Monday, December 28, 2009

~kesian kesian kesian kesian~

tiada yang dapat aku katekan melainkan perkataan "kesian 20x"..ini mengisahkan wanita yang menjadi isteri dan balu pada hari sama. kes ni baru jer beberapa minggu lepas.semalam semasa dalam perjalanan dari terengganu ke kl, member aku cerita si suami yang meninggal tu same mrsm dengan die.td pon dpt tau yang pengantin perempuan mmbr kpd mmbr amir(brpe bnyk mmbr daa..hehe).

eh cite sedey nih.xleh" he he he"..umm..mmbr aku cakap keadaan pengantin perempuan sekarang sangat teruk. bercakap sorang2, pastu gelak2x, pastu nangis. bagaikan arwah suami ade sebelahnya.

besar sungguh dugaan yg perlu ditempuhi wanita tersebut. cuba bayangkan. bercouple sejak dari tingkatan 2. selepas sekolah menengah terpaksa berpisah sementara kerana masing2x melanjutkan pelajaran. kalo tak silap kedua-duanya oversea. masih terus memadu kasih dengan jarak jauh. setelah tamat belajar, dengan niat untuk teruskan hubungan ke jinjang pelamin dan meneruskan hidup bersama2x. namun, setelah di nikahkan dalam masa 4 jam, tidak sempat bersanding di jinjang pelamin, mereka berpisah buat selama- lamanya. begitu hebat tekanan yang di hadapi wanita tersebut.

tetapi mungkin ada hikmah disebaliknya. Allah tidak akan membebani hambaNYA melainkan kesanggupan hambaNYA untuk menempuh ujian itu,ujian yang diberi oleh Allah adalah untuk mengangkat martabat manusia,semoga wanita tersebut terus bersabar,
sesungguhnya Allah amat menyayanginya sebab itu diberi ujian yang berat ini..
Allah Maha Mengetahui


Tuesday, December 22, 2009

~Ajal telah sampai~

sangat terkejut semalam tatkala menerima pesanan ringkas dari mak aku yang mengatakan makcik Jarah yaitu jiran aku telah kembali ke rahmatullah.

rentetan mengenai kisah Allayarham adalah beberapa minggu lepas Allayarham di serang angin ahmar sebahagian dari badannya, dan tidak dapat bergerak. setelah diubati seorang bomoh dengan izin Allah, keadaannya pulih sepenuhnya.

dua hari sebelum Allayarham menghembuskan nafas terakhir, beliau sekali lagi diserang angin ahmar. dan kali ini di sebelah yang satu lagi. kali ini amat teruk sehingga tidak dapat bertutur kata. selepas dua hari keadaan beliau sangat tenat dan semalam telah kembali ke rahmatullah.

Allayarham masih mempunyai ramai anak kecil. oleh itu aku tak dapat bayangkan bagaimana keadaan keluarga Allahyarham. semoga Allah tabahkan hati mereka menempuh dugaan yang sebegitu berat. namun Allah lebih menyayangi Allayarham.

Al-Fatihah kepada Allayarham.

Friday, December 18, 2009

~malaysia boleh~

setelah penantian 20 tahun Malaysia untuk menang acara bola sepak sukan sea akhirnya berakhir semalam. setelah Malaysia membenam vietnam 1-0. pasti kemenangan tersebut amat membanngakan semua rakyat Malaysia.

aku hanya sempat tengok perlawanan ini pada 70 minit selepas permainan sehingga habis. kerana petang tersebut ade mesyuarat dengan PTM(berkaitan portal development) so pukul 7 baru habis mesyuarat. nasib baik dapat tengok gol dari pihak Malaysia.

ramai yang berpendapat semangat pasukan Malaysia kali ini sangat bagus dan bemain dengan penuh semangat. ada benarnya kata- kata tersebut kerana sehingga ke saat akhir aku lihat pasukan Malaysia bermain habis- habisan. begitu juga sewaktu aksi pemain Malaysia yang terjatuh sewaktu perlawanan mereka tangkas mengejar bola. so dari situ dapat lihat semangat juang mereka yang amat tinggi.

penyokong Malaysia pun turut sama mempamerkan semangat dengan meluangkan masa menonton beramai- ramai di sri pentas. di khabarkan jelas kelihatan semangat 1MALAYSIA kerana masyarakat berbilang kaum datang menonton perlawanan tersebut di sri pentas..

ini lah yang dimaksudkan oleh PM kite. semoga semangat ini terus menerus menebal di hati masyarakat Malaysia. amin..

SALAM MAAH HIJRAH KE 1431 .tahniah di ucapkan ke tokoh Maal hijrah.pagi tadi sempat menonton perhimpunan Maal Hijrah disiarkan secara langsung di TV1. amat kagum dengan 2 orang penerima tokoh maal hijrah tersebut. kedua dua nya bernama yussuf. yang aku amat kagumi adalah YUSSUF QARADAWI. tu kan ulamak terkenal. di lahirkan di mesir, bapanya meninggal sewaktu die berumur 2 tahun dan pada umur 10 tahun telah hafal satu Quran. yang sorang lagi berasal dari terengganu dan pencapaian yang dicapai nya amat mengagumkan.
semoga suatu hari nanti dapat menjadi seperti mereka.


Wednesday, December 16, 2009

~syuke lagu wali band ~

tak kenal tengok pon muke penyanyi kumpulan wali band ni. kalu tak silap dari indonesia. tapi aku suke lar lagu dari diorang nih. mula2xlagu yang aku suke cari jodoh(loser song). pastu semalam dengar lagu kekasih halal, baik-baik sayang, mari solawat dan taubat maksiat.sume best2x dan aku sangat2x suke...IDUP WALI BAND2x!!!!!hehe

Tuesday, December 15, 2009

~jadi balu di hari perkahwinan~

bila terbaca tajuknye macam tak logik kan. balu tu maksudnye kematian suami. so maknenya perempuan kematian suami pada hari perkahwinannya. ini cerita benar walaupun pelik.

2 hari lepas lar kalau tak silap heboh kat surat khabar dan kat tv pasal seorang wanita hanya sempat menjadi isteri 4 jam sebelum menerima berita kematian suaminya. menurut berita yang diperolehi si suaminya meninggal sewaktu dalam perjalanan pulang setelah selesai upacara akad nikah. berlanggar dengan lori.

3 orang lagi yang menaiki kereta tersebut juga meninggal dunia. 3 orang tersebut adalah mak, ayah dan kawan lelaki tersebut. so kenduri persandingan bertukar menjadi kenduri tahlil.

satu lagi kisah berkisahkan kematian adalah 4 beradik meninggal dunia kerana lemas sewaktu banjir melanda. kalau x silap mereka pergi menangkap ikan dikawasan banjir. sewaktu ketiadaan ayahnya salah seorang jatuh kedalam air, yang lainnya ingin membantu tapi turut menerima nasib yang sama. ibu nya telah kehilangan 4 orang anak secara serentak. tak dapat bayangkan bagaimana perasaan si ibu tersebut.

inilah dikatakan kita hanya merancang dan Allah yang menentukan dan ajal menjelma tidak mengira umur dan waktu. apabila sampai masanya ia akan datang.

YaAllah Kau tunjukkanlah kepada aku jalan yang lurus dan di redhai.amin.

Monday, December 14, 2009

~syoknya~

hari ni 14 disember. tinggal beberapa hari lagi sebelum masuk ke tahun baru 1431 mengikut kalendar hijrah. dan seperti biasa apabila awal tahun ni semua orang duk pasang azam, tp azam yang lepas dah tercapai ke belom.


syoknya!!
*2 minggu skali dapat balik umah..best woo lepak kt umah..
*4 kali jumaat berturut2x cuti (besday sultan selangor + awal muharam + krismas +new year)
*spend mase dengan family
*spend mase dengan kazen +saudara mara(sabtu lepas ade solat hajat kt umah.)
*spend my money wif my family

sabtu lepas terasa sangat panjang sebab banyak perkara yg berlaku. di mulakan dengan hari jumaat. kami sekeluarga semua pergi ke kampung tok wan sebab nak uruskan upacara sembelih kambing untuk kenduri solat hajat esoknya. rasenye dah sekian lama tidak pergi ke suatu tempat bersama semua ahli keluarga.

apabila setelah proses sembelihan aku, heri (adik ), kerul(abang) , ayah dan uncle melapah kambing tersebut. buat pertama kalinya aku melapah kambing yang baru saja di sembelih. woooeeew bangge jap..hehe..pas da setel kami pun pulang

hari jumaatnye bermula lar operasi memasak. so kene lar bangun awal untuk tolong ape yang patut. solat hajat di lakukan selepas zohor dan jemaah dari masjid di jemput. lebih kurang 30 orang jemaah yang datang, sangkaanku 4-5 orang sahaja sebab hari bekerja kan.

bersyukur sangat sebab semua berjalan lancar. menu hari tersebut adalah pulut kuning + gulai kambing + gulai ikan + mee hoon.


lame giler tak berjumpa dengan kazen lelaki yang sebaya dengan aku. bukan ape, selalunye die bizi keje, tyme raye plak x berkesempatan jumpa. die datang rumah aku plak xde kt umah. kesungguhan die bekerja ada nampak hasil lar setelah berjaya membeli sebuah kereta wira 2nd hand secara cash..tabik spring kt die..

aku cuma ade 3 orang kazen yang sebaya. sorang laki dan 2 orang perempuan. sikit kan..

syoknya da abes............

Thursday, December 10, 2009

~stuck ~

oh no...yesterday went to meeting with Pusat Tenaga Malaysia (PTM) discuss the project to develop website portal for them. then after the meeting my supervisor said to me "tarmizi, you lead this project". in my heart, "WHAT!!!!".

definitely i'm dying after this if the project goes to my company hand. today i felt like time was so ahort because of so many thing to do. my supervisor called me 2 times to ask me to do research about develope web site.

so i'm rushing out to google and find any inforrmation regarding to workout how to design the website and find any tutorial . i already borrowed 2 book from library and found so many ebook.
and it problem right now because i dunno which one i have to read first and what should i do first.

after searching so long time and view the ebook and book,i'm stuck because right now the information i got was so many. i opened 2 windows and with 10 tabs of note and information about to design the website.

then i dunno which one i have to read first. finally i open and write this into my blog. haha..
its really a problems to me because i dont have any basic on how to create website. yeah its sound weird when university graduated with computer engineering but dunno how to create website. BUT it because not in my sillybus . so i didnt noe bout it.huhu..

so i have to work hard to. i have to continue my study after finish this blog. MALASIA BOLEH huhu..

Tuesday, December 8, 2009

~berjaya~

aku
berjaya
memadam
semua
gambar
aku
dalam
blog
nih.
my reason???
i dunno..juz wanna delete it.

~subuh yang terakhir~

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan kepadanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

lagu subuh yang terakhir dari rabbani. aku sangkakan lagu ini hanya mengisahkan peringatan tentang solat. rupe2xnye terselit didalamnya tentang kasih sayang terhadap ibu dan ayah.antara yang aku dapat muhasabah dari lagu nih:

1. luahkan perasaan sayang pada mak dan ayah : hati aku amat keras kerna tidak mampu lakukan ini.(YaAllah berilah aku kekuatan )
2. apabila di rumah aku tidak reti menghargai mereka, tetapi apabila berjauhan rindu yang teramat sangat akan melanda.
3.ucapan terima kasih : berat mulutku untuk mengucapkan perkataan itu pada mak dan ayah
4. banyak yang mak dan ayah terasa hati dengan perangai anak seperti aku, ungkapan maaf amat jarang di lafaz
5. kucupi mak dan ayah. selalu kucup mak kalau salam dengan die, tetapi dengan ayah hanya sekadar salam.semoga suatu hari nanti perkara yang sama akan aku lakukan pada ayah aku.amin


Monday, December 7, 2009

~pelangi petang~

seorang kanak-kanak menyanyikan lagu ini dengan penuh penghayatan sehingga mengalirkan airmata
Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

( ulang dari korus )


apa yang aku dapat bayangkan tentang lagu ini berkisahkan seseorang yang kita sayang pasti akan pergi meninggalkan kita. seorang itu sangat lah bermakna dalam hidup kita. dimana kehadiran nya amat menyinari hidup kita dan sentiasa menjadikan hidup penuh bermakna.

Wednesday, December 2, 2009

~ kalo da rezeki tak kemana~

alkisahnye nak bercakap pasal rezeki manusia. kalu da ade rezeki tak kemana. tapi mesti lar berusaha.kenapa nak bercakap pasal rezeki ni??msti lar sebab ade sesuatu yang terjadi.

pada malam hari ahad lepas sewaktu menunggu bas untuk balik ke kl nih ade lar terserempak ngan member2x lame. mule2x tersempak dengan azizi. xde cite best pon psl die.hehe..pastu terserempak pulak dengan member mase kt sekolah teknik dulu

name die hisyamuddin. takkenal rapat sangat pon ngn budak nih. pastu terkejut dengar die bgtau die baru kahwin raye pose lepas. (dlm ati aku kene tangkap basah kot. jht gler..hehe)
pastu cam bese lar tnye buat ape pastu duk mane tup2x die bukak kisah die. aku pom excited lar nak dengar.

die kate die wat bisnes. (so dlm ati aku bkk bisnes kedai runcit je kot.). then die meneruskan cite die tuh dan mengatakan die jual sistem aplikasi. ala yang programmer buat tuh contohnye aplikasi kat mesin atm tu. (tp bukan tu yg die jual). die kate die ade member yg still belajar kt uniten. so die suh member die wat sistem forex exchange (da lupe. betol kot.). pastu die jual dengan harga puluhan ribu ringgit.PULUHAN RIBU RINGGIT. terkejut jap aku. tp mmg betul mende tu mmg mahal. tp die kan still mude. how can manage to do bisnes yang untung puluhan ribu ringgit.

then die kate lagi rugi budak2x kat universiti. buat system sekadar projek taun akhir. tu pun bole wat bisnes. betol gak kate die. die pon penah kene tipu. bese lar bile partner bisnes kan. aku tnye lar die background it ker. die kate xde lar. die ade diploma bussiness jer. so aku terpegun.

senangnye nak buat duit. tapi yang penting pandai convince kan customer lar pasal system kite tuh. pada awalnye die terdesak sbb motor ngn laptop die ilang. itupun dibeli oleh duit KWSP bapak die. so sejak kes tu die tak balik umah sebab takut. then sejak dari tu die buat bisnes tuh.

so moral of the story:
walaupun bukan bidang kita, tak mustahil untuk kite berjaya.
umur bukan penghalang untuk menempah kejayaan seperti itu.
usaha tangga kejayaan.

Tuesday, December 1, 2009

~kenapa??~

kenapakan perlu untuk menengking dengan nada suara yang kuat dan tinggi walhal mereka bukan pekak??

kenapa perlu bercakap sambil mengherdik dengan nada yang tinggi walhal mereka juga manusia seperti kita yang mepunyai perasaan.???

persoalan ini timbul apabila mengenangkan balik sewaktu balik kampung minggu lepas. berkaitan satu pasangan yang buta bertanya no tempat duduk di dalam bas di tengking oleh pemandu bas dan kisah seorang remaja perempuan yang tersalah platform di marah2x dengan nada yang kuat dan semestinya memalukan di khalayak ramai.

Wednesday, November 25, 2009

~berat sesuai ngn tinggi ker~



ini berkaitan dengan berat dan tinggi. kita boleh tahu berapakah berat yang ideal dengan ketinggian kita.sila klik pada gambar kerana tidak berapa jelas. .adoii sakit perut + pening2x kepala. tak leh tulis panjang2x..adoiii...

~dugaan hidup~

ini lah namanya dugaan hidup apabila berjauhan dari keluarga, sewaktu mereka sihat tiada apa yang hendak dirisaukan. apabila sudah jatuh sakit, fikiran jadi tak menentu. terasa bagaikan hendak cuti panjang dan duduk di rumah sahaja. namun apakan daya memang adat kerja di perantauan.

aku sangat risau kan keadaan mak aku tuh. kalau call aku dapat rasakan yang suara dia bukan berada dalam keadaan sihat seperti selalu. apabila aku tanya mesti die menjawab semuanya okay. aku ada cari info dalam internet berkaitan dengan cara nak ubati penyakit batu karang tuh. memang lar ada banyak ubat tapi tidak yakin dengan tahap keberkesanan ubat tersebut

ada antara info yang aku dapat menyatakan perlu minum air sebanyak 3 liter satu hari agar batu karang akan hancur dan akan keluar sewaktu kencing. so malam semalam aku mesej lar mak aku dengan memberitahu pasal minur air tu. da mak aku reply :

"mak da try da. tapi selalu jer rase cepat penat kalau buat kerja "

aku bertambah risau dengan keadaan die. so aku mesej adik perempuan aku tuh tanya bagaimana keadaan mak aku. sebab aku mesti buat begitu kerana ibu aku jenis yang suke merahsiakan walaupun die terlantar deman die akan mengatakan sihat sahaja. so bila da dipastikan dari adik aku tuh, baru lar lega

so esok balik ke kampung, aku tak sabar nak balik menjenguk nya. di harapkan mak beransur sembuh dan sihat selalu. amin.

~rutin harian baru~

rutin harian aku telah berubah. tidak seperti dulu. bangun pagi mandi2x pastu pergi opis. sampai jer opis terus masak2x pastu pergi perah susu kambing ngan lembu. pastu pergi tuai hasil tanaman. tengokla tanaman apa, kadang2x straberi, padi, rasberry dan macam2x lar.

al maklum lar sejak bergiat dalam bidang restoran dengan perladangan ni hidup menjadi sedikit bizi. banyak sangat kerja yang nak kena buat dalam satu hari. nasib baik lar aku dapat uruskan dengan teratur. restoran pon da berjaya di luaskan kawasan, ladang pom semakin hari semakin berjaya siap sudah mampu beli mesin tabur baja..hehehe

ini lar die penangan game yang dalam facebook iaitu "farmville" dan "cafe world"..hahhaa..aku addicted giler dengan game nih. sebab memang impian aku nak bukak restoran dan ternak kambing. yang tanam pokok2 tu baru jer minat sejak maen farm ville.

bile da setel sume nyer ladang dan restoran tu baru lar aku boleh buat kerja. kalau tak memang tak tenang dibuatnye. sebelum start kerja update lar blog sekejap..hehehhe..

itu lar die rutin harian baru sejak bergelak usahawan alam maya :)

Tuesday, November 24, 2009

~i'm really miss her~

gambar hiasan
since a long time she left me and my family. today i felt really miss her. "her" i mean here is my grandma.tokwan asmah. she's really close with my family. she like to spend time at my home compare to my untie house.always come to my house, take care me and my sis n bro..

she was a great grandma, she always think first about hers grandchild. i'm very close with her. she always talk with me. she already died since 2 years ago. during that i still at UTM, and i didnt back to hometown for her graving ceremony.

i have my reason because at that time i have an exam. she died at my home. one week before she died i have a chance met with her during semester break. i'm felt so bad because didnt back at that time.
deep in my heart i love you my grandma. alfatihah to her. she always say to me,that one day i''ll become successfull person.

Monday, November 23, 2009

~77~

i dont like this number,

hopefully one day this number will dissappear forever from my life.

yeah..it will take time to avoid this number,

but i will try my best to reach my goal.

it really need my willingness, my effort, my sacrifice, my strength, my passion etc.

insyaAllah the day will come to me. amin..

Friday, November 20, 2009

~charity program~

akhirnye setelah 3 minggu, rumah anak yatim yang akan kami kunjungi telah pun di pilih iaitu " rumah amal limpahan kasih"bertempat di puchong. semalam telah pun hubungi pihak rumah amal tersebut dan berbincang dengan puan norhayati. terima kasih untuk puan norhayati atas kerjasama anda.

pihak rumah amal menyediakan 30 orang untuk program kami termasuk lelaki dan perempuan sekolah rendah dan juga menengah.semalam sewaktu menelefon puan norhayati sebak terasa kerna apabila dia mengatakan bahawa elakkan membuat aktiviti melibatkan makanan kerana katenya mereka sangat menghargai makanan.kadang2x mereka tidak cukup bahan makanan. kemudian apabila ditanya berkaitan bantuan yang boleh kami berikan die menyatakan hasrat kalau boleh dermakan buku2x untuk tadika kerana ramai diantara anak2x tersebut masih tidak reti membaca dek kerna kekurangan bahan bacaan. aku rasa amat tersentuh dengar cerita puan tersebut. sesungguhnya dengan pendidikan lah dapat membantu mereka apabila dewasa kelak jika tiada pendidikan mereka akan berada dalam kesusahan.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumah amal tersebut disertakan link ke website rumah amal tersebut.
http://rumahanakyatimlimpahankasih.blogspot.com/

Thursday, November 19, 2009

~lagU uNtukMu~

semalam secara kebetulan sewaktu menukar ke channel tv 9. ade program budak nyanyi. lagipun channel lain tiada cerite best so layan lar cerite tu. cerite tu adalah idola kecil 2. pastu agak best dan masyuk bile dengar budak ni nyanyi lagu meet uncle hussin iaitu "lagu untukmu". siyesly penyampaian lagu oleh budak ni sangat bagus dan aku mendengarnye berulang kali. secara x sengaja minat plak ngn idola kecil 2 nie.hehehe

Wednesday, November 18, 2009

~adoyai tiket oh tiket~

ni berkenaan tiket balik kampung sempena hari raya haji yang bakal menjelma tidak lama lagi.di khabarkan hari raya haji jatuh pada hari jumaat minggu depan. so plan hari khamis mau balik ke kampung.kemamang kite.hehee

pastu rileks jer lar kan. thinking positif punye pasal merana hidup. setahu aku lar kan. budak2x ipt tngh cuti sekarang nih. so mesti x clash ngn diorang. tu pendapatan aku lar kan. pastu semalam baru terhegeh2x nak cari tiket. tnye trasnasional da abes. mutiara express pom da abes.sani express pom da abes. mangkuk tandas punye tiket. sume habis. yang ade hari rabu jer. xkan lar mintak cuti rabu ngan khamis. ish2x..sesuke hati jer..

pastu setelah sekian lame memikirkan masalah ini. aku dengan berat hati mengambil keputusan tuk beli jer tiket ke kuantan. nanti da sampai sane bole suruh ery (adik aku) amik. umm...nice idea. pastu pergi lar ke kaunter transnasional kt putrajaya presint 9 kot. murah giler hargenyer. 22hengget jer.

tapi bas nye naek puduraya. tempat yang sentiasa dikerumuni ramai orang. aku mmg x suke tmpt camtuh. so xper lar. da desperate sngt kan. sape suh rilek2x beli lambat. haha..padan muke

naek kat puduraya pukul 11.30 pagi. so hari khamis cuti lar. sebenarnye ade kol 9.30pg, 10, 30 pg & 11.30 pg. memandangkan nk selamat amik yg paling last. perjalanan ke puduraya kene fikir gak. tau2x jer la komuter kan.

plan 1:
bas dari rumah ke ktm serdang. (20 minit). RM 1.50
ktm dr serdang ke bandar tasik selatan(5 minit).RM1
bandar tasik selatan ke plaza rakyat(15 minit) RM 2
total mase= 40 minit + tunggu komuter (almost sejam)
kos= rm4.5

plan 2:
naek kete ke putrajaya sentral(10 minit) free
klia express ke kl sentral (20 minit) rm9.5
tren ke plaza rakyat (20 minit) rm2
total mase = 40 minit + tunggu tren (almost sejam)
kos = rm11.5

so keputusan nye akan guna plan 1 untuk ke puduraya. bergerak dari rumah pukul 10.30pg.

Tuesday, November 17, 2009

~semalam punye citer~

semalam ade interview invitation kt shah alam. apply dari job malaysia. mule2 plan memang tak nak pergi. memandangkan tempat interview tu dekat dengan ofis keyo. so aku pun berminat lar nak pergi.

so pukul 9.30 aku terus ke putrajaya sentral. naek klia express terus ke kl sentral. dalam mase 20 minit da sampai ke kl sentral. walaupun tiket nye sedikit mahal tapi berbaloi kalau nak kejar mase. pastu beli tiket komuter ke batu 3 . hari tu bernasib baik. tak perlu tunggu lama terus ade komuter. jauh jugak perjalanan. ade 9 stesen tuk sampai ke destinasi.

apabila da nak hampir sampai ke batu 3, aku call keyo. die terkejut sebab cepat sngt sampai. pastu die kate sedikit lmbt sebab jam. lagipun hujan lebat. x samapi 10 minit aku tunggu keyo pun sampai dengan kete kelisa. pastu terus ke tmpt yang aku nak interbiu.walaupun beberapa kali tersalah masuk jalan. tetap cool.

apabila sampai mase nk di interbiu ade 2 orang yang masuk. laki dan pompuan. mybe laki bini kot. pastu cam bese lar kan. cume x puas hati nye die nak komplem psl silibus yg UTM bg. die kate cam hampeh. dahlah satu subjek 3 kredit hoour. die kate dulu die bljar satu subjek 1 krdt hour. pastu cam2x die komlen. aku da rimas da ni. da lar salah info. die iklan kt jobmalaysia nak cari komputer engineer. tp bile tnye keje more to electrical.3 phase, 1 phase, tnb. mslh skunk ni sape yg mangkuk. pastu tnye name sorang prof madya kt utm. lec FKE. aku ckp lar x kenal sbb bukannye 3 orang je lecturer kt FKE. pastu nak condem lg cam aku ni x kenal lec. ish aku da panas nih.. pastu aku cakap saya x minat lar keje nih. pastu da setel. kang senang. membazir mase aku jer datang.

lepas aje interbiu bangang tuh g makan ngn keyo. ingt nk belanja die. tp die da bayar. so laen kali lar erk..hehehe..bole tahan gak harga makanan kt sane.xde lah mahal sangat. pas makan jam da pukul 1.30 ptng. keyp masuk keje kol 2. so die drop aku kt ktm batu 3 die terus masuk keje.

aku pon same lar. dr batu 3 pergi ke kl sentral pastu terus ke putrajaya sntral. bile sampai opis naseb baek boss x masuk lg. so selamat lar hari tu. x mintak cuti pom.hahaha..

Monday, November 16, 2009

~karnival kerjaya PWTC~

pada peringkat awal perancangan adalah hendak pergi melawat karnival kerjaya di pwtc. ajak lar encik keyo pergi sebab budak2x ni ade plan nak pergi tempat laen. so berjanji lar dengan keyo untuk berjumpa di kl sentral.

pukul 12 30 sampai di kl sentral. keyo yang tiba awal buat muke. siap perli "ko dtg naek beskal ker".. aku tersengih2x.sedar silap aku sbb lambat..hehe...bile da sampai breakfast merangkap lunch skali di MC D kt kl sentral tuh.lepas makan rasa macam malas nak pergi ke pwtc. keyo pun sama siap cadangkan tukar plan ke mid valley. tp memandangkan niat asal nak pergi karnival kerjaya tu, gagahkan diri ke sana. sampai je pwtc terserempak ngn didi (boyfren si anizah). pastu register. masuk jer ka dalam terserempak dengan mie ngn fariza (mie housemate aku). pastu x sampai 30 minit da kuar. pastu terus ke KLCC. serta merta segar terus.

aku pun ade plan nak jumpa dengan kazen kt KLCC sebab ada hajat yang perlu ditunaikan. kene belanje kazen makan kfc. lepas makan tengok jam masih awal. xkan da nak balik. tibe2x idea nk tngk wayang muncul. keyp nak tngk cite 2012.aku da tengok cite tu. so aku ajak tngk cite phobia 2x.

walaupun phobia 1 tak tngk tp nak gak tngk phobia 2. sebab tngk trailer die sangat best. lagipun orang cakap phobia 2 xde kaitan ngn phobia 1.so bole lar tengok.sekali dalam panggung tersentak2x jantung. asyik terkejut jer. mslhnye bukan aku sorang. semua dalam panggung termasuk keyo. pada peringkat awal jalan cerita nya seram. tapi di saat2x akhir di selangi dengan lawak jenaka. tp cite ni memang best..layan giler..pastu kol 9.30 naek komuter balik ke serdang. dan keyo balik ke shah alam.

Friday, November 13, 2009

~ diari online~


wow..sound like interesting when heard about online diary. i like record everything we have been through in diary. but my problem is i dont like to spend time writing on the book. that why i create blog. so i can put everythng in there. but only general story. because for secrect and privacy cannot lar. because it can read by many people.

then just now i found this application. where we can write our story by online application. so dont need to bring our diary book to everywhere. juz by laptop or phone we can update our diary's. just now register and try the applicatiom. by the way i still cautious to write private story in there because donno either the application can read by other or anyone. so right now still in trying process.

this is the link for the application. if interested you can try it..
http://www.diariharian.co.cc

Thursday, November 12, 2009

~ tak HOT lg~

setelah sekian lame membuat perancangan untuk membeli kipas, akhirnya semalam berjaya juga akhirnya.dengan harga RM59.99 kipas itu menjadi milik ku. tempat kipas di beli adalah di Giant kajang. oleh itu sekarang sudah tidak HOT lagi. sentiasa COOL..hehhee..

semalam buat pertama kalinya tidur di dalam bilik setelah sekian lama berpindah ke rumah tersebut. memang tidak dapat tidur nyenyak mungkin kerana tidak serasi tidur di tempat baru. lepas ini operasi memindahkan komputer milikku ke dalam bilik.

gembira tak terkata setelah kipas berjaya ku miliki. sekian saja...

Wednesday, November 11, 2009

~blog oh blog~

tension plak aku rse. nak komen kat blog kawan2x x dapat. kat blog sndiri pon x dapat. so solution nye tukar lar skin blog. then hopefully everything setle after change it. but still the same. already tried so many thing include setting, comment moderation etc. still no change..hohoho..by the way after dis da x dapat komen kt blog lar jawabnye..huhu..

Tuesday, November 10, 2009

~ngantuk~

adoi..mengantuknye di saat ini. sampaikan boleh terlelap semasa membaca VB. huhu..padahal semalam tido awal. tp kenapa still rase mengantuk. huhu.

hari ini sudah masuk hari selasa, 10 nov. terasa sangat pantas masa berlalu.. kalu masih dizaman belajar akhir2x bulan mcmni cuti akhir semester. so sume student IPT cuti balik kampung. kenapa kerja xde cuti macam cuti di zaman belajar. rase cam nak pergi melancong sambil merehatkan minda. tp bajet tak cukup. huhu..next time lar.

petang ni ade mitim pasal charity program. bile pasal charity nih msti kuar idea pasal rumah anak yatim takpun rumah orang tuh. tp dah lame aku berangan nak buat amal dengan anak yatim.harap2x charity program yg akan dibuat berkaitan dengan anak yatim. papepun kene tunggu mitim petang nih.

jam da pukul 5 petang. semangat kerja da xde. cume ingt nak balik jer. huhu..

~kepadaMu kekasih~

lirk pilihan adalah kepadaMu kekasih, nyanyian Mnasir:

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Monday, November 9, 2009

~janda baik ke port dickson~

entry kali ini bertajuk "janda baik ke port dickson". ia berkaitan dengan program berkhelah yang dicadangkan oleh budak-budak GREAT 4 ni. pada peringkat awalnya lokasi awal adalah di air terjun jada baik.

memandangkan banyak kes lemas yang berkaitan dengan air terjun maka kami menukar ke lokasi lain iaitu pantai port dickson. (padahal kalau da ajal tak kemana). oleh itu program ini berjalan lancar pada hari semalam iaitu 8 november 2009 bertempat di pantai port dickson.

jumlah semua peserta adalah 13 orang kerana ramai yang tidak dapat menyertai kerana perkara- perkara yang tidak dapat dielakkan. bertolak jam 8.30 pagi dan sampai di port dickson dalam jam 9.30 pagi.

sesampainya di sana kaum kaum hawa menyediakan tempat, menyediakan makanan manakala kaum adam pula menghidupkan api untuk BBQ. kami tidak mandi manda dikawasan tersebut kerana airnya surut. setelah selesai BBQ, makan, bergelak ketawa kami pun berkemas. menuju pantai bersebelahan iaitu teluk kemang kerana disitu pantainya lagi lawa dan banyak permainan di sediakan.

bercakap pasal mainan. aku memang excited nak naik "banana boat ". setelah berbincang semua berminat untuk bermain "banana boat" itu. bayaran untuk seorang adalah RM15. apabila asmpai ditengah laut kitaorang dijatuhkan kerana pemandu boat membuat selekoh secara tiba tiba. memang seronok walaupun agak penat. sebanyak 3 kali kejadian jatuh menjatuhkan. kat bawah ni di sertakan gambar "banana boat" untuk tatapan.lebih kurang jam 5.30 petang kitaorang bertolak balik. dan sampai dirumah jam 7 malam. badan masih terasa lenguh- lenguh tetapi kerja mesti datang..hehe..

Wednesday, November 4, 2009

~duhai bonda~

tadi mase pilih lagu kat youtube. aku menaip duhai bonda. sekali keluar lagu nasyid. aku pun menghayati lagu tersebut. dan aku suka lagu tersebut dan terus mencari liriknye di google. disini disertakan sekali lirik lagu tersebut.

Duhai Bonda
Album :
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com


Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela

Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing

Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan

Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada

Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda

~malaysia boleh~

malaysia boleh!!!!..
itu lah yang dapat aku ungkapkan setelah melihat satu iklan keluaran tempatan yang sangat mengagumkan hasilnye. iklan yang aku maksudkan adalah "everyone connects" kerjasama dengan TM.

yang lebih menariknya lagu tema iklan tersebut adalah dari kumpulan bunkface. ku sangkakan lagu dari simple plan ke, green day ker. rupa2nya dinyanyikan oleh anak muda tempatan. enjoy the ad.

Monday, November 2, 2009

~enemy was our best friend~

assalamualaikum..back to work. setelah 3 hari merehatkan diri dirumah bersama keluarga. sebelum tu nak cite pasal tok wan ku. kesian betol aku tengok die. asyik mengerang kesakitan. cuti lepas pun aku banyak luangkan mase bersama die. dulu ingtkan die kene angin ahmar. tp bole plak kaki die gerak. then ade rasa sesuatu mencocok2x dalam kaki nye. tido malam x lena asyik mengeluh sakit2x..

kesian nye lar tok wan aku. umur die lebey kurang 60 lebey. so ade lar panggil ustad datang tengokkan tokwan tu. kalu kene angin ahmar xde plak rase sakit2x. so setelah di teliti oleh ustad tersebut die mengatekan bahawa ade makhluk halus yang menumpang di badan tok wan ku.makhluk itu tidak bertuan. so mintak bantuan ustad tu memisahkan tokwan dari makhluk tersebut. kurang lar sikit penderitaan die mase aku nak pulang ke sini hari tu. moga2x tokwan sembuh dari segala penyakit...

tu kisah tok wan aku. ni kisah mak aku pulak. sepanjang aku balik asyik lemah tubuh dan terbaring. aku pun pelik kenapa dengan mak aku nih. die kate hari ini nk pergi scan batu karang dalam perut nye. harap2x batu karang tu dah xde. amin...

tapi bukan tu main of the story. tajuk diatas lahir apabila menonton drama di televisyen. lupe cerita ape. tetapi antara petikan skrip nye adalah :
"musuh itu pada awalnya adalah kawan karib kita"

petikan ini pernah terjadi dalam hidup aku. dimana mempunyai seorang kawan karib ketika di sekolah rendah. dan akhir nye bergaduh sehingga bertumbuk antara satu same lain. punca kes ini adalah mulut orang ketiga yang mereka cerita kepada kawan karib aku mengatakan bahawa aku mengutuk dan menghina keturunan kawan karib ku tersebut. sejak dari itu kami bermusuh dan tidak bertegur sape. walhal sebelum itu kami sangat rapat.
p/s:moral of the story:
1. jaga persahabatan seelok2xnye
2. jangan percaya kata2x anasir luar dan kaji dahulu kebenarannya
3. sayangilah sahabat anda dengan ikhlas.

Thursday, October 29, 2009

~ i need rest~

umm..arini 29 oktober..x sabo nak tunggu end of the month. sebab ape??faham2x jer lar kan..hehe
umm..sekarang di company baru rase better sket lar dari yang lame tuh. work more challenging walaupun x berape nak stress sangat ..hehe..

name company baru ni RL Dynamic Engineering. lebey kurang 3-4 minggu kot berada di company baru. sepanjang kat sini banyak kot keje yang diberi. paling yang tak dapat terima adalah dulu beriye da decide dalam hati xmo sentuh programming lepas abes PSM. tut tut keje still lagi kene wat programming. dalar visual basic. xpernah ku belajar language ni kot. da lar bos aku selambe jer perli aku. "language yg awak tau C ngn C++ jer" amboi senang nye die cakap.

di sebabkan company buat system pkai VB so nak x nak aku kene lar belajar pasal VB. bos cakap nnti nk anta training. nasib baek lar jgk. huhu..malas lar nak cite pasal system2x yang aku kene modified nih. yang penting die pkai VB.

pastu 2-3 ari lepas plak dapat arahan baru. ade projek ngn PSN(pusat sains negara) berkaitan projek simulator.tau ke tidak pebende? simulator ni satu program dimane kite dapat merasa keadaan sebenar sesuatu keadaan. contohnye pilot simulator. xperlu lar nak start enjin flight betol2x kalu baru nak belajar. so kalu nak belajar gune lar simulator. tp bukan simulator tu yang kene buat. kapal angkasa simulator. aku x faham sngt. baru jer die bagi paper suh study td. huhu.masalahnye disini adalah system tu pkai language PASCAL pulak.
adoyai..VB pom belom expert lg. tp xper lar. belajar pelan2x..huhu

umm..esok ari jumaat. aku mintak cuti sebab nak balik kampung. hehe..nasib baek bos ni baek ati. aku cakap nak cuti esok. die jwb " ok" jer..bukan ape..duk umah bole rehatkan diri dan minda.lagi satu nk spend my salary wif my family.hehe

so kemamang.!!!tunggu kepulangan aku esok ..haha..tiket da beli. esok pagi kol 9.30. naek kt putrajaya. senang sket x perlu pg puduraye..sesak napas pg sane..hohoooohoho
..

Tuesday, October 27, 2009

~nur kasih ~

huhu..tibe2x best plak layan nur kasih nih. baru 2-3 kali kot tengok kat tv. tu pun x sengaja sebab bosan xde cite laen.

so bile da best kan mesti nak tengok full episod. so sekarang ni dalam proses mendonlod episod2x lepas. kalu x silap sekarang da episod 20 lebey kott. tp xper lar..slow2x lame2x nanti abes jugak.hehe...

lagu tema drama ini pom menarik.nyanyian yassin yang bertajuk nurkasih. jalan cerita nya sangat bagus menggambarkan suasana sebenar dalam kehidupan seharian masyarakat islam. tersenyum bila melihat aksi si adam yang nakal sewaktu kecil dan selalu gaduh. menggamit kenangan silam kerana aku pun selalu bergaduh dengan adik aku..hehe..tapi mase kecik2x jer lar..sekarang da okay.

alangkah bermaknanye hidup jika diri seumpama aidil dalam drama tersebut yang sentiasa menjaga dan membahagiakan ibu dan ayahnya.

sekian terima kasih.....

Monday, October 26, 2009

~wiken datang lagi~

hari ini 26 oktober, hari isnin. terase sebentar cuti hujung minggu. seperti kebiasaan rumet aku lan balik ke klang dan juga rumet baru yaitu nazmi balik ke selayang. tinggallah aku bersama rumet aku seorang lagi yaitu mie. kali ni masuk 2 minggu berturut2 mie ade dirumah. kebiasaanya die juga balik ke sentul

agenda pada hari sabtu. macam biasa lar hujung minggu. bangun mesti lar lewat. bile da bangun ade mesej dari nad ajak lunch. pastu bersiap2x pergi lar makan. lepas makan singgah di jusco. mulenye nad nak beli barang dan aku pun nak keluarkan duit dari ATM maybank.

lepas tu jalan punye jalan ternampak tanda yang menarik perhatian kami bertiga. orang ketiga adalah si liana. kemudian kami mendekati tempat tersebut. geram apabila melihat tanda2 tersebut. 50% ader. 70% pom ade. kat situ ade kasut dan pakaian sukan. aku pun memang ade plan nak beli kasut sukan. tp akhir2x bulan ni faham2x je lar.

nad dengan liana bgatau nak pergi jusco nak beli barang. aku masih lg membelek2x barang di situ. kemudian bile fikir masak2x aku pom ambik lar sepasang kasut dengan 2 pasang seluar. pastu pergi ke kaunter. pastu bayar. pastu nad ngn liana pon selesai membeli barang dan terkejut melihat aku dengan beg plastik besar. aku hanya mampu tersengih. hehe..

di waktu petang nya aku sepatutnya ke opis sebab bos arahkan datang sebab develepor system yang aku kene modified tu nak ajar. nad dengan liana ikut sekali sebab diorang plan bermain tenis.seperti yang aku sangka bila sampai di opis tiada orang. then aku pun bergegas ke tempat court tenis. so aku pon tukar pakaian dan terus bermain tenis. hanya ade 2 raket tetapi orang nye ade 6 orang. kemudian aku,a'a dan aini pergi bermain gym. kiteorang masuk free sebab daftar dengan nama aini. aini ni pekerja cyberview so kire tak perlu bayar lar.

maen punye maen sampai pukul 7. pastu lepak minum di restoren mak teh. kat situ minum teh o limau ais ngn roti telor. dalam around pukul 8 bertolak balik. sebelah restoren mak teh tu ade dominos pizza. pastu ajak2x ayam. aku terus mengiyekan. dan kteorang singgah situ dan beli. haha..kiteorag take away. pastu didalam perjalanan singgah isi minyak dan terus membelasah dominos sebab tak tahan bau yang sedap sangat.

sampai rumah dalam pukul 9 malam. rase cam sie2x jer exercise. lepas exercise pergi belasah roti telor pastu dominos. sengatlar sengal.

Monday, October 19, 2009

~janji seorang Anak~

aku nak berkongsi tentang satu drama melayu yang sangat bagus pengajaran dan teladan yang ingin disampaikan. antara pelakon yang membintangi drama ini adalah fauziah nawi sebagai ibu, zizan ni sbg anak terpelajar, nasrizal ngasri sbg adik kpd zizan dan sorang pelakon wanita (x taw nama) juga sbg adik kepada zizan

ia mengisahkan zizan yang berasal dari sebuah keluarga miskin. dan die adalah anak sulong dan satu2x nya yang dapat menyambung pelajaran ke peringkat universiti. pada permulaan die melangkah ke universiti. die penuh berazam untuk belajar bersungguh dan berjanji kepada ibu nya setelah tamat pelajaran dan mendapat pekerjaan ia akan mengubah keadaan keluarganya yang dalam serba kesusahan.

segala galanya telah berubah setelah die berada di universiti dan dengan kehidupan yang seronok bersama rakan 2 di universiti . die semakin lupa diri hingga pada cuti semester die tidak pulang kekampung. naluri seorang ibu menyangkan anaknye tidak pulang kerana sibuk dengan mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan.

apabila ibunya mendapat tahu bahawa pelajar universiti sedang bercuti semester, ibunya bergegas ke pasar membeli ikan keli. masakan kegemaran anak nya itu adalah ikan keli masak tempoyak. hancur luluh ibunya apabila anak nya tidak juga kunjung tiba di rumah.

walhal anak nya sedang bercuti bersama rakan2x menghabiskan cuti semester dengan menggunakan duit biasiswa yang diperolehi. hari semakin hari berlalu si anaknya terus dengan kehidupan yang penuh dengan enjoy bersama rakan2x nya. bahkan nenek dan ayahnya meninggal pon die tidak balik kekampung.

disatu hari si anak pulang kekampung. sejuk hati si ibu melihat anaknya pulang. namun kegembiraan si ibu hanya sementara kerana si anak kembali ke kuala lumpur setelah beroleh geran rumah mereka yang dipajak atas pujukan si anak. si anak terus melupakan diri dan terus memberi janji palsu kepada si ibu.

akhirnya kuasa tuhan terbukti apabila si anak ditimpa satu penyakit misteri. disitu lar bermula balasan ke atas semua kekejaman yang dilakukan terhadap ibunya. setelah si anak meninggal dunia. semua di hospital terkejut dek kerana melihat ulat2x keluar dari badan sianak. diteruskan dengan badan jenazah yang amat berat sehingga ke4 tayar van jenazah bocor didalam perjalanan ke kubur. akhirnye jenazah dibawa dengan jentolak sawah padi. jenazah di azab lagi dengan tanah yang mengambusi kubur jenazah tidak mencukupi. setelah itu orang kampung membuat bacaan yassin agar di kurangkan seksaan keatas anak derhaka tersebut.

disini dapatlah lihat betapa besar dan agungnye kuasa Allah. drama seperti ini amatlah bagus dihasilkan untuk tontonan semua masyarakat bahkan sekarang ini ramai anak2x yang lupe diri. sama sama lar kita berdoa agar sentiasa berada di jalan yang betul dan menyanyangi ibu ayah serta keluarga kita. amin

~ se *ngal~



semalam tak dapat tido, so bukak lar video clip kat dalam pc dengan harapan dapat rasa mengantuk lepas tengok video tu. then camne boleh terbukak pulak video SEC.
sekali bukak satu video tu aku tak jadi mengantuk, tergelak gelak sorang2x. mase tu da pukul 1.30 pagi. lan dengan nazmi da lame tido. camne x bleh gelak sorang2x bile tengok video sengal2x bersama kawan2x kat UTM dulu.


mule2x tengok video yang kitaorang masak2x. mule2x goreng keropok, pastu koreng sosej dan last skali goreng cucur udang. antara yang terlibat dalam video ni semestinya aku, naz, syafiq dan juga keyo. yang tak bole blah nye sume sengal mase tuh. kunun2xnye dalam rancangan mari memasak lar. kalu tak silap lar perkara ni berlaku mase kiteorang tahun 4.ish2x.da tue tuh.haha..


pastu diteruskan lagi dengan video di bilik amir dan faday. mase tu amir dengan faday rumate. so maknye mase kiteorang tahun 2. aku guna pc faday. bukak video2x lagu nasyid. pada mulenye konon2xnye buat video clip lar. haha. mase tu yang terlibat adalah aku, syafiq, faday, dan juga wan. mase tu amir duk kat meja die. tak layan sangat kiteorang beraksi sengal. rasenye kiteorang buat video clip lagu aeman- buatmu ibu dengan hijjaz- kekasihku. mase lagu aeman tuh amir mula menginterprem sket2x. pastu untuk lagu seterusnye adalah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita iaitu siti nurhaliza, waheeda, ella, eizlyn dan juga misya omar. mase tu kiteorang berlima,so menjadi lar aksi kiteorang dalam pembikinan video clip lagu nasyid tuh.memang tak bole blah bile tengok video nih. rase sangat2x kelaka dan amat merindui saat 2x sengal sebegitu. rasenye bile tengok video nanti 5 tahun akan datang pasti ketawa sakan melihat aksi masing2x.


dan video terakhir adalah semasa pergi open house rumah abang dilla. antara peserta yang terlibat adalah syafiq, naz , wan dan juga aku. untuk rancangan deco2x bersama syafiq. haha..shasha elisha, nana nerina, dan wawa elisha...haha..i'm as pengacara..haha..no komen about this...only can laugh..haha..

rindukan suasana macam dalam video2x kat atas. hidup heepy dan enjoy...

Friday, October 16, 2009

~zulfan-ibu~

lagu ni best sngt. so aku letakkan kat blog aku nih. kalu view otomatik akan bunyi. n ni liriknye..enjoy the song


Sejenak hatiku mula tersungkur,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.
Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.
Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.
Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.

~27 syawal ~

hari ini 27 syawal, maknenye dalam beberapa hari lagi syawal akan pergi meninggal kan kite..huhu..

pose 6 belom cukup lagi nih..harap2x taun ni dapat buat penuh lar. x mo macam tahun2x lepas. x penuh.hahaha

umur semakin meningkat, dan kite semakin tue. tp diri x pom berubah2x.huhu..

Wednesday, October 7, 2009

~apa tindakan kita~

sewaktu berjalan disusur jalan kaki di hentian putra menuju ke terminal bas aku terdengar satu suara yang lunak dan mendayu2x. aku meneruskan perjalan dan tarcari2 dari mane datang nya suara itu. dan aku ternampak kelibat seorang makcik dan pakcik yang duduk ditepi susur jalan kaki tersebut

di pakcik terebut sedang asyik mengerak2kan jari jemarinya mengalunkan bunyi gitar. dan makcik itu pula memegang mikrofon dan mengalunkan alunan suaranya.

hatiku tersentuh melihat makcik itu meraba-raba tin dihadapannya sambil mengambil duit dan menyimpan dalam poketnye. sambl kepalanya tertunduk kebawah. rupa-rupanya makcik tersebut tidak dapat melihat.

seterusnya aku menoleh kearah pakcik itu. alangkah terkejutnya aku apabila mendapat tahu kedua2 mereka tidak dapat melihat. tetapi alunan gitar terus berbunyi hasil petikan jari pakcik tersebut. kemudian makcik kembali menyambung menyanyikan lagu.

aku mengambil satu sudut berhampiran sambil melihat kearah pasangan tersebut.setelah habis satu demi satu lagu dan terus disambung dengan lagu seterusnya. sangat kasihan aku melihat keadaan mereka berdua. ketika itu menunjukan jam 9 malam.semestinya mereka sudah berada disana satu hari suntuk. aku memerhatikan selama 30 minit. lebey kurang 5 buah lagu dinyanyikan oleh makcik tersebut. aku dapat rasekan semestinya mereka sangan keletihan.

laluan itu terus dilalui oleh ramai orang. aku terus melihat dan memerhatikan gelagat mreka yang lalu disitu. tidak ramai yang menderma tetapi hanya melihat. aku tersentuh apabila ada diantara mereka yang menghulurkan duit adalah mereka yang berbangsa cina dan india. dan aku juga dapati ramai yang berbangsa melayu hanya melihat dan meneruskan perjalanan.fikirlah sendiri.

aku terfikir dimana kah tugas dan fungsi jabatan kebajikan masyarakat, dimana letaknya nilai kasih sayang masyarakat, dimanakah sensitiviti bangsa melayu sendiri. itu lah persoalan yang bermain difikiran ku.

diharapkan agar pihak2 yang berkaitan dapat mengambil inisiatif bagi membantu golongan yang kurang upaya ini. mereka manusia seperti kita dan fikirlah seandainya kita berada ditempat mereka.

bertemakan satu malaysia, sayangila sesama manusia

~suratan hidup~

setiap manusia dimuka bumi ini telah ditentukan rezeki oleh Yang Maha Pencipta. telah tertulis perjalanan hidup kita. dan dipanggil Qada dan Qada, iaitu ketentuan dari Ilahi.

tetapi ia tidak bermakna kita hanya perlu menanti dan terus menanti dengan apa yang telah ditentukan tanpa sedikit pom berusaha kearah yang kita inginkan.

sebagai contoh bagi seorang pelajar. die telah berusaha gigih siang dan malam mengulangkaji pelajaran dengan berharap akan berjaya dengan cemerlang. tetapi seandaiya ketentuan telah menetapkan bahawa bukan disitu terletak kejayaan yang akan dimiliki. pastinya ia tidak akan beroleh kejayaan.

tetapi harus faham dengan jelas dengan ape yang dimaksudkan dengan suratan hidup. tidak bermakna seseorang tidak perlu berusaha kearah kejayaan kerana yakin perkara yang akan dikecapi suatu hari nanti.

kenapa terlintas difikiran saya untuk berbicara tentang isu ini adalah apabila perasaan ketidakpuasan hati melihat rakan-rakan sebaya telah mengecapi kejayaan dalam pekerjaan masing2. malahan dengan bayaran gaji yang mahal walaupun dengan kelayakan diploma.

ini menunjukkan sudah suratan hidup mereka kecapi kejayaan di mase yang singkat. dan kita seharusnya terus dan terus berusaha kearah yang lebih baik. dari segi sahsiah diri, prestasi diri dan motivasi diri.

disini lah semangat persaingan yang diperlukan. semangat untuk bersaing dan menjadi orang yang lebih berjaya. dan yang penting juga adalah sifat SABAR. semestinya untuk berjaya akan mengambil mase. begitu juga dalam menempuh dunia kerjaya.

oleh itu apa yang dapat saya simpulkan disini adalah saya harus terus menerus berusaha untuk menjadi yang lebih baik dengan berbekalkan semangat persaingan yang positif dan diiringi perasaan sabar yang menebal. wallahuallam..

Tuesday, October 6, 2009

~Puduraya berwajah baru~

hari jumaat lepas aku pergi ke stesen puduraya kerana pada malam tu aku akan balik ke kuantan. yang aku nak cite kt sini bukan pasal kuantan. tapi pasal hentian bas puduraya.

sesampainye disana aku terkejut ditingkap atas kelihatan waiting hall yang agak esklusif n lawa jgk lar. aku ingtkn waiting hall for vip ker, foreigner ker. then aku nmpk ade muke makcik2x, budak2x kt atas sane

aku pun buat2x berani naek ke atas. then kat tangga tu tertulis " waiting hall". maknye bole masuk lar kan. aku pon masuk n duduk di salah kerusi disitu. kawasannya agak luas. disitu juga terdapat penghawa dingin.

so sejuk jer rase duk dalam tuh. toliet n tmpt plug pon ade. so aku baru teringt yg pasal goverment nk naik taraf hentian bas pudu raya. kalu x silap dngn bajet RM30.3 juta tuk siapkan sume tuh.

mase aku sampai kt tmpt tu baru pukul 9mlm. bas aku pukul 10.30mlm. so aku rase senang hati lar walaupun perlu menunggu lasgi sejam lebey. aku terus menunggu sambil mendengar mp3. so disini aku nak katekan plan diorng ni bagus. sebab keadaan hentian puduraya sebelum da nazak sngt da. tmpat tu kan ramai orang yg pergi,malah pelancong asing pun ramai.

so bile kerajaan ambil langkah cam tuh. amat bagus sekali. atleast it show that malaysian provide excellent facilities to their citizen. huhuhu

umm..sori sebab gmbr xde. so kalu nak tngk pg lar puduraya..hehe...tp tmpt die macam gmbr kt bawah nih. it seriously condusif n comfortable. adios..
sekadar gambar hiasan

~kepuasan hati~



~ari sabtu lepas balik kuantan sebab ade exam spa. lps abis exam call heri (adik) dtng amik kt kuantan. sebab x larat nak naek bas.

then 2 ari sblm tu duit gaji masuk. so kire ade duit lg lar. gaji da 2 kali dapat. tp x penah pom blnje family makan. then mase tu duit tngh banyak lagi so singgah pizza hut. beli yg regular supreme due ketul dngn hot wing. mmg da lame terliur ngn hot wing tu. tngk kt iklan cam sedap jer..so beli lar 8 ketul.

then sampai umah..kiteorg makan lar.skali pizza x abis. yg hot wing berebut semua. tp mmg siyes sedap gler. perisa BBQ punyer..


then hari esoknye iaitu hari ahad. malam tu akan bertolak balik ke KL. around lps magrib kuar ke bandar. rase x puas ati lar sbb ramai yg x suke pizza hut. then sebelum balik singgah kfc. umm...kat umah ade 9 orng.so beli yg family punye. then beli satu lg yg 5 piece. itu untuk family *kaklong. so bile beli kfc rase puas hati lar sebab sume dalam keluarga suke. ayah pon suke ayam kfc. pizza die x suke sangt. so rase kepuasan hati lar bile dapat belanja keluarga makan dengan duit gaji sendiri.walaupun duit habis tp rase macam berbaloi.huhuhu... sbnrnye ade gak plan nak blnje **kawan2x sec makan.tp mngkin xde kesempatan. tunggu yer kawan2x..nnti kalu ade duit lebey dan mase lebey aku blnje. insyaAllah..

* kak long ni my kazen..tp die tnggl dngn my family sejak kecik. lps kawen umah die dkt ngn umah ktrg. so sllu dtng. anggap die macam kakak sendiri lar. die ade anak 4 org. so ank2x die antara yang rapat ngn aku lar.

**kawan2x SEC yang dimaksudkan adelah mereka yg belum bekerja.

Monday, October 5, 2009

~tigapuluhribu~

RM30,000 bahagi tiga sama dengan RM10,000

RM10,000 bahagi dua belas sama dengan RM833.33

fuyooo....banyak nyer. huhu..nak tau kiraan untuk apa nih. semua lelaki diluar sane kene alert tntng perkara ni. so digalakkan lelaki amik cos acoounting bagi mengalakkan daripada menghadapi masalah di masa akan datang


RM30,000 yang dimaksudkan adalah hantaran perkahwinan yang perlu dibayar oleh pengantin lelaki. bukan bermaksud miang nak kahwin tetapi inilah dipanggil persedian.

sekarang umur 23 tahun. plan nak kahwin masa umur 26 tahun. so mase tinggal adalah 3 tahun untuk kumpul duit.sebab itulah RM30,000 dibahagi dengan tiga. dalam mase setahun perlu kumpul RM10,000. dibahagi pula dengan 12 bulan dan akhirnya jumlah wang yang perlu dikumpul adalah RM833.33 sebulan.

itu merupakan satu angka yang amat besar bagi orang yang bergaji murah seperti aku. oleh itu apakah penyelesaian seandainya orang berpendapatan rendah mahu kahwin. antara cadangannya adalah:

1) kahwin di indon
2) kahwin kerana tangkap basah
3) buat loan dari bank
4) share dengan bakal isteri sediakan hantaran
5)mintak bantuan mak dan ayah
6) kalu semua diatas x dapat x payah lar kahwin.

itu lar serba sedikit berkaitan isi tigapuluhribu.
sekian adios..

Saturday, October 3, 2009

~SPA exam~

1.45pm: arini ade exam SPA. bertempat di kolej shahputra.start pukul 9 pagi td. yang da lepas paper a ngn paper b. paper a psl general knowledge about malaysia.

antara soklnnye ape itu senator, kerajaan pusat, kerajaan persekutuan, unicef, who, kuasa agong, kuasa pm, dan macam2x lagi soklan

part b pulak soalan matematik. soklan die plng tnggi pom smpai peringkat spm lar. ade 20 soklan kene siapkan dalam 45 minit. tu pun x smpat jawab. mase x cukup.

ptng nih ade lg. esei BM ngn esei BI. huhu...ape lg keje aku menggoreng lar ptng nih. pastu cam bese keluar paling awal.hahaa..macam bagus jer..umm.. kol 2 nak kene masuk balik. ni tngh lunch break.. adios...

Friday, October 2, 2009

~ wat happeng to my facebook~

3.30 ptng: ish nape ngan facebook aku nih. tak leh nak login. die tulis "Your account is temporarily unavailable due to site maintenance. It should be available again within a few hours. We apologize for the inconvenience."..risau plak aku..rasa cam serba x kena kalu x dpt login facebook nih...huhu..

hopefully kejap lagi ok lar. x bleh lar kalu x tngk facebook..haha

~sakitnye~

aduh..... aduhhh...

sakit perut yang teramat sangat. kul 4 pagi tak dapat tidur..
pastu mule terfikir makan aper semalam.

pg: minum tropicana twister
lunch: nasi + ayam + sayur + limau ais
dinner: cloud 9 wafer. + twister tropicana

tu jer kot. tapi bile fikir2 balik baru perasan yang tak minum air masak sehari suntuk semalam. huhu..
as conclusionnye pentingnye minum air masak...

kesan dari masalah ini bangun lambat. pukul 9 bari bangun. so masuk keje pom lambat lar.nasib baek boss xde.huhu..

Wednesday, September 30, 2009

~roller blade~

nak bercerita pasal roller blade nih. bukan pasal asal usulnye, tp nak bgtau yg kiteorang mende kaejadah nih. mase ni ade kat UTM sebab ada majlis konvokesyen. sehari sebelum konvo tu

kiteorang keluar lar ramai2x. maklum lar da lame tak jumpe. so destinasinye adalah maen rollerblade kat aangsana. ye lar. kempunan nak maen ais skating kat sunway.haha..mslhnye hamba ni tak reti pom maen bende alah tuh. tapi saje2 nak try. so maen lar beramai2x.

adoiii..memang sakit habes badan2x. mana tak nye. asyik jatuh jer. tapi xper lar. the beginner katakan(kaver ayat)..hehehe...
p/s: nanti kita jupe lagi yer.pastu maen lagi..haha

Tuesday, September 29, 2009

~luahan emosi~

selasa
5.30 pm

aku sangat sakit hati sebab diberi tugasan last minit dan kurang bantuan dan tunjuk ajar.
die beri tugasan semalam pukul 4 ptng and kene submit on today. dah lar reference bg cam xde gune. ishshhhshshs..geram. nak balik da...

Monday, September 28, 2009

~menjulang atau mencemar ?~

tajuk kali ini adalah menjulang atau mencemar?
ape yang nak dijulang dan ape yang nak di cemar....ape yang menyebabkan terdetik di hati untuk mencoret pasal tajuk ini adalah sewaktu bercuti raye menonton tv di rumah.


sempena musim perayaan ini kan banyak difilem2 yang di paparkan di televisyen. antaranya anak halal, rempit, kl drift, i'm not single, syurga cinta dan banyak lagi.

begitu juga dengan drama2. tidak mahu kalah. banyak drama yang dibuat sempena dengan perayaan ini. antaranya pak ngah tarbus, sepah, dll.

perkara utama yang ingin disampaikan adalah pasal filem dan drama kat malaysia nih. apekah sebenarnya tujuan penggiat filem dan drama ni. adakah mereka ingin menjulang budaya malaysia seperti baik, peramah, berbudi bahasa atau mencemar budaya dengan menunjukkan adegan, aksi, pakaian yang tidak bersesuaian dengan budaya ketimuran di malaysia nih.

seperti contohnye filem anak halal. tak usah di perkatakan adalah pakaian pelakon yang amat memalukan. dengan berkemban, memakai singlet, tidak berbaju(lelaki) . kemudian budi bicara pertuturan yang amat menjengkel kan. ini akan menyebabkan orang luar yang kurang mengenali malaysia akan beranggapan bahawa itulah ciri rakyat malaysia. lebih2 lg adalah budaya orang melayu.

kemudian cerita syurga cinta pon sama. pakaian pelakon yang sedang memakai jubah, berserban dan bertindik subang di telinga. jikalau gambar ini di hasilkan oleh orang luar. nescaya kecoh dan heboh diperkatakan kerana menghina islam. walaupun tujuan hanya untuk membuat filem. tetapi ingat bahawa perkara itu akan menjadi tatapan semua orang. dan sekaligus akan menjadi fitnah.

begitu juga dengan drama pak ngah tarbus. berkisahkn satu keluarga menunaikan haji kerana ingin menunjuk2x kepada jiran dan menggunakan duit haram. antara skrip nya yang berbunyi " xpe lar kalau buat haji pkai duit haram, nanti da sampai depan kaabah mintak lar ampun". ia seolah menghina dan memperlekehkan tentang amalan memohon keampunan dari Yang Maha Esa.

bukan lah nak memandai2 dan berlagak alim. tapi melahirkan rasa risau dengan fenomena filem dan drama di negara kita. bak kate orang...

"filem kita, pelakon kita, pengarah kita, budaya kita"

~raya 2009~

telah hampir seminggu syawal menjengah tiba. walaupun sudah kembali alam pekerjaan. tetapi masih ramai yang dalam mood cuti beraya. termasuk lah saya sendiri. umm. entry pslraya nih. nk cite ape yang berlaku pada hari raya. tahun ini tak dapat berhari raya bersama kak ngah kerana beliau balik ke kampung suaminye di kedah.so dalam foto keluarga tiada lah gambar beliau. tetapi diganti oleh akak ipar saya. disini saya ingin catatkan kronologi ataupun tentatif pada hari raya agar sentiasa di ingati.

7.45am: bangun tido, mandi pastu bergaya dengan baju melayu baru.
8.15am: bergerak ke masjid untuk solat aidilfitri:
9.00am: selesai solat aidilfitri
9.30am: satu keluarga bergerak ke umah to'wan. di situ nampak kemeriahan dimana mak ayah abang long, kak long, abang cik, kakteh, abang din, ada dan arif bergerak bersama2x kerumah to'wan. beraya bersama to'wan dan to'ki. disitu beraya sekali dengan che'de, maksu dan maksu. kami semua bergegas ke kubur dahulu menghadiahkan yassin kepada arwah tokwan sebelah mak. kemudian perjalanan di teruskan ke rumah mak long.beraya bersama dengan mak long dan anak-anaknya. kemudian perjalanan diteruskan lagi ke rumah mak ngah1. sampai disana lagi meriah dengan kehadiran kami. kemudian ke rumah mak ngan 2. diakhiri dengan rumah makngah 3. terasa sungguh bermakna di hari raya kerana disaat itu lah dapat berjumpa dan bermesra dengan saudara mara.
2.00pm: terkejut apabila terpandang jam menunjukkan pukul 2 petang. kemudian kami pun pulang ke rumah. kebiasaannya tahun sebelumnya kami hanya berkunjung ke umah to'wan kemudian menziarahi kubur. dan terus balik ke rumah. tetapi tahun ini kelainan yang di buat oleh mak. sesampai di rumah. seperti disangka semestinya ada tetamu yang datang. setelah dimaklumkan oleh jiran sebelah rumah.
4.00pm: di sebelah petang aku mengambil kesempatan berkunjung ke rumah sahabat ku.
7.00pm: berada di rumah. kepenatan kaki dan perut yang kekenyangan setelah bermacam-macam makhluk yang masuk.

itulah serba sedikit tentang rayaku. diharapkan raya tahun hadapan usaha ziarah menziarahi ni akan di teruskan.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers