tngk badan sihat jer, menyesal aku bagi"



" susah betul lar pengemis nih, abes duet aku nak shooping kene bagi kat die"

dan bermacam2x lagi bermain di minda
itu sume godaan syaitan dan akhirnya sedekah kita sia2x


bersama2x kita amalkan bersedekah dengan seikhlas hati


adios...

Sunday, June 19, 2011

~selami perasaan lelaki bernama Ayah~

wahai anakku,
bukan tujuan ayah meminta darimu semua
tetapi ayah hanya meluahkan perasaan yang terbuku dihati ayah

sebelum ayah menutup mata untuk kali terakhir
ayah ingin sangat merasai
sepertimana ibumu merasai
ayah mengaku ayah begitu mencemburui ibumu
ayah ingin apa yang ibu perolehi

tiap kali kau menelefon rumah
kau hanya berbual dengan ibumu
kau tidak bertanya khabar tentang ayah
sekurang kurangnya kirim lah salam kepada ayah
ayah inginkan itu

tiap kali kau pulang ke kampung
1001 cerita kau ceritakan kepada ibumu
1 cerita pun kau tidak ceritakan kat ayah
ayah ingin mendengar ceritamu nak

tiap kali kau ingin beli sesuatu
kau bertanya pendapat ibumu
jika ibumu suka pasti kau akan beli
ayah ingin kau dengar pendapat ayah

tiap kali makan
kau sendukkan lauk untuk ibumu
kau simpan lauk untuk ibumu
kau beli makanan kegemaran ibumu
ayah tumpang gembira tapi ayah juga ingin dilayan seperti itu
ayah hanya makan apa yang kau beli

sekarang kau sudah dewasa
ayah sangka kau hanya begitu ketika kau bersekolah
ayah ingatkan pabila kau dewasa kau pasti akan rapat dengan ayah
rupanya sangkaan ayah meleset
kau makin melupai ayah

kau kerap kali menelefon henfon ibumu
tidak pernah kau menelefon untuk bercakap dengan ayah
pernah sekali kau telefon ayah
rupanya kau ingin bercakap dengan ibu kerana henfon ibumu rosak

sebelum mata ayah tertutup rapi
inilah permintaaan ayah
andainya ayah tak perolehi
ayah harap bila ayah tiada nanti
kau ciumlah dahi ayah
kau imamkan solat jenazah ayah
kau usunglah jenazah ayah
kau datanglah ziarah pusara ayah
kau sedekahkan al fatihah untuk ayah
sekian saja surat dari ayah untuk anakku...........

Monday, June 13, 2011

~kawen + cameron+air terjun~

Assalamualaikum dan selamat pagi

wiken lepas aku n member bergerak ke ipoh kerana ada kenduri kawen
kenduri kawen dak opis

kenduri nya hari ahad
oleh kerana sebab nak berjalan2x kami pergi hari sabtu
habis satu bandar ipoh kami round
orang kata bandar ipoh mati
tipu je sume tuh
ipoh sangat lar amerika
pub bersepah2x

selepas penat round2x mula lar cari tempat nak beradu
akhirnya jumpa lar satu hotel namanya SAKURA INN HOTEL
RM 80 satu malam
biliknya sangatlah besar dengan 1 katil double dan 2 katil single
siap air cond, tv ,heater xleh pakai

hari ahadnya kami check out pukul 11.30
pekena teh pastu terus gerak ke umah kenduri kawen
pas makan2x, salam2x pengantin kami gerak balik

plan asalnya nak pegi gua tempurung,
tibe2x ternampak sign board CAMERON HIGHLAND
masing2x kate tak penah pegi
masing2x ok jer so pegi lar.
excited giler aku nak makan strabery fresh n tngk ladang teh *( giler jakun )

at last dapat lar juga sampai ke tempat yg dituju
perghhh... best giler udara dier
sejuk nyaman segar marbeles
masuk ladang teh bole tengok2x je lar
xleh nak makan
pastu gerak ke ladang straberi
yang bestnye bole makan straberi yang segar bugar

yang xleh dilupakan straberi dicelup ngn coklat
sedapp woo..
yang diselaputi ngn madu n cream x sodap sangat.

dalam perjalanan turun terserempak dngn air terjun lata iskandar
bergambar je lar seposen
hihi

akhirnya pukul 10 malam tiba di taman equin
singgah kedai lepak2x minum makan dulu
kol 11 da x tahan ngantuk
balik.....................







kami pergi berlima yaitu aku, risal, johan, pian dan kamal.

Wednesday, June 8, 2011

~2 in 1~

Assalamualaikum dan selamat petang


story pertama:
pagi tadi berborak ngn member pasal isu ptptn
then die ada bukak baki pinjaman ptptn
mak aihh... baru teringat udah lame giler idak membayar ptptn ku
sekompem2x anak beranak pinak banyaknya


end of this month plis masukkan sikit dalam akaun tu yerk mRmiji




story kedua: 
jeles ngan rakan2x yg upload gambar kat FB
diorng upload gmbr kawen ngan gambar anak diorng
grrrr..geram bangat aku..
aku jeles tang gmbr anak tu lar
nak je aku rase uplad gmbr anak gak
tapi anak apa yang aku ada?
anak kuceng boleh x???


huhu..adios..

~dua bulan lebeh~

hari: rabu
tarikh: 8/6/2011
masa : 12.45 tngh malam



Assalamualaikum dan selamat malam. 



entry terakhir yang menjadi kandungan adalah pada tarikh 22 /2/ 2011/
ini bermakna lebih dari 4 bulan aku tak update
entah kenapa mood untuk menulis hilang selama 4 bulan tersebut


tanggal 4 jun 2011, 
adik lelaki ku bertunang dengan pilihan hatinya.
aku mengambil cuti dan pulang ke kampung
sungguh meriah majlis pertunangan tersebut
seperti yang disangka2x pasti akan tiba soalan2x maut dari kazen dan mak saudara
yang bertanya bilakan turn aku?, sudah berpunya ke belom?dah jumpa calon belom


dihujani dengan soklan tersebut membuatkan aku rimas, 
bak kate pepatah ajal maut di tangan Allah, 
sampai masa bertemulah kita dengan jodoh dan
berkahwin lar kita


pada 5 jun perkahwinan sepupu ku yang sebaya
majlis tersebut pun meriah juga
dapatlah aku spend masa dengan kazen2x, lepak2x berkerjasama membantu apa yang patut


yang penting aku heppy bila semua berjalan dengan lancar
semoga mereka berbahgia

sebentar tadi dapat berita wife kepada coursemet aku berjaya melahirkan seorang anak lelaki
semestinya wajah kegembiraan di wajah member ku tak dapat dibayangkan


semoga mereka berbahagia dan bertambah bahagia dengan kehadiran orang baru.




dah lewat
sudah tiba masa untuk tido
wassalam.

Tuesday, February 22, 2011

aku malu dengan ibuku

suasana hening di pagi hari sempena majlis konvokesyen si hezry. kelihatan kelibat kereta saga usang memasuki kawasan parking bersebelah dewan konvekesyen. lantas cepat2x si hezry pergi berjumpa dengan ibu bapa nya.
ikuti perbualan mereka:
hezry: ibu, nape x pinjm kete pak long, malu hezry kawan2x tngk kete buruk nih
ibu: maafkan bu hezry, pak long kau ke outstation ke pulau pinang.kereta die nak pakai
hezry: apa 2x lar bu, ish ayah tu. selekeh nye baju die. dah lar pakai kopiah lembik.ish..lagi lar saya malu. dengan baju ibu berkedut seribu nih.
ibu: maafkan bu hezry. ibu dah lipat 2 ari lepas letak bawah bantal. kurang sikit kedutnye. ayah kamu tu tak lepas dari kopiahnya.bila majlis bermula?
hezry: lambat lagi bu. tunggu kat kereta je lar. nanti da siap hezry call ibu

hezry menyuruh ibu dan ayahnya tunggu dikantin kolej. dek kerana malu andai kawan2x melihat keadaan ibu dan ayahnya, hezry membohongi dengan berkata ibubapanya outstation.

setelah berjam2x ibunya tunggu dikantin, hezry tengh seronok bergambar sakan bersama teman2x nya hingga melupakan untuk memberitahu ibu bapanya majlis telah selesai.
kesibukan melayan telefon dari teman2x jauh menyebabkan telefonnya kehabisan bateri
setelah 5 jam menanti dan telefon tidak berjawab
ibu dan ayahnya mengambil keputusan untuk balik ke kampung.
dek kerana keletihan ibu bapa hezry terlibat dalam kemalangan.
kedua2x nya meninggal dunia.
sampai nya jenazah di kampung, saudara mara menelefon hezry tetapi tidak berjaya,stelah jam menunjukkan pukul 11 malam, tapi hezry masih tidak dapat dihubungi. akhirnya saudara mara mengambil keputusan untuk meneruskan pengebumian jenazah.
jenazah di kebumikan satu liang.
keesokan harinya baru lah telefon hezry dapat dihubungi
makteh menyampai kan berita dengan tenang
luruh umpama jatuh jantung si hezry.
masih terngiang2x kata2x ibu nya.
" MAAFKAN IBU NAK"

Friday, February 11, 2011

~pentingnye mereka yang tak penting~

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi
bulan ni agak merugikan
3 meeting tak pergi sebab:
1) aku penat sbb maen badminton
2) aku lupe ada meeting
3)clash ngn hal laen


ini bermakna aku akan mengalami kerugian dianggarkan RM4 ratus lebey
elaun meeting banyak tuh
tapi nak wat camne
da tak de rezeki..huhu


kembali ke tajuk asal
apa yang tak pentingnya
tanpa kita sedari mereka yang tak penting sebenarnya penting untuk kita
faham dak??meh nk cita


kalo kat dunia ni semua orang baik2x
pencuri, pembunuh, dll tak wujud
sume baik2x dan skema
kesannya banyak kepada orang lain
yaitu polis, detektif, hakim ,peguam, penjaga penjara, tukang masak penjara, tukang buat penjara, tukang buat balai polis, tukang buat mahkamah dan macam2x lagi
akhirnye mereka sume takde pekerjaan
dek kerana tak de orang jahat
so nampak tak pentingnya mereka yang tak penting?
HARGAILAH ORANG JAHAT


ok lar..
adios..
selamat hari jumaat.

Thursday, February 10, 2011

~kenangan~

mula mengelamun
mengingatkan tentang kehidupan lalu
terasa baru semalam aku kanak kanak
terasa baru sebentar tadi aku remaja
terasa baru sejam lepas aku dewasa


sungguh cepat masa berlalu
dari bayi kepada kanak2x,
dari sekolah rendah ke alam sekolah menengah
dari alam menengah memasuki zaman universiti
dan akhirnye masuk ke alam pekerjaan
itulah roda kehidupan
semua manusia melalui alam yang sama
sedar tak sedar 25 tahun telah berlalu


perkara yang lepas di pangggil kenangan
kenangan itu amat manis bile dikenang


Tuesday, February 8, 2011

~ANTERTU~

Assalamualaikum dan selamat pagii cumer


kisah ni berlaku di kampung halaman sewaktu cuti rayer cine beberapa hari lepas
macam biasa lar kalo balik kampung pak usin pegi singgah melawat rumah atuk dan nenek pak usin
maklum lar cucu soleh katekan..debussshhh perasan pak usin nih


tengah duk sembang pong pang pong pang
tiba 2x atuk pak usin bertanya 
" ekaw ni bilo nak kawen??"
gedebung!!!! tersentak jantung pak usin terdengar soklan tuh
terkedu seribu bahasa
lantas kehadiran nenek pak usin menyelamatkan pak usin dengan kata2x beliau:
" ala, keje kumpul duit dulu jie kan, da cukup sume baru kawen"
laju jer pak usin menjawab
BETULLLLL3X...seperti lagak si ipin


pak usin terpikir sejenak am i too old
that make my grandpa asking that question
oh nooo...i dont want be ANTERTU
ANTERTU = ANakTERunaTUa..oh nooo

lantas pak usin berlari2x anak balik ke rumah sambil menangis teresak2x * part ni rekaan jer nih..hehhee

Sunday, February 6, 2011

~setahun dapat 6K~

Assalamualaikum wbt...


ni bukan nya biznes online or anything related to skim cepat kaye
ni adalah cara penyimpanan duet gaji 


seperti semua sedia maklum tahun 2010 tahun untuk pak usin belajar saving duiet
maklum lar pak usin dari kalangan kaum adam
so kene lar simpan duet banyak2x kat dalam akaun
untuk ape???


untuk kawen lar pakcik2x makcik2x oiii
memandangkan gaji pak usin murah
pak usin hanya mampu simpan sebulan RM500
1 tahun= 12 bulan=12xRM500
oleh itu terhasil lar RM6K dalam setahun
senang kan
bukan magik tapi realiti


satu bende penting bila kita nak menyimpan 
jangan simpan duiet dalam akaun yg kita aktif contohnya pak usin aktif bank cimb dan mybank
selain itu simpan dalam akaun bank yang susah cari mesin ATM
mulenye plan nak simpan dalam bank ASB
malangnya buku entah mane letak tak jumper
so solution nya simpan dalam bank ISLAM
bijak kan pak usin ..hehe


kepada mereka yang sama jenis ngn pak usin nih
sama2x lar kita praktis kan amalan ni yerk
bak kata dlm cite full house "aja aja fighting!!"
sekian adiosss



Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers