Tuesday, June 29, 2010

~mampukah aku bertahan~

adus..tensen bangat
semalam satu hari tak leh connect celcom berukbeng broadband
tak pasti masalah aku or masalah celcom
tp aku rase masalah aku sebab bulan jun x byr lagik..hehe
tapi xkn sebulan x bayar da kena potong.huhu

sebelum ni aku ada berazam tuk mengamalkan gaya hidup sonsang berjimat cermat
so far ni ada sedikit lar mencapai klimaks target
pencapaian terbaik setakat ni adalah untuk bulan jun aku berjaya menahan nafsu dari tengok wayang
woooww...bravo2x..*give big clap for me*

mengikut kebiasaannya sebulan 2-3-4 kali tengok wayang
bila tengok wayang mesti makan pom dekat tempat tengok wayang
so
kerugian dianggarkan :

RM11x3 = RM44 (tiket)
RM15x3= RM45 (makan)
 total =RM 89

ish..membazir nye
tiap2x bulan spend duet tuk bende tak faedah
kalo derma ke anak yatim lagik bagus..sob seb sob seb..

tapi kan mampukah aku bertahan
dugaan & cabaran didepan mata
cinema sekangkang kera
ajakan kawan2x
nafsu enjoy menonjak2x
tambahan lagik aku ni mudah tergoda dengan godaan..godaan tengk wayang yer

ala..lagipon aku masih muda
kena enjoy puas2x nih
pasni da xleh nak tngk wayang2x lagi

Sunday, June 27, 2010

~thanx a lot~

thanx a lot pada kawan2x yang wish besday aku

malam sebelum besday pon ade orang belanje makan chicken chop
thanx kepada pembelanje chicken chop

thanx kepada kawan2x yang spend mase dinner besday semalam
makan ikan bakar kat yunkies hut kt bandar baru bangi
thanx juga pada pembelanje dinner

pas makan kiteorang pegi tengok kete drift kat kajang
kene bayar nak masuk tengok aksi drift
sangat teruja & kagum melihat aksi2x drift
pengalaman baru terasa cam kl drfit plak
thanx kepada pembelanje tiket masuk

~luahan hati seorang bapa~

- kisah benar luahan hati sorang bapa yang menelon radio selangor fm pagi tadi

#beliau memiliki 4 orang anak dan baru kematian isterinya. 

kesemua anaknya berjaya dalam hidup. gaji paling sket adalah RM7000 sebulan.

berkelulusan universiti dalam & luar negara. asalnya mereka bukan dari keluarga senang. namun bapanya berusaha sedaya upaya demi menanggung anaknya belajar.
bapanya yakin hanya pelajaran yang dapat membantu keluar dari belenggu kemiskinan.

hasilnya semua anak berjaya dalam kerjaya masing2x
hidup mewah dan tiap2x bulan mengirim wang kepada ibu bapa mereka dikamung.

namun siibu sedekahkan wang tersebut kepada fakir miskin. 
mereka sudah tua, bukan wang ringgit kemewahan yang mereka inginkan.
tapi kasih sayang anak & belaian cucu2x.
biasa lar kalo orang berjaya mesti sibuk.

satu hari ibu mereka sakit dikampung.si ayah telefon semua anak bgtau ibu mereka sakit. malangnya jawapan semua anaknya "SIBUK". 

lama kemudian sakit ibu makin teruk dan dimasukkan ke hospital. 

sekali lagi si bapa sibuk telefon anak2nya.mereka memberi alasan akan pulang bila semua perkara setel. 

beberapa hari kemudian ajal menjelma. si ibu menghembuskan nafas terakhir. hanya disamping suaminya sahaja. tiada anak atau cucu menemani pemergiannya.

kali ini si bapa hanya menghantar sms kepada semua anaknya yang berbunyi 
  " mak kamu dah takde. kalo korang nak jumpe pun datang lar ke kubur sekarang"

baru lar anaknya pulang. namun segalanya telah terlambat.
kini ayahnya tinggal seorng diri di kampung
merajuk hati dengan sikap anak2x nya. 


sungguh tak disangka anak2x sanggup membelakangkan seorang wanita yang banyak berjasa kepada insan yang bergelar anak. 
mengandungkan, menyusu, mendidik, berkorban membanting tulang mencari rezeki dan menghantar mereka menuntut ilmu.
sayangnya si ibu hinggakan kalau seekor nyamuk hinggap & menggigit tubuh si anak, resah gelisah si ibu menyapukan ubat.

pedoman dari cite nih :
walau setinggi mane kejayaan kita hidup, semewah mana kekayaan kita, JANGAN dilupakan mak dan ayah.

Friday, June 25, 2010

~tips untuk banyakkan duit yang sikit~

* INI BUKAN JUALAN LANGSUNG OR APA2X KAITAN DENGAN BISNES

pagi tadi masa lepak berborak2x kat tingkat atas
mulenye kami borak ber3
pasal gaji yang akan dapat tak lama lagi
dan berkisarkan gaji yang tak cukup
then datang encik raqib dan turut serta dalam diskusi kami
umur encik raqib lebih kurang 50 lebey

die bagitau tip2x nak jadikan duet yang sedikit menjadi banyak
so aku just summarize ape yang disampai kan oleh beliau:-

*ibu bapa jangan dilupakan:-
-bagi duet ke mak ayah, WALAUPUN diorang kaya raya. jiwa mereka tersentuh & rasa dihargai serta diingati
-selalu menjenguk mereka. kalau jauh boleh hubungi melalui telefon.sejahat mana ibu dan ayah kita tak perlu kita hebohkan dan teruskan sanjung & hormati mereka

*setiap kali dapat gaji letakkan bahagian tuk tujuan menderma.
- walau wang sedikit tapi yang penting berkat.

* membuat simpanan bulana

p/s:jadikan syed al bukhary idola pengurusan kewangan anda.

Tuesday, June 22, 2010

~uniknye family aku~

salam dan selamat petang.
semoga kalian semua sihat sejahtera kunun2x ramai lar orng bace nih..hhihi
kali ni aku nk bercerita pasal keluarga aku
taknak bace sila pangkah kat ujung atas belah kanan tuh

sekarang ni bulan jun kan
pada bulan ni lar mak aku bizi
bizi beranakkan aku adik beradik
4 orang anak beliau lahirkan bulan jun

bermula ngn 26 june 1986
pastu 22 june 1987
pastu 20 june 1988
and last skali 1994

kiranya mak aku ni regular customer hospital bersalin kat kemaman tuh
selama 3 taun berturut2x...hihihi

satu lagik adalah jantina kelahiran anak2x mak aku yaitu aku adik beradik
anak 1: LELAKI : --------Mohd  Faizol Anuar, 27
anak 2 : PEREMPUAN : Norfaraliza ,26
anak 3 : LELAKI : -------Muhamad Tarmizi, sweet 24
anak 4: PEREMPUAN: --Roslina idayu, 23
anak 5: LELAKI : -------Mohd Hairuldin,22
anak 6:PEREMPUAN :-- Nurul Hidayat, 16
anak 7: LELAKI: --------Arif firdaus,10
anak 8: PEREMPUAN: --Nurul rabiatul adawiyah, 7

kami adik beradik keluar dengan jantina bergilir2x
orang panggilnye "selang bunge"

Saturday, June 19, 2010

~hate being far from my hometown~

right now felt so hate being far from hometown
really want to go  back to hometown
and just fine new job nearest with my hometown
dont want to ravel far
4 years already stay at south for my study
and now have to continues at west for my career

i felt this after got massage from my mum and said she went to somewhere aroung kuala terengganu to remove batu karang
and already take out 2 from her stomach
i called and she tell that last week she felt so damn sick because of that batu karang
and to decide to remove it

im very worried about my mum
she always hide anything from me
i know she doesn't want to worry
but she have to tell to me
i already tell her to go to hospital and scan back to look either still have the batu karang or not in her stomach
hopefullly all of it already gone

anyone have tips or info about place to recover batu karang please inform mer

p/s: gedik nak gune english. dont worry senang difhm. english dak tadika jer

Thursday, June 17, 2010

~ish tension plak tenet slow~

sangat menension jiwa ini
sejak2x broadband dah exced limit
so everything slow
bukak emel slo
facebook slow
yang paling sedihnya
tak dapat nak bertenggek di blog kawan2x.
nampak tajuk entry kat blog list cam menarik jer
tapi bile klik tak dapat masuk..
sedihnye hati ini...

~malu plak nak cite~

hari selasa lepas aku pergi bangunan spp yg bersebelahan dengan opis najib
mule2x nak pegi ngn moto
tibe2x terserempak ngn housemate yg baru  balik keje
so pinjam kete die je lar

sampai kat sane around pukul 10.30
sampai kat sane ade sesi pendaftaran
selepas sesi pendaftaran, kite dikehendaki swap my kad kat satu mesin tuh
tuk memasukkan nama kita dan dimasukkan dalam list menunggu

kat mesin tu da terpampang instruction yg berbunyi
" masukkan my kad begini, kemudian pilih no bilik"
aku pun masukkan my kad, pilih no bilik kemudian kuar resit no giliran
pastu aku duduk.
bermulalah aksi menggelakkan orang.
ade yang masukkan my kad dekat tempat kuar resit
ade yang tunggu tanpa masukkan my kad
ade yang masukkan mykad dan tunggu jer tanpa menekan no bili
ada yang kena ajar satu2x tapi x paham2x jugak

kalo tak silap aku semua yang datang tu untuk jawatan pensyarah
tapi kalo tengok dari segi cara nak gunakan mesin tadi
umpama dak sekolah darjah 6 jer
already state there the instruction in 2 version
malay and english
takkan 2-2 bahasa tak faham kot

kat situ bole tengok taraf mahasiswa/i  dari segi teknologi
tu baru jer mesin nak amik no giliran
belum lagi mesin yang canggih manggih yang terdapat kat negara maju cam jepun etc
ini melambangkan di level mane rakyat malaysia berada
dari segi penggunaan mesin yang berteknologi tinggi

diorang semua tu keluaran ipta & ipts
kalau yang datang & menggunakan mesin tu adalah makcik2x dari kampung ataupun orang asli bole lar trima
reasonnye makcik2x tu rabun mybe tak nampak instruction
orang asli plak tak faham bahas melayu & english
korang bakal bergelar pendidik pengajian tinggi lar beb
bukannya pendidik tadika

ni situasi yang laen
mase aku duk menyemak semua dokumen kat meja kaunter pendaftaran
ada sorang mamat terkedek2x berdiri tengok apa yang aku buat
pastu die duduk
bile da setel pendaftaran kat meja tu kene amik nombor giliran interview
pastu aku amik no then duduk berdekatan ngn mamat tuh
meja pendaftaran kosong mase tuh.
mamat tu terus berdiri pegi kat mesin tuh smbl terkebil2x menggunakan mesin tu dapatkan no giliran
pastu die kembali duduk
die teragak2x nak pegi meja pendaftaran atau xnk
kejap2x die tengok no giliran
pas tu ade minah pegi meja pendaftaran, then dapatkan no giliran
pastu orang laen plak
die masih lagi teragak2x nak pegi ke taknak
lame pastu baru lar die pegi ke meja pendaftaran
die ingatkan kena amik no dan daftar menggunakan no giliran tersebut

so moral of the story disini
benda jadi mudah kalo die pergi tanya meja pendaftaran dahulu
ape prosedur yang perlu dibuat kalo die tak tahu
bukannya hanye perhati dan mengikut orang
ko tu bakal jadi pensyarah
graduan plak tuh
yang memalukan kat ijazah die terpampang name UTM
malu plak rasa same universiti.

ayoo...panjang plak ..hehe

Tuesday, June 15, 2010

~3 cite dalam 1 entry"

ahad lepas berlangsung lah majlis kawen my fren yaitu nazmi
nazmi ni cousemate mase study kt utm dulu.
anyway tahniah diucapkan kepada beliau
dah pun mendapat status baru yaitu suami orang
so disana jugala berlakunye majlis reunion kami
setelah sekian lame tak bersua muka
masing2x hepi dengan kerjaya masing2x..
tadi telefon mak.mak sape??mak aku lar
pastu berborak2x lar pasal moto yg aku bawak skrng nih
tetibe aku tercerita pasal lesen moto aku da mati
menjerit terkejut mak aku " APE DIE?LESEN TAKDE. "
lantas aku mengkaberkan balik danberkata " LESEN DA MATI, BOLE RENEW"
padahal lesen da mati kiuk da.


malam tadi rasa sangat lapa
then pegi lar kiosk bawah blok
malangnye tutup buat sementara
mybe tuan die pg toilet kot.
then tunggu lar kejap
sambil tunggu tu ade mamat iran tegur bertanyakan lame ke kedai ni tutup
aku jwb lar x taw
then die tnye kat mane nak belaja chineese language
reason die nk blaja sebab client or bisnes kt malaysia kebanyakkan orang chinesse.
so when they noe chineese mybe advantage disitu...bgs kan diorang
pastu ade sorang budak merengek2x merayu kt mak die suh masuk dalam kiosk tu
so many time her mom said " it's close lar"
range umur dak tu dlm 5-6 taun
then die jawab kat mak die " no, it open,, AYYOOYYOO"
tergelak aku sorang2x menengok karenah budak tuh,
kecik2x da pandai cakap ayoyoo..
p/s: bdk tu orang india

Saturday, June 12, 2010

~jupe lisa kol 2 japgi kat alamanda..ngee~

cam bese buke facebook
then terbace status lisa surihani
yang die akan ada kat alamanda putrajaya kol 2 japgi
promosi cite lagenda budak setan

semalam member aku ajak tengok karate kid petang ni
aku cakap x nak ikut sebab demam... acchhummm
then tadi  aku mesej diorng ajak pegi alamanda
hahaha..mesti diorng panas je ngn aku kan..
ala demam sket jer ayat nak kaver 


harap2x demam aku baik lepas tengok si lisa tuh
demam rindu kot..hahaha

Friday, June 11, 2010

~oh yeahh..esok wiken~

wah..sangat seronok bile wiken menjelma
dapat tido puas2x
bangun tengahari
lepak depan tv 24 jam
mengadap fb 24jam
termenung 24 jam
dan macam2x lagik 24 jam

tapi aku demam
so x seronok sangat ler
huhu..harap2x esok demam dah kebas..hhuhu..acchhuumm!!!

~baru je baik demam...arini demam lagik..adoyaiii~

i dunno wat happen to me
adakah antibodi yang kuat dalam badan ini telah pom habis
menyebabkan diriku senang tuk jatuh sakit
takkan lar badan sebesar aku ni mempunyai antibodi lemah
ces..ni sume angkara lemak yang berlebihan nih.
tapi my weight currently is maintance 77kg.
happy walapun still over normal weight.

siyesli lar..
rasenya baru je baik demam dalam sebulan yg lepas
loni demam balik
adoi..da lame x exercise kot.
makan jer banyak

semalam telan panadol 5 bijik
hari ni x makan panadol lagik
minum 100 plus jer pagi tadi
hingus ni plak x henti2x nak kuar
mengalir cam air paip..eeiii..

bila fikir2x balik kan
ade hikmah disebalik semua  nih
bersempena dengan hari jumaat ni
nak bincang sket lar pasal nih
huhu...

mungkin sebab aku semakin lalai
dan menjurus ke arah kejahilan
sebab tu lar Allah Maha Pengampun menguji dengan memberi sakit padaku
orang kata sewaktu sakit ni orang akan ingat mati
mase tu lar semua hamba akan menyebut2x name sang penciptanye

sesungguhnya Allah masih lagi memberi peluang pada diri aku
tuk menyedari kesilapan diri
bertaubat dan kembali ke jalan yang benar
sesungguhnya pintu taubat masih terbuka luas untuk aku
masih lagi diberi peluang kepada aku

aku sangat lar lemah
untuk melawan hawa nafsu pujukan syaitan
oleh itu aku terus alpa & lalai dengan keseronokan dunia
rasa diri tak berupaya tuk menghadapi semua ujian ini
diri tidak sekuat para alim ulama mukmin sejati tuk menempuh ujian ini
namun aku harus percaya dengan :
"Allah tidak akan menguji hambaNya  melainkan Dia mengetahiu kesanggupan hamba tersebut menempuh ujian tersebut"
dan aku berharap sempena dengan hari jumaat nih
semoga aku dikurniakan hidayah dan kekal untuk selama lamanye
menjadi mukmin sejati
berjaya menangkis cubaan & dugaan dari syaitan
dan menepis apa jua nafsu yang mendatang
dengan berpegang pada jalan Allah
sama2x lar kita mendoakan..amin

sekian wassalam

Wednesday, June 9, 2010

~xyah bace...xde pekdah~

aduh..rasa malas tuk mengupdate blog meluap2x dalam diri
rasa sangat malas dan berat tuk menaip di papan kekunci nih
aku pun tak faham. what wrong wif me.

lately i like to stay in the dark.
tidak bukak lampu bila malam
tengok tv dalam gelap
skunk ni pom tak bukak lampu

tapi sebenarnya hidup dalam kegelapan ni tak bagus.
sememangnya lumrah manusia memerlukan cahaya bagi menerangi kehidupan
kehidupan akan menjadi tawar dan tidak seronok tanpa cahaya
kehadiran cahaya lah menjadikan hidup lebih bermakna
cahaya jua penyuluh kejalan yang benar
cahaya memimpin kearah kebaikan
cahaya menyinar kehidupan
menjadikan hidup lebih bermakna
lebih bersemangan menempuh hari2x yang mendatang
menjadikan hari2x kita indah untuk dikenang
setiap detik hari yang kita lalui pasti kita akan merinduinya
dan mungkin menjadi kenangan terindah tuk dikenang
dikemudian hari kenangan itu lar yang akan mengukir senyuman diwajah kita
melalui kenangan tersebut menjadikan kita lebih dewasa
dan mengharungi hari dengan penuh berhati2x
agar peristiwa yang kita lakukan
akan menjadi suatu kenangan yang indah tuk dikenang
entah kenapa aku menulis semua ini
entah lar.
aku hanya menaip apa yang terlintas diminda ku
aku membiarkan minda ku berfikir
dan hanya menaip untuk dihayati
apa yang sedang bermain diminda ku
kadang2x apa yang bermain diminda tidak semua kita dapat tunaikan ape yang terlintas diminda
so dengan cara merekod seperti ini
mungkin hadir kepuasan dalam diri
cukup sekadar ini sahaja aku memberi peluang kepada minda ku
untuk meluah kan ape yang terlintas.
sekian.

~shiero sudah tiada~

semalam hari terakhir shiero di rumahku
die telah pom pergi bersama tuan baru nya
hampir 4 bulan aku menjaga shiero
terasa janggal pagi tadi bila bangun tido tiada bunyi sidia mengeow

rutin pagi ku telah berubah
sepanjang 4 bulan
bangun tido aku sediakan kan makan tuk die
sediakan minuman
membersihkan litter box dier
tapi pagi ni tiada lagi

harap2x shiero akan heppy & bahagia dengan tuan baru
semoga die sihat selalu
huwaaaaa...sayornara shieroooooooooooooo....

Saturday, June 5, 2010

~nasi goreng sosej bertelur lagik???~

adeh..dah naek muak aku ngn menu tuh
2 ari lepas breakfast pom masak tuh
xkan arini nak masak tuh
da naek jemu meluat tengok sosej & telur dalam nasi goreng tuh
adoyaii...

tapi kalo x masak menu tu ape lagik yang bole aku masak?
kari ayam berempah?
ikan kerapu sweet sour?
gulai lomak cili api?
ikan masak asam?

"HOIIII...mimpi ke ape?"
"ko hengat ko chef wan?"
" hishhhh!!!"

huhu..iyer2x..aku x reti masak.
umm..cmne erk..kalo x masak berlapo nnti.
hahh!!
masak megi jer lar. ok???haha
tengok lar nnti mood cmne.
nak mandi dulu nih.
pinggang den da sakit2x duk mop satu umah.
adoyaii...
kalo ade bibik kan best idup.......ZZZZZZZZZ..mimpi jer lar.
adios.sss

Thursday, June 3, 2010

~ape tu PPPT??~

beberapa hari lepas
dapat surat dari suruhanjaya perkhidmatan pelajaran (spp)
tuk datang temuduga
sebagai pppt
tapi kan ape kah itu pppt?
program perumahan penduduk tempatan ker??hehe

menurut surat tu sebagai
pegawai pendidikan pengajian tinggi dh 41 pengkhususan kejuruteraan komputer
menurut info & fahaman aku cam jawatan lecturer
tapi x sure lar
masalah skunk ni nnti mase interview ape kah yang aku kene buat
ade yg cakap kene wat slide kemudian present kt diorng
tapi kat surat xde pun tulis suruh buat tuh.

adoi..fenin kepala den..
dah lar kene suh mak den pos surat beranak dari kampung lagik
menyusahkan betol lar.
den da seronok ngn keje baru nih
ikutkan ati den x mo pg
tapi mak den ckp pegi jer lar
mane tau ade rezeki
so sebagai anak solehah ..den ikut je lar..


arini masuk ari ke2 den merempit pegi keje
semalam ari pertama den bawak slow jer. 80 km/h
arini up skit. 100-110 km/h..
seronok plak rase bila bawak moto laju2x.
itular ape yg dirasai oleh mat rempit tegar erk.

tibe2x mase balik tadi ade kete polis tepi jalan
kecut perut den..
tapi buat cool jer..hehe

alamak..da pukul 11.46..
den kene tido..
esok bangun awal.
kalo lambat merempit plak..haha

Wednesday, June 2, 2010

~bermula episod kisah hitam hidupku~

salam & selamat sejahtera
semoga kalian sihat sejahtera
aku jer yang kepenatan..adehh..

hari ini bermula lar perjalanan hidup aku
merempit di jalan raya
awal pagi aku merempit
lewat senja lagi sekali aku merempit

hehe..merempit demi mencari rezeki halal beb..hehe
hari ni aku mula naek moto ke keje.
perghh..lame giler x bawak motor
tapi best siot...
sejuk jer x perlu bukak aircond

cume agak takut & riso
yer lar.pengguna jalanraya selalu abaikan penunggang motosikal nih
harap2x dihindarkan dari malapetaka or bende yang tak elok.
bende yang paling riso adelah kalo ade roadblock..
memang mati den..
tapi jangan pegi report kat polis plak.
lesen moto den da mati ...syyyyhhh..rahsia antara kite ok.


tadi mase balik dari keje
singgah ke pusat tusyen dekat area rumah..
hehe..bukan aku nak pg tusyen tu
dan bukan juga nk anta sape2x pg tusyen
aku pegi tanye keje sebagai guru tusyen..hihihi..
klakar kan..saje2x je mintak..hehe..
nak bantu didik anak bangsa..hehehe..

hari pertama bawak moto da ade masalah
smlm aku lock rantai dengan kunci
tapi pg td mase nak pg keje
aku terus vrooom2x, tanpa bukak kunci kat rantai tuh..
terputus kunci tuh..then mase bawak ade bunyi something kat soket blkng
balik keje singgah kedai moto.
tanya apek tu ape prob.


pas die belek2x die cakap soket rosak
kene beli baru, harge rm 60 lebey.
adus..da lar den pokai nih..
pastu juz suruh die tegangkan rantai tu jer.
sebab nampak cam kendur jer.
mmg x beli lar soket baru, cakap kat die dapat gaji baru tukar.
pas je da tegangkan rantai tu terus balik
eh2x da xde bunyi. so da setel masalah.
moral of the story jangan terlalu percaya same tokey kedai spare part.
huhu..adiosss...

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers