Thursday, October 29, 2009

~ i need rest~

umm..arini 29 oktober..x sabo nak tunggu end of the month. sebab ape??faham2x jer lar kan..hehe
umm..sekarang di company baru rase better sket lar dari yang lame tuh. work more challenging walaupun x berape nak stress sangat ..hehe..

name company baru ni RL Dynamic Engineering. lebey kurang 3-4 minggu kot berada di company baru. sepanjang kat sini banyak kot keje yang diberi. paling yang tak dapat terima adalah dulu beriye da decide dalam hati xmo sentuh programming lepas abes PSM. tut tut keje still lagi kene wat programming. dalar visual basic. xpernah ku belajar language ni kot. da lar bos aku selambe jer perli aku. "language yg awak tau C ngn C++ jer" amboi senang nye die cakap.

di sebabkan company buat system pkai VB so nak x nak aku kene lar belajar pasal VB. bos cakap nnti nk anta training. nasib baek lar jgk. huhu..malas lar nak cite pasal system2x yang aku kene modified nih. yang penting die pkai VB.

pastu 2-3 ari lepas plak dapat arahan baru. ade projek ngn PSN(pusat sains negara) berkaitan projek simulator.tau ke tidak pebende? simulator ni satu program dimane kite dapat merasa keadaan sebenar sesuatu keadaan. contohnye pilot simulator. xperlu lar nak start enjin flight betol2x kalu baru nak belajar. so kalu nak belajar gune lar simulator. tp bukan simulator tu yang kene buat. kapal angkasa simulator. aku x faham sngt. baru jer die bagi paper suh study td. huhu.masalahnye disini adalah system tu pkai language PASCAL pulak.
adoyai..VB pom belom expert lg. tp xper lar. belajar pelan2x..huhu

umm..esok ari jumaat. aku mintak cuti sebab nak balik kampung. hehe..nasib baek bos ni baek ati. aku cakap nak cuti esok. die jwb " ok" jer..bukan ape..duk umah bole rehatkan diri dan minda.lagi satu nk spend my salary wif my family.hehe

so kemamang.!!!tunggu kepulangan aku esok ..haha..tiket da beli. esok pagi kol 9.30. naek kt putrajaya. senang sket x perlu pg puduraye..sesak napas pg sane..hohoooohoho
..

Tuesday, October 27, 2009

~nur kasih ~

huhu..tibe2x best plak layan nur kasih nih. baru 2-3 kali kot tengok kat tv. tu pun x sengaja sebab bosan xde cite laen.

so bile da best kan mesti nak tengok full episod. so sekarang ni dalam proses mendonlod episod2x lepas. kalu x silap sekarang da episod 20 lebey kott. tp xper lar..slow2x lame2x nanti abes jugak.hehe...

lagu tema drama ini pom menarik.nyanyian yassin yang bertajuk nurkasih. jalan cerita nya sangat bagus menggambarkan suasana sebenar dalam kehidupan seharian masyarakat islam. tersenyum bila melihat aksi si adam yang nakal sewaktu kecil dan selalu gaduh. menggamit kenangan silam kerana aku pun selalu bergaduh dengan adik aku..hehe..tapi mase kecik2x jer lar..sekarang da okay.

alangkah bermaknanye hidup jika diri seumpama aidil dalam drama tersebut yang sentiasa menjaga dan membahagiakan ibu dan ayahnya.

sekian terima kasih.....

Monday, October 26, 2009

~wiken datang lagi~

hari ini 26 oktober, hari isnin. terase sebentar cuti hujung minggu. seperti kebiasaan rumet aku lan balik ke klang dan juga rumet baru yaitu nazmi balik ke selayang. tinggallah aku bersama rumet aku seorang lagi yaitu mie. kali ni masuk 2 minggu berturut2 mie ade dirumah. kebiasaanya die juga balik ke sentul

agenda pada hari sabtu. macam biasa lar hujung minggu. bangun mesti lar lewat. bile da bangun ade mesej dari nad ajak lunch. pastu bersiap2x pergi lar makan. lepas makan singgah di jusco. mulenye nad nak beli barang dan aku pun nak keluarkan duit dari ATM maybank.

lepas tu jalan punye jalan ternampak tanda yang menarik perhatian kami bertiga. orang ketiga adalah si liana. kemudian kami mendekati tempat tersebut. geram apabila melihat tanda2 tersebut. 50% ader. 70% pom ade. kat situ ade kasut dan pakaian sukan. aku pun memang ade plan nak beli kasut sukan. tp akhir2x bulan ni faham2x je lar.

nad dengan liana bgatau nak pergi jusco nak beli barang. aku masih lg membelek2x barang di situ. kemudian bile fikir masak2x aku pom ambik lar sepasang kasut dengan 2 pasang seluar. pastu pergi ke kaunter. pastu bayar. pastu nad ngn liana pon selesai membeli barang dan terkejut melihat aku dengan beg plastik besar. aku hanya mampu tersengih. hehe..

di waktu petang nya aku sepatutnya ke opis sebab bos arahkan datang sebab develepor system yang aku kene modified tu nak ajar. nad dengan liana ikut sekali sebab diorang plan bermain tenis.seperti yang aku sangka bila sampai di opis tiada orang. then aku pun bergegas ke tempat court tenis. so aku pon tukar pakaian dan terus bermain tenis. hanya ade 2 raket tetapi orang nye ade 6 orang. kemudian aku,a'a dan aini pergi bermain gym. kiteorang masuk free sebab daftar dengan nama aini. aini ni pekerja cyberview so kire tak perlu bayar lar.

maen punye maen sampai pukul 7. pastu lepak minum di restoren mak teh. kat situ minum teh o limau ais ngn roti telor. dalam around pukul 8 bertolak balik. sebelah restoren mak teh tu ade dominos pizza. pastu ajak2x ayam. aku terus mengiyekan. dan kteorang singgah situ dan beli. haha..kiteorag take away. pastu didalam perjalanan singgah isi minyak dan terus membelasah dominos sebab tak tahan bau yang sedap sangat.

sampai rumah dalam pukul 9 malam. rase cam sie2x jer exercise. lepas exercise pergi belasah roti telor pastu dominos. sengatlar sengal.

Monday, October 19, 2009

~janji seorang Anak~

aku nak berkongsi tentang satu drama melayu yang sangat bagus pengajaran dan teladan yang ingin disampaikan. antara pelakon yang membintangi drama ini adalah fauziah nawi sebagai ibu, zizan ni sbg anak terpelajar, nasrizal ngasri sbg adik kpd zizan dan sorang pelakon wanita (x taw nama) juga sbg adik kepada zizan

ia mengisahkan zizan yang berasal dari sebuah keluarga miskin. dan die adalah anak sulong dan satu2x nya yang dapat menyambung pelajaran ke peringkat universiti. pada permulaan die melangkah ke universiti. die penuh berazam untuk belajar bersungguh dan berjanji kepada ibu nya setelah tamat pelajaran dan mendapat pekerjaan ia akan mengubah keadaan keluarganya yang dalam serba kesusahan.

segala galanya telah berubah setelah die berada di universiti dan dengan kehidupan yang seronok bersama rakan 2 di universiti . die semakin lupa diri hingga pada cuti semester die tidak pulang kekampung. naluri seorang ibu menyangkan anaknye tidak pulang kerana sibuk dengan mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan.

apabila ibunya mendapat tahu bahawa pelajar universiti sedang bercuti semester, ibunya bergegas ke pasar membeli ikan keli. masakan kegemaran anak nya itu adalah ikan keli masak tempoyak. hancur luluh ibunya apabila anak nya tidak juga kunjung tiba di rumah.

walhal anak nya sedang bercuti bersama rakan2x menghabiskan cuti semester dengan menggunakan duit biasiswa yang diperolehi. hari semakin hari berlalu si anaknya terus dengan kehidupan yang penuh dengan enjoy bersama rakan2x nya. bahkan nenek dan ayahnya meninggal pon die tidak balik kekampung.

disatu hari si anak pulang kekampung. sejuk hati si ibu melihat anaknya pulang. namun kegembiraan si ibu hanya sementara kerana si anak kembali ke kuala lumpur setelah beroleh geran rumah mereka yang dipajak atas pujukan si anak. si anak terus melupakan diri dan terus memberi janji palsu kepada si ibu.

akhirnya kuasa tuhan terbukti apabila si anak ditimpa satu penyakit misteri. disitu lar bermula balasan ke atas semua kekejaman yang dilakukan terhadap ibunya. setelah si anak meninggal dunia. semua di hospital terkejut dek kerana melihat ulat2x keluar dari badan sianak. diteruskan dengan badan jenazah yang amat berat sehingga ke4 tayar van jenazah bocor didalam perjalanan ke kubur. akhirnye jenazah dibawa dengan jentolak sawah padi. jenazah di azab lagi dengan tanah yang mengambusi kubur jenazah tidak mencukupi. setelah itu orang kampung membuat bacaan yassin agar di kurangkan seksaan keatas anak derhaka tersebut.

disini dapatlah lihat betapa besar dan agungnye kuasa Allah. drama seperti ini amatlah bagus dihasilkan untuk tontonan semua masyarakat bahkan sekarang ini ramai anak2x yang lupe diri. sama sama lar kita berdoa agar sentiasa berada di jalan yang betul dan menyanyangi ibu ayah serta keluarga kita. amin

~ se *ngal~



semalam tak dapat tido, so bukak lar video clip kat dalam pc dengan harapan dapat rasa mengantuk lepas tengok video tu. then camne boleh terbukak pulak video SEC.
sekali bukak satu video tu aku tak jadi mengantuk, tergelak gelak sorang2x. mase tu da pukul 1.30 pagi. lan dengan nazmi da lame tido. camne x bleh gelak sorang2x bile tengok video sengal2x bersama kawan2x kat UTM dulu.


mule2x tengok video yang kitaorang masak2x. mule2x goreng keropok, pastu koreng sosej dan last skali goreng cucur udang. antara yang terlibat dalam video ni semestinya aku, naz, syafiq dan juga keyo. yang tak bole blah nye sume sengal mase tuh. kunun2xnye dalam rancangan mari memasak lar. kalu tak silap lar perkara ni berlaku mase kiteorang tahun 4.ish2x.da tue tuh.haha..


pastu diteruskan lagi dengan video di bilik amir dan faday. mase tu amir dengan faday rumate. so maknye mase kiteorang tahun 2. aku guna pc faday. bukak video2x lagu nasyid. pada mulenye konon2xnye buat video clip lar. haha. mase tu yang terlibat adalah aku, syafiq, faday, dan juga wan. mase tu amir duk kat meja die. tak layan sangat kiteorang beraksi sengal. rasenye kiteorang buat video clip lagu aeman- buatmu ibu dengan hijjaz- kekasihku. mase lagu aeman tuh amir mula menginterprem sket2x. pastu untuk lagu seterusnye adalah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita iaitu siti nurhaliza, waheeda, ella, eizlyn dan juga misya omar. mase tu kiteorang berlima,so menjadi lar aksi kiteorang dalam pembikinan video clip lagu nasyid tuh.memang tak bole blah bile tengok video nih. rase sangat2x kelaka dan amat merindui saat 2x sengal sebegitu. rasenye bile tengok video nanti 5 tahun akan datang pasti ketawa sakan melihat aksi masing2x.


dan video terakhir adalah semasa pergi open house rumah abang dilla. antara peserta yang terlibat adalah syafiq, naz , wan dan juga aku. untuk rancangan deco2x bersama syafiq. haha..shasha elisha, nana nerina, dan wawa elisha...haha..i'm as pengacara..haha..no komen about this...only can laugh..haha..

rindukan suasana macam dalam video2x kat atas. hidup heepy dan enjoy...

Friday, October 16, 2009

~zulfan-ibu~

lagu ni best sngt. so aku letakkan kat blog aku nih. kalu view otomatik akan bunyi. n ni liriknye..enjoy the song


Sejenak hatiku mula tersungkur,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.
Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.
Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.
Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.

~27 syawal ~

hari ini 27 syawal, maknenye dalam beberapa hari lagi syawal akan pergi meninggal kan kite..huhu..

pose 6 belom cukup lagi nih..harap2x taun ni dapat buat penuh lar. x mo macam tahun2x lepas. x penuh.hahaha

umur semakin meningkat, dan kite semakin tue. tp diri x pom berubah2x.huhu..

Wednesday, October 7, 2009

~apa tindakan kita~

sewaktu berjalan disusur jalan kaki di hentian putra menuju ke terminal bas aku terdengar satu suara yang lunak dan mendayu2x. aku meneruskan perjalan dan tarcari2 dari mane datang nya suara itu. dan aku ternampak kelibat seorang makcik dan pakcik yang duduk ditepi susur jalan kaki tersebut

di pakcik terebut sedang asyik mengerak2kan jari jemarinya mengalunkan bunyi gitar. dan makcik itu pula memegang mikrofon dan mengalunkan alunan suaranya.

hatiku tersentuh melihat makcik itu meraba-raba tin dihadapannya sambil mengambil duit dan menyimpan dalam poketnye. sambl kepalanya tertunduk kebawah. rupa-rupanya makcik tersebut tidak dapat melihat.

seterusnya aku menoleh kearah pakcik itu. alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu kedua2 mereka tidak dapat melihat. tetapi alunan gitar terus berbunyi hasil petikan jari pakcik tersebut. kemudian makcik kembali menyambung menyanyikan lagu.

aku mengambil satu sudut berhampiran sambil melihat kearah pasangan tersebut.setelah habis satu demi satu lagu dan terus disambung dengan lagu seterusnya. sangat kasihan aku melihat keadaan mereka berdua. ketika itu menunjukan jam 9 malam.semestinya mereka sudah berada disana satu hari suntuk. aku memerhatikan selama 30 minit. lebey kurang 5 buah lagu dinyanyikan oleh makcik tersebut. aku dapat rasekan semestinya mereka sangan keletihan.

laluan itu terus dilalui oleh ramai orang. aku terus melihat dan memerhatikan gelagat mreka yang lalu disitu. tidak ramai yang menderma tetapi hanya melihat. aku tersentuh apabila ada diantara mereka yang menghulurkan duit adalah mereka yang berbangsa cina dan india. dan aku juga dapati ramai yang berbangsa melayu hanya melihat dan meneruskan perjalanan.fikirlah sendiri.

aku terfikir dimana kah tugas dan fungsi jabatan kebajikan masyarakat, dimana letaknya nilai kasih sayang masyarakat, dimanakah sensitiviti bangsa melayu sendiri. itu lah persoalan yang bermain difikiran ku.

diharapkan agar pihak2 yang berkaitan dapat mengambil inisiatif bagi membantu golongan yang kurang upaya ini. mereka manusia seperti kita dan fikirlah seandainya kita berada ditempat mereka.

bertemakan satu malaysia, sayangila sesama manusia

~suratan hidup~

setiap manusia dimuka bumi ini telah ditentukan rezeki oleh Yang Maha Pencipta. telah tertulis perjalanan hidup kita. dan dipanggil Qada dan Qada, iaitu ketentuan dari Ilahi.

tetapi ia tidak bermakna kita hanya perlu menanti dan terus menanti dengan apa yang telah ditentukan tanpa sedikit pom berusaha kearah yang kita inginkan.

sebagai contoh bagi seorang pelajar. die telah berusaha gigih siang dan malam mengulangkaji pelajaran dengan berharap akan berjaya dengan cemerlang. tetapi seandaiya ketentuan telah menetapkan bahawa bukan disitu terletak kejayaan yang akan dimiliki. pastinya ia tidak akan beroleh kejayaan.

tetapi harus faham dengan jelas dengan ape yang dimaksudkan dengan suratan hidup. tidak bermakna seseorang tidak perlu berusaha kearah kejayaan kerana yakin perkara yang akan dikecapi suatu hari nanti.

kenapa terlintas difikiran saya untuk berbicara tentang isu ini adalah apabila perasaan ketidakpuasan hati melihat rakan-rakan sebaya telah mengecapi kejayaan dalam pekerjaan masing2. malahan dengan bayaran gaji yang mahal walaupun dengan kelayakan diploma.

ini menunjukkan sudah suratan hidup mereka kecapi kejayaan di mase yang singkat. dan kita seharusnya terus dan terus berusaha kearah yang lebih baik. dari segi sahsiah diri, prestasi diri dan motivasi diri.

disini lah semangat persaingan yang diperlukan. semangat untuk bersaing dan menjadi orang yang lebih berjaya. dan yang penting juga adalah sifat SABAR. semestinya untuk berjaya akan mengambil mase. begitu juga dalam menempuh dunia kerjaya.

oleh itu apa yang dapat saya simpulkan disini adalah saya harus terus menerus berusaha untuk menjadi yang lebih baik dengan berbekalkan semangat persaingan yang positif dan diiringi perasaan sabar yang menebal. wallahuallam..

Tuesday, October 6, 2009

~Puduraya berwajah baru~

hari jumaat lepas aku pergi ke stesen puduraya kerana pada malam tu aku akan balik ke kuantan. yang aku nak cite kt sini bukan pasal kuantan. tapi pasal hentian bas puduraya.

sesampainye disana aku terkejut ditingkap atas kelihatan waiting hall yang agak esklusif n lawa jgk lar. aku ingtkn waiting hall for vip ker, foreigner ker. then aku nmpk ade muke makcik2x, budak2x kt atas sane

aku pun buat2x berani naek ke atas. then kat tangga tu tertulis " waiting hall". maknye bole masuk lar kan. aku pon masuk n duduk di salah kerusi disitu. kawasannya agak luas. disitu juga terdapat penghawa dingin.

so sejuk jer rase duk dalam tuh. toliet n tmpt plug pon ade. so aku baru teringt yg pasal goverment nk naik taraf hentian bas pudu raya. kalu x silap dngn bajet RM30.3 juta tuk siapkan sume tuh.

mase aku sampai kt tmpt tu baru pukul 9mlm. bas aku pukul 10.30mlm. so aku rase senang hati lar walaupun perlu menunggu lasgi sejam lebey. aku terus menunggu sambil mendengar mp3. so disini aku nak katekan plan diorng ni bagus. sebab keadaan hentian puduraya sebelum da nazak sngt da. tmpat tu kan ramai orang yg pergi,malah pelancong asing pun ramai.

so bile kerajaan ambil langkah cam tuh. amat bagus sekali. atleast it show that malaysian provide excellent facilities to their citizen. huhuhu

umm..sori sebab gmbr xde. so kalu nak tngk pg lar puduraya..hehe...tp tmpt die macam gmbr kt bawah nih. it seriously condusif n comfortable. adios..
sekadar gambar hiasan

~kepuasan hati~



~ari sabtu lepas balik kuantan sebab ade exam spa. lps abis exam call heri (adik) dtng amik kt kuantan. sebab x larat nak naek bas.

then 2 ari sblm tu duit gaji masuk. so kire ade duit lg lar. gaji da 2 kali dapat. tp x penah pom blnje family makan. then mase tu duit tngh banyak lagi so singgah pizza hut. beli yg regular supreme due ketul dngn hot wing. mmg da lame terliur ngn hot wing tu. tngk kt iklan cam sedap jer..so beli lar 8 ketul.

then sampai umah..kiteorg makan lar.skali pizza x abis. yg hot wing berebut semua. tp mmg siyes sedap gler. perisa BBQ punyer..


then hari esoknye iaitu hari ahad. malam tu akan bertolak balik ke KL. around lps magrib kuar ke bandar. rase x puas ati lar sbb ramai yg x suke pizza hut. then sebelum balik singgah kfc. umm...kat umah ade 9 orng.so beli yg family punye. then beli satu lg yg 5 piece. itu untuk family *kaklong. so bile beli kfc rase puas hati lar sebab sume dalam keluarga suke. ayah pon suke ayam kfc. pizza die x suke sangt. so rase kepuasan hati lar bile dapat belanja keluarga makan dengan duit gaji sendiri.walaupun duit habis tp rase macam berbaloi.huhuhu... sbnrnye ade gak plan nak blnje **kawan2x sec makan.tp mngkin xde kesempatan. tunggu yer kawan2x..nnti kalu ade duit lebey dan mase lebey aku blnje. insyaAllah..

* kak long ni my kazen..tp die tnggl dngn my family sejak kecik. lps kawen umah die dkt ngn umah ktrg. so sllu dtng. anggap die macam kakak sendiri lar. die ade anak 4 org. so ank2x die antara yang rapat ngn aku lar.

**kawan2x SEC yang dimaksudkan adelah mereka yg belum bekerja.

Monday, October 5, 2009

~tigapuluhribu~

RM30,000 bahagi tiga sama dengan RM10,000

RM10,000 bahagi dua belas sama dengan RM833.33

fuyooo....banyak nyer. huhu..nak tau kiraan untuk apa nih. semua lelaki diluar sane kene alert tntng perkara ni. so digalakkan lelaki amik cos acoounting bagi mengalakkan daripada menghadapi masalah di masa akan datang


RM30,000 yang dimaksudkan adalah hantaran perkahwinan yang perlu dibayar oleh pengantin lelaki. bukan bermaksud miang nak kahwin tetapi inilah dipanggil persedian.

sekarang umur 23 tahun. plan nak kahwin masa umur 26 tahun. so mase tinggal adalah 3 tahun untuk kumpul duit.sebab itulah RM30,000 dibahagi dengan tiga. dalam mase setahun perlu kumpul RM10,000. dibahagi pula dengan 12 bulan dan akhirnya jumlah wang yang perlu dikumpul adalah RM833.33 sebulan.

itu merupakan satu angka yang amat besar bagi orang yang bergaji murah seperti aku. oleh itu apakah penyelesaian seandainya orang berpendapatan rendah mahu kahwin. antara cadangannya adalah:

1) kahwin di indon
2) kahwin kerana tangkap basah
3) buat loan dari bank
4) share dengan bakal isteri sediakan hantaran
5)mintak bantuan mak dan ayah
6) kalu semua diatas x dapat x payah lar kahwin.

itu lar serba sedikit berkaitan isi tigapuluhribu.
sekian adios..

Saturday, October 3, 2009

~SPA exam~

1.45pm: arini ade exam SPA. bertempat di kolej shahputra.start pukul 9 pagi td. yang da lepas paper a ngn paper b. paper a psl general knowledge about malaysia.

antara soklnnye ape itu senator, kerajaan pusat, kerajaan persekutuan, unicef, who, kuasa agong, kuasa pm, dan macam2x lagi soklan

part b pulak soalan matematik. soklan die plng tnggi pom smpai peringkat spm lar. ade 20 soklan kene siapkan dalam 45 minit. tu pun x smpat jawab. mase x cukup.

ptng nih ade lg. esei BM ngn esei BI. huhu...ape lg keje aku menggoreng lar ptng nih. pastu cam bese keluar paling awal.hahaa..macam bagus jer..umm.. kol 2 nak kene masuk balik. ni tngh lunch break.. adios...

Friday, October 2, 2009

~ wat happeng to my facebook~

3.30 ptng: ish nape ngan facebook aku nih. tak leh nak login. die tulis "Your account is temporarily unavailable due to site maintenance. It should be available again within a few hours. We apologize for the inconvenience."..risau plak aku..rasa cam serba x kena kalu x dpt login facebook nih...huhu..

hopefully kejap lagi ok lar. x bleh lar kalu x tngk facebook..haha

~sakitnye~

aduh..... aduhhh...

sakit perut yang teramat sangat. kul 4 pagi tak dapat tidur..
pastu mule terfikir makan aper semalam.

pg: minum tropicana twister
lunch: nasi + ayam + sayur + limau ais
dinner: cloud 9 wafer. + twister tropicana

tu jer kot. tapi bile fikir2 balik baru perasan yang tak minum air masak sehari suntuk semalam. huhu..
as conclusionnye pentingnye minum air masak...

kesan dari masalah ini bangun lambat. pukul 9 bari bangun. so masuk keje pom lambat lar.nasib baek boss xde.huhu..

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers