tajuk kali ini adalah menjulang atau mencemar?
ape yang nak dijulang dan ape yang nak di cemar....ape yang menyebabkan terdetik di hati untuk mencoret pasal tajuk ini adalah sewaktu bercuti raye menonton tv di rumah.
sempena musim perayaan ini kan banyak difilem2 yang di paparkan di televisyen. antaranya anak halal, rempit, kl drift, i'm not single, syurga cinta dan banyak lagi.
begitu juga dengan drama2. tidak mahu kalah. banyak drama yang dibuat sempena dengan perayaan ini. antaranya pak ngah tarbus, sepah, dll.
perkara utama yang ingin disampaikan adalah pasal filem dan drama kat malaysia nih. apekah sebenarnya tujuan penggiat filem dan drama ni. adakah mereka ingin menjulang budaya malaysia seperti baik, peramah, berbudi bahasa atau mencemar budaya dengan menunjukkan adegan, aksi, pakaian yang tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran di malaysia nih.
seperti contohnye filem anak halal. tak usah di perkatakan adalah pakaian pelakon yang amat memalukan. dengan berkemban, memakai singlet, tidak berbaju(lelaki) . kemudian budi bicara pertuturan yang amat menjengkel kan. ini akan menyebabkan orang luar yang kurang mengenali malaysia akan beranggapan bahawa itulah ciri rakyat malaysia. lebih2 lg adalah budaya orang melayu.
kemudian cerita syurga cinta pon sama. pakaian pelakon yang sedang memakai jubah, berserban dan bertindik subang di telinga. jikalau gambar ini di hasilkan oleh orang luar. nescaya kecoh dan heboh diperkatakan kerana menghina islam. walaupun tujuan hanya untuk membuat filem. tetapi ingat bahawa perkara itu akan menjadi tatapan semua orang. dan sekaligus akan menjadi fitnah.
begitu juga dengan drama pak ngah tarbus. berkisahkn satu keluarga menunaikan haji kerana ingin menunjuk2x kepada jiran dan menggunakan duit haram. antara skrip nya yang berbunyi " xpe lar kalau buat haji pkai duit haram, nanti da sampai depan kaabah mintak lar ampun". ia seolah menghina dan memperlekehkan tentang amalan memohon keampunan dari Yang Maha Esa.
bukan lah nak memandai2 dan berlagak alim. tapi melahirkan rasa risau dengan fenomena filem dan drama di negara kita. bak kate orang...
"filem kita, pelakon kita, pengarah kita, budaya kita"
2 comments:
Ahha..
Susah gak buat filem ek. Mungkin tujuan mereka adalah untuk menyedarkan orang supaya jangan buat macam dalam filem tu.. Huhu..
Susah nak sampaikan maksud tu kan..
huhu..mungkin itu salah satu tujuan mereka. tetapi bg pendapat saya masyarakat kita ni pelik. diorng akan cube buat bende yang ditonjol dalam filem. kerana media memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian masyarakat malaysia. anyway thank yariennisha for your comment.
Post a Comment