Sunday, November 22, 2015

president US ke malaysia


fuh fuh fuh....

spirit spirit of blog please come into my soul. hehehehe


hurm. beberapa hari lepas kecoh semalaysia tentang presiden us yaitu barrack obama nak datang sini.

paling bengang adalah mereka yang berada di kl dan selangor

cube bayangkan jalan federal highway boleh tutup terus, tak ke giler namanya

dah la hari jumaat time pulak orang balik kerja

adehhh


melampau betul mengalahkan yang dipertuan agong malaysia sendirik.

tapi perkara yang membuat tertanya tanya adalah rajin plak mamat tu datang negara kita nih

dalam setahun ni dah datang 2 kali.

last die datang 2014

memang something fishie bak kata orang putih

harap harap takde bende buruk yang berlaku la

sekian tu saje

laporan dari bangmiji berkenaan presiden us datang ke malaysia

Sunday, June 14, 2015

Derma darah first time dalam hidup



Kali pertama dalam sejarah hidup derma darah. Tu pun sebab ammar yang beriye suruh try. 

Thats all
 K bai



Jadi ayah ni apa beza die?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Berkisarkan pengalaman jadi bapa masih baru la kononnye. Hurm nak cite pasa anak ni

Anak ni semestinye amanah yg dikurniakan kepada kita utk pikul. Mereka yg kuat diberi ujian seiring dengan amanah. Seperti contoh bayi pramatang, bayi istimewa, ade penyakit kronik dan macam macam ujian lagi.

Yang paling besar ujian adalah mereka belum diberik kesempatan untuk memikul amanah ini. Bukan lah suatu yang mudah berada ditempat mereka. Kagum dengan kesabaran dan ketabahan mereka. 

Bile da ade anak ni automatik akan berfikir jauh kedepan.

Adakah aku berjaya menjadi jutawan atay fakir di alam akhirat nanti. 

Itulah tempat kita menuai hasil

Dah ler tu.. Nyte

Wednesday, June 10, 2015

Entry 2015

Assalamualaikum da salam sejahtera

Entry pertama untuk tahun 2015. Setelah berkurun tanpe entry baru. Yeahhaaa

Im now a husband n daddy to super duper cute doter nur qaisara husna


Alhamdulllah with my life now

Monday, December 30, 2013

11 mei 2013

oh la laa..lama sungguh tidak bermadah puisi mencoret kate di sini

hurm what so spesel about 11 mei?

11 mei ni jatuh pada hari sabtu.

speselnye kerana tarikh tersebut tarikh pegi menyunting bunga di taman,

taman yang disunting adalah taman di negeri sembilan.

dan tarikh tersebut jugak lar officialnye berstatus tunangan orang yobb

hurmm.. tak lama lagi tukar ke status baru plak yaitu suam orang.insyaAllah.



Tuesday, April 23, 2013

bos oh bos : 11:17 am/ selasa

semalam petang dah confirm kan dengan bos meeting harini procees as schedu on last meeting

tup tup pagi pukul 6 die mesej n katenya meeting postpone petang
kalau internal meeting libatkan staff kat opis takpe

ni melibatkan orang luar, tak profesional la kalau nak cancel minit camtu

huru hara call orang luar tak dapat

finally tinggal mesej n replied "ok"

fuhh lega gak..

Monday, April 22, 2013

Interview housemate:

Setelah wat iklan kat ibilik ramai plak call, so aku pilih secara rawak 3 org untuk hadir sesi screening test.

Calon pertama kerja kontraktor maxis, kat rumah sekejap pon banyak giler hisap rokok, heavy smoker, kurang bercakap, muka macam pikir banyak masalah, siap mintak kurang sewa. So awal 2x da tersingkir.

Calon kedua kerja NAHRIM,( hebak la ni), peramah sangat sampai tak reti nak balikso sampai aku bagi alasan nak keluar. Hehe. So dapat pegi next stage

Calon ketiga kerja goverment kat pj, peramah dan suke kucing ( extra point),jnji nak bayar sewa awal, janji nak kemas rumah( manifesto la sangat), so yg ni pon layak ke next stage

Setelah di finalize, calon ke3 berjaya dapat bilik tersebut.

Tahniah diucapkan, jangan lupe janji anda

Adiosss

Sunday, April 21, 2013

Oppy & bell #1:23am

I have two kids, nama diberi OPPY & BELL.

kisahnya oppy diambi kat jalan raya, bell plak diambil kat tepi kedai

Mulanya oppy ni penakut sangat, malam pertama tido kat rumah die mengeow sepanjang malam, lama kelamaan die da ok.

Bell plak masa lalu tepi kedai ternampak bell dengan adik beradik dan ibunye
Pastu kawan ambil bawak balik rumah, bell ni peramah sikit



Gambar bell dan oppy,



Saturday, April 20, 2013

Tema warna ape ? #20 april #5:41

Assalamamualaikum dan salam sejahtera,

Memandangkan kat sini takde sape yang singgah bole la cite kat sini.

Hurm tajuk gempak macam nak kawen je heehe

Tapi ade kaitan gak la kearah sane hehe

Tuptup bulan 5 ni ade majlis dikire bende penting jugakla dalam hidup kawan.

Sebab tula nak kene fikir tema kaler ape.

Belah sidia pilih kaler pink.euwwww hehehe

Normallah perempuan kan.

Macamkawan plak tak tahu nak amik kaler aper

Kawan minat warna purple tapi takmo pakai warna tu sebab nak guna masa majlis besar insyaAllah.

Mak kawan cadangkan warna merah, ish dasyat sangat merah hehehe

Kawan tertarik dengan warna biru laut. Sebab tenang jer warna tu

Tengok la camne nanti



Wednesday, April 17, 2013

Long time tak update n now....

Salam dan selamat petang,

Setelah sekian lama tidak updata kali ni wa akan mengupdated kan selalu blog ni. Kesian dah bersawang laman sesawan nehh

Dah ade app blogger kat iphone ni bagus dan memudahkan para bloger update.

Cume isu die skrin kecik tak puas. Tapi takpe. Sementara tunggu iphone ninjadi besar pakai je la

Huhu. Sekian babai

Sunday, July 3, 2011

~sejauh mana?~

topik kali ini berkaitan dengan bersedekah
tak kira lar bersedekah ke orang miskin ke, anak yatim ke, orang tua ker, yang penting bersedekah
sejauh mana kita faham konsep sedekah nih


semalam kebetulan singgah ke kedai buku
ternampak satu buku bertajuk:
"banyak sedekah makin kaya"
kalau tak silap hadis pom ada menyatakan semakin banyak kita bersedekah semakin murah rezeki
TAPI....
tapi di sini sejauh mana pemahaman tentang konsep sedekah nih
persoalan ini ditujukan kepada diri sendiri
betapa sukar dan payah untuk memberi sedekah
walau dah bersedekah tapi masih rasa penyesalan atau kerugian
sukarnya untuk bersedekah dengan seikhlas hati
kadang2x terasa terlontar di minda  selepas memberi sedekah:
" ish banyak nyer aku bagi kat orang tu tadi, kopak lar aku bulan nih"

" ish makcik tu betul2x susah2x ker, tngk badan sihat jer, menyesal aku bagi"



" susah betul lar pengemis nih, abes duet aku nak shooping kene bagi kat die"

dan bermacam2x lagi bermain di minda
itu sume godaan syaitan dan akhirnya sedekah kita sia2x


bersama2x kita amalkan bersedekah dengan seikhlas hati


adios...

Sunday, June 19, 2011

~selami perasaan lelaki bernama Ayah~

wahai anakku,
bukan tujuan ayah meminta darimu semua
tetapi ayah hanya meluahkan perasaan yang terbuku dihati ayah

sebelum ayah menutup mata untuk kali terakhir
ayah ingin sangat merasai
sepertimana ibumu merasai
ayah mengaku ayah begitu mencemburui ibumu
ayah ingin apa yang ibu perolehi

tiap kali kau menelefon rumah
kau hanya berbual dengan ibumu
kau tidak bertanya khabar tentang ayah
sekurang kurangnya kirim lah salam kepada ayah
ayah inginkan itu

tiap kali kau pulang ke kampung
1001 cerita kau ceritakan kepada ibumu
1 cerita pun kau tidak ceritakan kat ayah
ayah ingin mendengar ceritamu nak

tiap kali kau ingin beli sesuatu
kau bertanya pendapat ibumu
jika ibumu suka pasti kau akan beli
ayah ingin kau dengar pendapat ayah

tiap kali makan
kau sendukkan lauk untuk ibumu
kau simpan lauk untuk ibumu
kau beli makanan kegemaran ibumu
ayah tumpang gembira tapi ayah juga ingin dilayan seperti itu
ayah hanya makan apa yang kau beli

sekarang kau sudah dewasa
ayah sangka kau hanya begitu ketika kau bersekolah
ayah ingatkan pabila kau dewasa kau pasti akan rapat dengan ayah
rupanya sangkaan ayah meleset
kau makin melupai ayah

kau kerap kali menelefon henfon ibumu
tidak pernah kau menelefon untuk bercakap dengan ayah
pernah sekali kau telefon ayah
rupanya kau ingin bercakap dengan ibu kerana henfon ibumu rosak

sebelum mata ayah tertutup rapi
inilah permintaaan ayah
andainya ayah tak perolehi
ayah harap bila ayah tiada nanti
kau ciumlah dahi ayah
kau imamkan solat jenazah ayah
kau usunglah jenazah ayah
kau datanglah ziarah pusara ayah
kau sedekahkan al fatihah untuk ayah
sekian saja surat dari ayah untuk anakku...........

Monday, June 13, 2011

~kawen + cameron+air terjun~

Assalamualaikum dan selamat pagi

wiken lepas aku n member bergerak ke ipoh kerana ada kenduri kawen
kenduri kawen dak opis

kenduri nya hari ahad
oleh kerana sebab nak berjalan2x kami pergi hari sabtu
habis satu bandar ipoh kami round
orang kata bandar ipoh mati
tipu je sume tuh
ipoh sangat lar amerika
pub bersepah2x

selepas penat round2x mula lar cari tempat nak beradu
akhirnya jumpa lar satu hotel namanya SAKURA INN HOTEL
RM 80 satu malam
biliknya sangatlah besar dengan 1 katil double dan 2 katil single
siap air cond, tv ,heater xleh pakai

hari ahadnya kami check out pukul 11.30
pekena teh pastu terus gerak ke umah kenduri kawen
pas makan2x, salam2x pengantin kami gerak balik

plan asalnya nak pegi gua tempurung,
tibe2x ternampak sign board CAMERON HIGHLAND
masing2x kate tak penah pegi
masing2x ok jer so pegi lar.
excited giler aku nak makan strabery fresh n tngk ladang teh *( giler jakun )

at last dapat lar juga sampai ke tempat yg dituju
perghhh... best giler udara dier
sejuk nyaman segar marbeles
masuk ladang teh bole tengok2x je lar
xleh nak makan
pastu gerak ke ladang straberi
yang bestnye bole makan straberi yang segar bugar

yang xleh dilupakan straberi dicelup ngn coklat
sedapp woo..
yang diselaputi ngn madu n cream x sodap sangat.

dalam perjalanan turun terserempak dngn air terjun lata iskandar
bergambar je lar seposen
hihi

akhirnya pukul 10 malam tiba di taman equin
singgah kedai lepak2x minum makan dulu
kol 11 da x tahan ngantuk
balik.....................







kami pergi berlima yaitu aku, risal, johan, pian dan kamal.

Wednesday, June 8, 2011

~2 in 1~

Assalamualaikum dan selamat petang


story pertama:
pagi tadi berborak ngn member pasal isu ptptn
then die ada bukak baki pinjaman ptptn
mak aihh... baru teringat udah lame giler idak membayar ptptn ku
sekompem2x anak beranak pinak banyaknya


end of this month plis masukkan sikit dalam akaun tu yerk mRmiji




story kedua: 
jeles ngan rakan2x yg upload gambar kat FB
diorng upload gmbr kawen ngan gambar anak diorng
grrrr..geram bangat aku..
aku jeles tang gmbr anak tu lar
nak je aku rase uplad gmbr anak gak
tapi anak apa yang aku ada?
anak kuceng boleh x???


huhu..adios..

~dua bulan lebeh~

hari: rabu
tarikh: 8/6/2011
masa : 12.45 tngh malam



Assalamualaikum dan selamat malam. 



entry terakhir yang menjadi kandungan adalah pada tarikh 22 /2/ 2011/
ini bermakna lebih dari 4 bulan aku tak update
entah kenapa mood untuk menulis hilang selama 4 bulan tersebut


tanggal 4 jun 2011, 
adik lelaki ku bertunang dengan pilihan hatinya.
aku mengambil cuti dan pulang ke kampung
sungguh meriah majlis pertunangan tersebut
seperti yang disangka2x pasti akan tiba soalan2x maut dari kazen dan mak saudara
yang bertanya bilakan turn aku?, sudah berpunya ke belom?dah jumpa calon belom


dihujani dengan soklan tersebut membuatkan aku rimas, 
bak kate pepatah ajal maut di tangan Allah, 
sampai masa bertemulah kita dengan jodoh dan
berkahwin lar kita


pada 5 jun perkahwinan sepupu ku yang sebaya
majlis tersebut pun meriah juga
dapatlah aku spend masa dengan kazen2x, lepak2x berkerjasama membantu apa yang patut


yang penting aku heppy bila semua berjalan dengan lancar
semoga mereka berbahgia

sebentar tadi dapat berita wife kepada coursemet aku berjaya melahirkan seorang anak lelaki
semestinya wajah kegembiraan di wajah member ku tak dapat dibayangkan


semoga mereka berbahagia dan bertambah bahagia dengan kehadiran orang baru.




dah lewat
sudah tiba masa untuk tido
wassalam.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers