Thursday, February 25, 2010

~maulud nabi~


esok merupakan cuti bagi menyambut hari maulidur rasul. mase kecik2x aritu kalao maulidur rasul mesti ade berarak beramai2x sambil memegang sepanduk dan melaungkan selawat keatas junjungan nabi Muhammad saw ke sekeliling kampung. sekarang x pasti lar samada amalan berarak cmtu masih di amalkan or tidak.

bukan ape bila sertai perarakan cam gitu kadang2x hadir rase keinsafan dalam diri. selain itu dapat merasai pengalaman bagaimana perjalanan nabi dari satu rumah kesatu rumah pada awal
penyebaran agama islam. kalo kite ingat balik perjalanan hidup yang dilalui rasulullah sangat menyeksakan. seperti yang aku masih ingat sewaktu rasulullah berjalan melaui satu perkampungan. dan baginda di ejek, dihina dan dilontar dengan batu, botol dan macam2x lagi. kalo x silap seorang anak remaja yang bertungkus lumus untuk menghalang badan nabi Muhammad dari terkena balingan bende2x seperti botol, batu dan sbg. untuk mengetahui cite selebih lanjut google jer lar erk.huhu

harap2x wiken ni xde lar orang ajak g mana2x, rase cam nak spend mase kat umah jer. walaupun ade ura2x yang ajak nk pg pantai. harap2x cancel. amin.

sempena esok yaitu kelahiran manusia mulia nabi Muhammad saw, semoga Allah swt membuka pintu hati kita dan memberi hidayah untuk jadi hamba yang beriman dan mempunya akhlak sepertimana akhlak nabi Muhammad saw. amin...selamat bercuti.

~shiero~

da seminggu lebey da name still xde. aku ingt nak panggil die shiero lar. ok x ngn name tuh???


1. "shiero meh makan...."
2. "jom shiero..."
3. "shiero oo shiero..."
4."lapar ke shiero?.."
5. "sakit lar shiero!!.."
6." shiero da makan?.."
7. "kurang ajar ko shiero!!.."
8. "duk diam2x shiero.."

antara babak2x lakonan kalo pnggl die shiero.ok x?

Wednesday, February 24, 2010

~bagaimana untuk memupuk rasa cinta terhadap kucing?~



ramai yang fikir yang kucing hanya lah haiwan biasa. ada kucing yang jinak dan ada yang liar.

kucing ada pelbagai jenis. ada yang berbulu nipis, ada yang bulu lebat malah ada yang tiada bulu.

ada yang tinggal di tempat sejuk dan ade di tempat panas. inilah kehebatan ciptaan Allah.

bahkan ada yang berpendapat membazir duit apabila membela kucing. maksud mereka pelaburan yang tidak mendatangkan keuntunga

ada yang berpendapat berdosa membela kucing.ia berdosa seandainya tuannya mengurung binatang tersebut tanpa memberi makanan sehingga binatang tersebut mati kelaparan sebagaimana hadis yang berbunyi "
Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan"

info tentang kucing :

1. jilatan kucing tidak najis.
Bahkan diriwayatkan, bahwa Rasulullah pernah berwudhu dari air yang telah diminum oleh kucing. Dari Aisyah berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘(Kucing) itu tidaklah najis, dia termasuk binatang yang berkeliling di antara kalian’. Dan aku (Aisyah) melihat Rasulullah berwudhu dengan air bekas jilatan kucing.” (HR. Abu Daud).

2. Adalah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw sayang pada kucing. Baginda pernah mencela seorang wanita kerana menyiksa haiwan yang manja itu sehingga mati. Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu dengan nama Abu Hirairah. (Bapa Kucing).

bahkan nabi juga pernah membela kucing.
"
Salah satu kucing kesayangan Baginda ialah Muezza (Muazza) . Diriwayatkan ada satu ketika nabi ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan akan tetapi Si Muezza sedang nyenyak tidur di bucu jubahnnya. Baginda tidak mengejutkan Si Muezza akan tetapi memotong bahagian yang digunakan oleh Si Muezza sebagai lapik tidurnya. Sesudah Nabi kembali kerumah dilihat Si Muezza kelihatan kesal dengan perbuatannya dan dilihat cuba memohon maaf atas perbuatannya.

Baginda juga kadangkala membawa Si Muezza bersama-sama dalam majlis dakwahnya dan meletakkannya di pangkuan Baginda sambil berdakwah.

Malah bagi mereka yang pernah ke Tanah Suci Makkah pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing. Dikatakan setiap masuk waktu solat kucing akan berkumpul disini."sumber

oleh itu nak pupuk rase cinta kepada kucing senang saje. dengan bermodalkan hadis2x dan sifat nabi terhadap kucing ia bole dijadikan pemangkin motivasi untuk diri kita menyukai kucing andainya sebelum ini tidak menyukai mereka.

perkara pertama adalah set mind set untuk suka akan kucing. sempena dengan maulidur rasul kali nih, sahutlar seruan untuk mengamalkan sunnah nabi antaranya menyanyangi makhluk tuhan yang bernama kucing. sekian

~tara tara...~

tengah duk semangat nak tngk berita tibe2x pluuupp!! tv padam serentak ngn
sume lampu.

alamak!!black out lar pulop. pastu terus kuar gi makan. pas makan ade kete excident. puncanye

traffic light rosak. tuan punye kete pom biol gak da tau rosak still nak bwk kete laju2x. padan
muke ko.

pas makan terus balik dengan harapan elektrik da ade. sekali smpai blok umah still gelap. pastu

u-turn balik g round2x.tibe2x da sampai ke putrajaya. round punye round trnmpk

pasar tani. singgah jap. malangnye sume da berkemas nak balik. da pukul 10.30 rupenye.

pastu ade mesej masuk yg berbunyi " elektrik da ade". terus kteorang balik.

bg kucing2x minum susu pastu maen ngn diorng. memang hyper giler. rupenye petang asyik
tido jer.
patut lar. pastu sesi fotografi bersama diorng. tarra tarra...












ini lar tanda yang membezakan antara kucing aku dan kucing nad. selain dari kucing nad yang gemuk tuh, die juga ade tanda hitam kat atas kepala.


inilah kucing aku. jeng2x..

p/s: mata diorang memang kaler biru. bukan edit2x okayy...

Tuesday, February 23, 2010

~kisah si kucing & si ikan~

si kucing masih belom dapat name.ish..susahnye nak bg name. patutlar tempoh ibu mengandung

selama 9 bulan, atleast smpt mak & ayah die nak carikan name untuk diorang.

kalo dapat secara mengejut jadi cam kucing aku lar. still x de name walaupun da 3 hari duk umah

kteorng.

semalam housemet aku bgtau yang si kucing tu telah meng"off" kan oxygen ikan2x aku sewaktu

aku kt opis.housemet aku keje shift malam so die yg jadi saksi.

nasib baek la die perasan kalo x mesti si ikan2x telah menjadi arwah.

tugas2x membeli makanan, pasir, bekas minuman aku serahkan pada nad memandangkan die

duk kt umah jer. tapi kos sara idup diorang ditanggung kami berdua. kucing tu ade 2 ekor tau.

satu nad punye dan satu aku punye.

then 2-2 tinggal kt umah aku sebab housemet nad takut ngn kucing. aku bernasib baek sebab

sume housemet aku sukekan kucing. walaupun pd hari pertama aufa agak kekok &

menjerit2x dngn kehadiran mereka, tapi sekarang tidak lagi. siap nak mandikan diorng lagik.

bak kate pepatah x kenal maka x cinta..hehe..

~menghampiri 24~

teringat sewaktu 2-3 ari lepas berborak ngan fariza (orang yg aku tumpang g keje)
mase kat dalam kete lar berborak psl kawen2x.
mak ayah fariza tanye die bile nak kawen. maklum lar dia anak sulong.
so maybe parent die x sabar nak dapat menantu dan seterusnya dapat cucu agaknya lar.

nasib baek lar aku anak ketiga. abang dan kakak aku pun da kawen.
so mak dan ayah aku x perlu lar nak tnye soklan tu kat aku, laen lar kalo umur aku da 30 lebey.
pastu tu kan mase berborak2x kuar lar cite pasal kazen die kawen di lewat usia. kazen2x aku plak kawen awal je sume. termasuk lar mak aku kawen mase umur 16-17 kot. orang2x dulu memang camtuh. kawen mude giler.

pastu kan bile aku hitung2x balik kan dalam carta organisasi keluarga belah mak dan ayah aku, semua generasi selepas aku da kawen. maknenya kiteorng yang "baru" umur 24 ni lar yang akan menjadi next pengantin kalo ade kenduri kawen. ayyoooyyyoo.. biar betik...

keje pom belum tetap, simpanan bank pom kosong lg, cmne ni wei..aku da mula takut. lantas aku tulis blog nih bagi mengurangkan ketakutan yang aku rase.
aku rase banyak lagi bende yang belum aku capai. meh aku list down kat bawah nih:

  1. nak beli kete
  2. nak sara mak dan ayah
tapi semua tu aku takkan dapat aku capai andainye belum dapat keje yang betol2x terjamin.
setakat keje nak sara idup sendiri, sewa umah, hulur sket2x kat parent tu bole lar.

SEGULUNG IJAZAH bukan menjamin kita akan mendapat kesenangan dengan mudah. semuanya harus mengharungi ranjau onak dan duri sebelum sampai ke puncak kejayaan.
oleh itu haruslah kite berusaha dan terus berusaha dan akhirnye bertawakkal.
sekian.....

Monday, February 22, 2010

~2 ekor kucing & 8 ekor ikan~

yeahh... impian aku untuk membela kucing dan ikan telah pun berjaya. sabtu lepas 2 ekor kucing telah pun di ambil dari rumah seorang kawan yang bernama ili. walaupun penat giler sebab dari pagi sampai pukul 7 mlm main paintball. lebam2x x usah cite lar kat badan nih.huhu


smpai kt cyberjaya pukul 8 malam. balik umah bersihkan badan dan pukul 9.30 bertolak ke bandar sunway. singgah makan steamboat kt sebelah sunway piramid. walaupun perut kenyang giler + penat giler still gak pg semata2x nak amik kucing di TTDI.


around pukul 12 tngh malam sampai ke TTDI. tuan kucing ini adalah ili yaitu coursemate mase kt UTM aritu. die ni memang suke giler kat kucing. kat umah die ade 28 ekor .banyak seyy..hehe. bila masuk je umah die da rase cam kat taman kucing. lebih kurang 10 ekor masih lg aktif bergerak kesana sini walaupun da tngh malam.. ade 4 ekor yang di offer oleh ili, tapi terlalu banyak takut x mampu nak handle plak. so da decide amik 2 ekor jer. adik beradik sekor jantan dan sekor betina.


kt dalam kete duk diam je. baek betol sampai je kat umah x duk diam melompat kesana sini. malam tu ade sekor yg jenguk2x aquarium,tp x menunjukkn keganasan.(buat2x x interested) mase tngh tngk movie sblm tido, selamber je si kucing ni duk berjalan2x atas keyboad laptop. pastu siap duduk wat2x comey kt dpn tuh. geram plak tngk diorng nih..

masih belom bagi name. xtaw nak bagi name ape.huhu. plannye nak bagi name chika dan neo(pengaruh tari tirana). tapi ade yg x setuju. pastu nk bg name marcell ngn shanti(indon singer)pon xsetuju.so biar lar dulu name diorng.


yabedabedu!!!! skunk ni aku ade 2 ekor kucing dan 8 ekor anak ikan.nnti kalo free akan diupload kan gmbr diorg sume.

Friday, February 19, 2010

ayah.....ibu.......
dua jiwa sungguh mulia
kasih sayang mereka tiada tandingan
tiada nilaiannya tiada gantinya

ayah...
bekerja tak hiraukan penat lelah
demi kebahagian anaknya yang tercinta
mengharapkan nantinya jadi insan yang mulia

ibu tak jemu jemu
melayani mahumu
semua yang diinginkan cuba dituruti
abadi kasihnya sehingga kesyurga

ibu tak jemu jemu
melayani mahumu
semua yang diinginkan cuba dituruti
abadi kasihnya sehingga kesyurga

air mata keduanya
persis permata
pastikan terbitnya nanti dari hati yang suci
bukannya terkecewa dengan sikap anaknya

ayah.....ibu.......
dua jiwa sungguh mulia
kasih sayang mereka tiada tandingan
tiada nilaiannya tiada gantinya

lagu diatas sangat berguna ditujukan khas kepada anak2x yang berasakan diri sangat " bagus" sehingga terfikir untuk melupakan mereka

hayati lah lirik lagu tersebut dan fikirkan apa yang tersirat disebalik setiap lirik tersebut. jasa dan perngorbanan mak dan ayah tiada tandingan. sayangilah mereka seumur hidup kita dan berbaktilah kepada mereka hingga ke akhir hayat

penat lelah seorang ayah yang mencari rezeki tidak pernah diungkit malah tidak terlintas dihati beliau untuk mengungkit perkara tersebut. pengorbanan dan kerja yang lakukan iklas semata - mata untuk anak dan isteri tercinta.

tetapi malangnya ada yang sanggup bertindak seperti orang yang tidak mempunyai akal fikiran. berita 2-3 minggu lepas yang bertajuk anak buang bapa. seorang anak telan meninggalkan bapanya yang baru keluar dari hospital di sebuah bus stop. lebih malangnya bapanya tersebut baru sahaja selesai pembedahan jantung.link berita anak buang bapa

ibu juga yang sentiasa melayan karenah kita sebagai anak dan pengorbananya juga tidak pernah diminta untuk dibalas. ibu merupakan insan yang sangat mulia. ibu sanggup menyimpan perasaan laparnya demi melihat anak2x dapat menikmati makanan diwaktu darurat. kesedihan dan kepayahan yang dilaluinya amat licik dan pandai si ibu menyorokkan.

seperti contoh ketika mak aku accident setahun yang lepas. walaupun lukanya agak teruk tetapi masih mengatakan yang semuanya ok. akhirnya daoat tahu keadaan sebenar setelah menelefon adikku. keaadaanya agak teruk kesan dari perlanggaran tersebut.

perenggan yang mengatakan airmata ibu ayah umpama mutiara besar maknanya. harapan si penulis lirik agar air mata ibu dan ayah hanya tumpah untuk kegembiraan dengan kejayaan anak mereka. bukan dengan tindakan salah yang diambil oleh anak mereka.

pernah terdengar kisah seorang anak muda yang dijanjikan tempat jiran kepada nabi musa akhirat kelak??sila klik disini

sekian ...

Wednesday, February 17, 2010

~sedih pilu dan sebak...~

masih tak terlambat aku nak ucapkan selamat tahun baru cina kat sume yang berbangsa cina.

"gong xi fa cai"

sabtu lepas balik kemaman dan yang paling best pergi ke air terjun kat kuantan bersama keluarga. lame rasenya x pegi air terjun bersama2 sejak sume da besar panjang. tetapi kat sana ade peristiwa ngeri iaitu aku ayah dan 2 orang adik aku hampir lemas. malas nak cite aku masih lagi trauma.huhu.

3 hari spend mase kat umah rase sekejap giler. tapi sempat gak melawat nenek yg tngh sakit. mase kt umah asyik terfikir kat ikan belaan aku jer. siap call housemate aku nak remind jangan lupa bagi makan.

then semalam pukul 3 petang sampai ke umah sewa terus menuju ke aquarium. sebak tengok seekor terapung. pastu mase nak bersihkan aquarium tersebut ada lagi 2 ekor yang dah tak bernyawa. sedih pilu dan sebak menusuk jiwaku. 3 ekor telah pergi meninggalkan aku. sob seb sob seb..so tinggal lagi baki 8 ekor.

maafkan aku duhai ikan yang telah mati. bukan niatku untuk membunuh mu. aku telah cuba yang terbaik. namun Yang Maha Esa lebih menyayangimu. sayornara.

Friday, February 12, 2010

test




~boleh idup tanpa nasi??~

majoriti pendapatan orang malaysia ni kate kite tak bole idup tanpa nasi. malah ada cina yang berkata "mana bole idup tanpa nasi maa...". aku penah borak ngn sorang cina dan itu pendapatnya.


betul ke?mat salleh tu tak makan nasi tapi sihat bebenor diorng tuh. entah lar. tapi aku nak cite psl seminggu yang lepas aku x makan nasi langsung. mesti orang kate aku diet dan da kurus giler. xdak maknonye. walaupun x makan nasi tapi aku makan bende laen. antaranya MC'D, CARL's Jr, AYAM GORENG dan macam2x lagi.sumenye berkhasiat untuk dengan lemak. kompem2x berat naek punye.ish3x. nyesal kemudian ari xdek gunenye. nasi da jadi bubur. terlajak perahu bole diundur, terlajak makan obesiti lar jadinya...


is2x..geram betol kt adik aku ni. semalam beriye ajak aku balik suh temankan die. mule2x aku mls nak balik. then abang mithali kan, aku pun pg lar beli tiket smlm. pastu tup2x malamnye die msj yang die balik ngn kawan die. dengan lajunye kuar dari mulut aku$@$%^&*(%$#$%^*&*()& macam air keluar dari paip.


aku x reply msj die sebagai tanda marah.eeeiii.. so kalo die balik ngn member die ticket yg aku beli cmne. burn camtu je ke.adoyai..da lar duet aku.ish2x..saje2x jer duet tu dapat ke transnasional. x puas ati den.huhu

Thursday, February 11, 2010

~genap seminggu~

masuk esok genap lar seminggu hidup ikan gapi yang aku bela. walupun pada awalnye 12 ekor yang aku bela. malangnya seekor telah pergi menyahut seruan ilahi.

aku agak risau sebab pada permulaannya hanya satu jer yang bermain di minda aku. ikan tu akan mati. bukan ape, most of the info yang aku dapat dari blogger2x pembela ikan gapi ni semunya mengalami nasib kematian ikan tersebut. mereka kate ikan tu sensitip, kandungan ph nak kene jage, air, makan dsbnya. so bile ikan tu dapat idup seminggu dengan aku rase sangat2x bersyukur dan bertuah.

memang aku akui lar jagaan yang spesel aku bagi kt diorng. airnya pulak sehari sekali aku tukar.makannye pulak aku bagi sebelum pg keje, pas balik keje, tngh malam. tapi dalam kuantiti yang sedikit. kalo banyak2x kang masalah obesiti plak.

entah ape yang housemate aku pkr. ye lar. aku banyak spend mase duk tengok ikan2x tuh berenang. tergedik2x mereka ke sana sini.sebelum pegi keje aku tenung mereka sambil makan breakfast. balik keje plak terus ke aquarium tngk mereka. begitu juga malam. kadang2x aku x tngk pun tv walaupun badan menghala ke tv. mate aku ligat tengok kegedikan ikan tu berenang.

insyaAllah kalo ade duet lebey aku belikan diorng aquarium baru. plan nak beli yang bowl cam kat bawah ni. tapi xde. yang tu agak mahal sket.

Tuesday, February 9, 2010

~manis vs pahit~

manis....
*-* kenangan manis merupakan sesuatu perkara indah yang sukar untuk dilupakan.

*-* senyuman yang manis membuatkan hati yang memandang tenang dan selesa dengan senyuman tersebut.

*-* kueh mueh yang manis menjadi pilihan orang ramai

pahit.....
*^*kenangan pahit merupakan suatu igauan ngeri bagi sesetengah orang. sehinggakan ingin melenyapkan terus kenangan tersebut dari memori.

*^*kebiasaannya berkaitan pahit adalah buah buahan. ramai yang tertekan jika buah yang
dimakan terasa pahit

tetapi indah ke apabila hidup dengan "manis". adakah "pahit" tidak berguna dalam hidup kita. ade perumpamaan berbunyi " Manis itu racun, Pahit itu penawar". adakah benar perumpamaan tersebut.

manis seumpama dengan sedap. adakah sedap bagus untuk manusia.sebagai contoh pemakanan. pemakanan yang sedap adakah bagus untuk kesihatan?. sebagai makanan segera, tak dapat dinafikan makan tersebut sedap. tetapi kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut adalah sangat tidak bagus untuk kesihatan.

pahit pula seperti bende yang tidak sedap. sebagai contoh sayur sayuran, buah-buahan dikategorikan tidak sedap kerana ramai yang tidak gemar memakannya. namun makanan tersebut merupakan khasiat yang sangat tinggi nilai nutriennya bagi keperluan tubuh badan seseorang.

semestinya perkara ini tiada siapa yang peduli kerana kesannya di jangka masa panjang. 10-20 tahun akan datang akan nampak kesan buruk pada tubuh badan kita.

oleh itu amalkan pemakanan sihat. kurangkan makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan tingkatkan pemakanan makanan yang berkhasiat seperti buah buahan sayur sayuran dan kurang kolestrol. anda yang menentukan masa depan kesihatan tubuh badan anda. sekian.

Monday, February 8, 2010

~ ikan guppy+masak2x +universal soldier + sungai congkak~

cerite di hujung minggu yang lepas....

hari jumaat lepas balik kerja terus singgah petshop. pegi survey ikan. kan entry lepas ade cite nak bela ikan. setelah dikaji baik buruknya ikan guppy telah di pilih untuk dibela olehku. seramai 12 eokr ikan guppy di bawah belaan aku. dengan penuh perhatian aku berikan pada mereka. bangun pagi, sebelum tido aku mesti tengok kot2x ade masalah. pagi semalam seekor ikan guppy telah pergi meninggalkan aku. aku nmpk dengan mate sendiri ia digigit oleh kawannya yang laen. mybe kes gaduh. bajet tuk bela ikan adalah berikut : balang +oxygen+batu+peplet + anticlorin+ikan+tunbuhan plastik=RM50 ringgit.
peserta terlibat: aku, liyana, fariza ngn ikan

hari sabtu lepas berjaya jugak operasi masak memasak. syukur alhamdulillah tiada yang mengalami cirit birit keracunan makanan. menu yang berjaya dimasak adalah .... nasi + ayam merah + sayur campur + masak kangkung + kari ayam banyak giler lauk. da macam kenduri.padahal makan 6 orang jer.desert plak x dapat di masak kerana sebab2x tertentu. pada hari ahad baru masak puding. simpan kt fridge baru best makan.hehe
* peserta terlibat: aku, lan,a'a, liyana, nad ngan zamir
malamnye plak bosan so kuar tengok movie.xnak dekat2x pastu pegi midvalley.muahaha. sampai kat midvalley around pukul 9 malam. pastu pegi beli tiket. cite universal soldier. citenye agak ganas especially part die tumbuk. da macam tumbuk belacan aku tengok. patutla 18 SG.da lar midnite show. so g makan dulu. xnak kalah plak tu makan kat car's jr.satu berger RM20 lebih. x ke gilos.huhu.. kol 3 pagi baru smpai umah. terus tido.
peserta terlibat:aku, lan, a'a, liyana, ngan nad
hari ahad plak. nk pegi sungai congkak. dekat hulu langat kot. pukul 9.30 pg mandi2x siap2x pastu buat nasi goreng jap. bekfest. kol 10 lebey bertolak.sampai destinasi around kol 11 lebey. ramai giler orang. sampai je terus tukar baju terus masuk air. pas berendam 2 jam lebey, makan2x, kol 3 bertolak balik.sampai umah kol 6 terus tido. penat wei..
peserta terlibat: aku, lan, a'a, liyana, nad, zamir ngan aufa

Friday, February 5, 2010

~laga ke guppy~

ikan guppy
ikan laga

rase cam nak bela ikan lar. tapi nak beli ikan ape erk??ikan laga ke ikan guppy. senang ke nak jaga diorang nih. bnyk info yg aku dapat jage ikan guppy susah. nak kene jage kandungan klori, air yang sesuai dan macam2x.


kalo ikan laga ni senang jer kot. ingat lagi mase kecik2x. sume ade ikan laga nih. pastu maen lage. sape yg menang senyum melebar sampai ke telinga. kalo kalah munjung jer sambil marahkan si ikan.nostalgial zaman kanak2x..

~hujan itu rahmat~

sejak dua menjak ni asyik hujan jer kat sini tapi.................................................................

........hujan itu rahmat. ini bermakna Allah swt masih lagi mengurniakan rahmat kepada semua hamba di muka bumi ni walaupun manusia lalai mengingatiNya. tapi apakah balasan hamba dengan rahmat tersebut. mereka masih alpa, leka dan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan.

banyaknya nikmat yang dikurniakan kepada kita ni tanpa kita sedari. tetapi beratntya mulut kite untuk melafazkan 'Alhamdulillah' sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang diperolehi. tetapi kalau seseorang memberi pertolongan pada kita, secara automatik kita ucapkan 'terima kasih' pada mereka. betapa angkuh dan sombongnya kita kepada pencipta yang memberi segala-galanya untuk kita.

manusia diumpamakan sebagai seketul batu yang berada di atas jalan. tidak mampu berbuat apa2 mahupun bergerak.disepak oleh kanak2x, dipijak oleh kereta, ditimpa hujan, berpanas pancaran matahari dan kewujudan batu tersebut umpama tiada fungsi.

kemudian seseorang telah mengutip batu tersebut dan dibasuhnya sehingga bersih, di warnakan dengan cantik, di bentukkan dengan menarik, diukir hiasan diatasnya, dan dipamerkan ke khalayak ramai.akhirnya di letak di almari perhiasan.

setelah dipamerkan begitu banyak pujian yang diperolehi dan ramai yang datang menghampiri almari tersebut untuk melihat, menyentuh,menghayati seni dan ingin memiliki nya. ada yang sanggup membayar dengan harga yang yang tinggi dan tidak masuk akal untuk harga seketul batu.

maksudnya disini manusia adalah lemah. tidak mempunyai apa2x kuasa, kemampuan, dan kelayakan melainkan dengan ihsan dari Allah swt. semua yang kite perolehi adalah pinjaman. anggota badan, ijazah, wang ringgit, henset, komputer, mak ayah, keluarga,bahkan nyawa adalah pinjaman daripada Allah swt.

setelah pinjaman ini dipulangkan tiada apa yang menjadi milik kita. hanya imanlah keuntungan yang kita perolehi daripada pinjaman tersebut. dan dengan iman itu lar yang menjadikan kita bernilai di suatu hari kelak iaitu hari perhitungan.
bukan niat dihati untuk berceramah, mengajar, ataupun memandai2x. tetapi sekadar untuk saling ingat mengingati. ustaz selalu pesan sebagaimana sabda Rasulullah " sampaikan daripadaku walaupun satu ayat".

umpamakan disini adalah memukul bola pingpong ke dinding. kuat dipukul kuat lar lantunan balik kepada kita. dan sebaliknya. maksudnya banyak yang kita sampaikan banyak yang kita perolehi. insyaAllah semoga Allah swt mengurniakan hidayah kepada kita dan seluruh umat islam untuk taat dan patuh pada perintahNya dan meninggalkan laranganNya. amin....

Thursday, February 4, 2010

~i miss mama....~

i'm really miss mama chop papa grill yang dekat utm tuh. sangat sedap kombo set dier.
last week nak lepaskan rindu punye pasal sanggup pergi bangi semata2x nak makan mama chop papa grill. cam bese lar my feberet menu is combo set.

tunggu punye tunggu sekali sampai laen benor rupenye dari yg bese makan. ish..memang x puas ati. da menyumpah2x da tukang masak die. x sedap xsedap xsedap xsedap.....menyesal giler makan.eeeiiii bole meroyan ni. rase cam nak je pg skudai semate nak makan combo set mama chop kat taman u.tapi over plak. kang orng ingt mengidam plak..

mama chop papa grill taman u are the best. thumb up!!!

Wednesday, February 3, 2010

~bile erk~


sekarang ni kepala sering memikirkan bila mahu dapat kerja yang kita minat dan gaji yang cukup tuk bayar kereta, rumah, bagi kat parent, simpanan, dan belanja harian.

ye lar umur pun da 24. kerja pun tidak sehebat mane. gaji pun same. setakat gaji RM2000 cukup ker??????

ye lar beb. kate graduan universiti. study punye lar lame, dengan exam, test, projek, assigment dan macam2x lagi.pastu keje nye x lah sehebat mane. gaji pun ciput. kalo camtuh baek lar x yah study. pas spm jer terus keje. 5 tahun yg kite spend kt univesiti kalo kte keje gaji da tinggi melambung tuh.

cam kazen aku. sekarang da ade kereta kot. bangga mak die. anak da berjaya. die xde lar plak menonggeng mengadap buku, menangguk dlm bas blajar jauh2x bertaun2x lamenye cam aku. duk kat umah jer. pas spm terus keje.

mesti mak aku tu tertunggu2x aku beli kereta baru cam kazen aku tuh. masalahnya gaji ciput. cmne tuh. nak bukak bisnes plak xde modal. lagi satu pandai ke handle bisnes. hohohohohohoho

persoalannya adalah "BILE ERK" aku dapat merasa keje yg best lg ptng gaji yang masyuk. pastu bwk family bercuti, bg hadiah mahal2x tuk family, bwk kereta besar, beli rumah besar, dan macam2x lagi yang bese tngk dalam tv tuh. hidup orang kaya...pengaruh tv..hehehe

bile erk..bile erk....bile erk.....bile erk....bile erk.....bile erk........bile erk.......

Tuesday, February 2, 2010

~bodo bangang giler mangkuk x reti bahase tolol ~

laen kali buat keje pkai kepala otak, jangan pkai kepala lutut. be profesional lar beb. jgn buat keje macam orang x sekolah. memang lar keje ko tu bagus,penting dan amat berguna. tapi PAKAI OTAK lar bodoh.ish geram plak aku rse.meh aku nak cite sket nih. tadi mak aku cite

mase tu kul 3 pagi, adikaku yg darjah 4 tu lelah. pastu mak aku bawak lar pegi klinik dan suh adik laki aku yg name hery drive. pastu tup2x mase kt klinik bapak aku call, orng cari adik aku yg name hery tuh. die x cite kes ape tp die nak tangkap. pastu bapak aku ckp lar hery tu pg klinik anta adik die sakit.

pukul 3 pagi, diorng pegi gegar pintu umah, pastu bile pintu terbuke di bukenya pintu bilik pastu selongkar sesuke hati mak bapak nenek diorng barang2x dalam bilik. dengan selamber babinye pakai kasut masuk dalam umah. xde otak ker ape.

mak aku yang kat hospital ni da x keruan, rasa lemah macam nak pengsan. ye lar tekejut kot bile lalui kes cmni. bile smpai klinik dieorng ckp adik aku beli laptop dr pencuri.ikut maklumat pembeli tu name hery, tnggl kt bukit kuang bawak moto rxz. mak aku x abes2x pesan kt adik aku kalo betol2x buat better mengaku. adik aku mati2x kate x terlibat. pastu bile check balik selamber badak si mangkuk ni kate salah orang. sebab moto rxz pembeli tu kaler laen. moto adik aku kaler laen.

so nampak cam syial x? buat keje secare profesional sket x boleh ker. jangan memalukan diri sendiri. dan yg pntg jangan menyusahkan idup orang. nasib baek lar mak aku x pengsan. aku faham sbb memang keje die. tapi cam aku ckp td PROFESIONAL buat keje. ape salahnya kalo die ketuk elok2x. pastu tunjuk waran nk geledah rumah, pastu tunjuk ade report mengatekan adik aku salah, then kalo nak masuk pkai otak dulu sblm masuk. tu umah orng melayu. bukak lar kasut. x ke biadap pakai kasut dalam rumah orng. da lar memalukan family aku. semestinya orng akan fikir kite ni penjenayah. da lar orang kampung tngk. pastu kt klinik plak orang tengok. so skunk ni da mencemar maruah orang.nasib baek xde pape berlaku.kalau lar kene kt orng laen, then mak die ade heart attack. pastu terkejut then meninggal. pastu senang2x je nak mintak maaf. tolol punye orang.

aku da cakap kt mak aku suh wat report. mak aku ckp x payah. malas nak pnjng lebar. harap2x diorng ni amik iktibar dr ape yg berlaku. jngn plak pasni still berlaku bende yg same.

ish..disebabkan peristiwa ni aku rase benci sangat kt diorng nih.

~tooth fairy~

cite lakonan the rock ni agak best lar. sebelum ni asyik tengok die wristling, then kali ni jadi fairy. agak kelakar.

jalan cite die pun best. "we never know if we dont try".so to be success in this world we must try.
then usually it'll take time for us to like someone or something.

jap g nak call umah lar. lame x call. tnye khabar sihat ke x..

Monday, February 1, 2010

~aku lah superhero~

haha..mengong giler tajuk. lantak lar yang penting tu yang dapat aku rasekan skunk nih. chewah.haha

cite nye begini. kat opis aku ni ade 3 biji laptop yang rosak. so aku pon try lar tngk apa rosaknye. walaupun aku ni x reti nak merepairnya. then bile on jer laptop tu, die kuar windows sekejap, pastu kuar skrin biru sekejap pastu restart. so x smpt nak tngk ape yg errornya.

pastu dengan lagak hero nya aku memasukkan cd windows untuk menginstalkan balik windows. setelah survey yang dibuat, ramai yang mengatakan os ade problem.

then mase nak install pon mintak bantuan dari mr syafiq. kredit to mr syafiq.
da siap reinstall windows tu.bile on je laptop tu sudah tiada lagi masalah. data dalam latop pom x ilang. cume kene install balik application macam office dsb.

bile satu da berjaya, msti lar nak mempraktikkan ke'terer'an diri. repair sume laptop. dan akhirnya SYUKUR ALHAMDULILLAH semua nya dapat dihidupkan tanpa sebarang masalah.
diri terasa sangat bagus kerna dapat meng'repair' laptop tersebut. walaupun hanya reinstall windows. haha

masalah laptop da setel. skunk ni pc juga mengalami masalah. tetapi masalah nya berbeza dengan laptop. setelah aku kaji setiap error yang kuar. aku dapati masalahnya adalah port SATA rosak. tapi aku masih tercari - cari apakah penyelesaian bagi masalah tersebut.

walaupun semua keje camtu keje technician, tapi aku rse aku perlu tahu sebagai seorang graduan kursus kejuruteraan komputer.chewahhh..aduusss..lapar bangat...ok lar..nak sambung berfikir apekah solution bagi masalah port sata rosak...

~last week punye citer~

minggu lepas ari jumaat aku cuti. dengan alasan not feeling well. padahal amik cuti sebab nak angkut barang ke rumah baru. memang penat giler pindah randah nih. tu pun x de bnyk barang. adoyaii...

lepas angkat barang selesai, sesi membasmi kuman dimulakan. operasi ini buat 2 orang jer, lg 2 orang keje. dengan menggunakan dettol . seluruh rumah dibilas dengan dettol. lantai, dinding, kabinet sume di sental.

malamnya kiteorang tido di situ untuk kali pertamanya. syukur alhamdulillah tiada apa2x perkara pelik berlaku. aku hanya amalkan baca ayat kursi dan hembus dalam air sebanyak 3 kali. pastu percik ke setiap penjuru rumah. sape ntah yang ajar. aku lupe da.

hari sabtu pergi shopping barang2x dapur macam kuali, senduk, sudip, pisau, sudu, garpu dan macam2x lagi.

hari ahadnya adalah hari berparti. tapi xde lah parti yang liar2x. parti jinak2x jer.hehe..buat makan2x jer. jemput kwn yg dekat2x. makan malam di rumah baru ktorng. tp bukan aku yang masak. hehehehe..jemput chef dari kedah woo..ex-coursemate mase kt utm aritu yg masak . aku jadi asisstant jer..hehe..

pukul 8 start masak, dalam kol 9 lebey baru start makan. nasib baek pinggan cukup2x je 6 orang makan. sudu & garpu pon same.haha..kalo x makan spagetti ngn tangan lar jawabnye.

p/s: nasib baek xde yang food poisoning..hehe

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers