Monday, September 28, 2009

~raya 2009~

telah hampir seminggu syawal menjengah tiba. walaupun sudah kembali alam pekerjaan. tetapi masih ramai yang dalam mood cuti beraya. termasuk lah saya sendiri. umm. entry pslraya nih. nk cite ape yang berlaku pada hari raya. tahun ini tak dapat berhari raya bersama kak ngah kerana beliau balik ke kampung suaminye di kedah.so dalam foto keluarga tiada lah gambar beliau. tetapi diganti oleh akak ipar saya. disini saya ingin catatkan kronologi ataupun tentatif pada hari raya agar sentiasa di ingati.

7.45am: bangun tido, mandi pastu bergaya dengan baju melayu baru.
8.15am: bergerak ke masjid untuk solat aidilfitri:
9.00am: selesai solat aidilfitri
9.30am: satu keluarga bergerak ke umah to'wan. di situ nampak kemeriahan dimana mak ayah abang long, kak long, abang cik, kakteh, abang din, ada dan arif bergerak bersama2x kerumah to'wan. beraya bersama to'wan dan to'ki. disitu beraya sekali dengan che'de, maksu dan maksu. kami semua bergegas ke kubur dahulu menghadiahkan yassin kepada arwah tokwan sebelah mak. kemudian perjalanan di teruskan ke rumah mak long.beraya bersama dengan mak long dan anak-anaknya. kemudian perjalanan diteruskan lagi ke rumah mak ngah1. sampai disana lagi meriah dengan kehadiran kami. kemudian ke rumah mak ngan 2. diakhiri dengan rumah makngah 3. terasa sungguh bermakna di hari raya kerana disaat itu lah dapat berjumpa dan bermesra dengan saudara mara.
2.00pm: terkejut apabila terpandang jam menunjukkan pukul 2 petang. kemudian kami pun pulang ke rumah. kebiasaannya tahun sebelumnya kami hanya berkunjung ke umah to'wan kemudian menziarahi kubur. dan terus balik ke rumah. tetapi tahun ini kelainan yang di buat oleh mak. sesampai di rumah. seperti disangka semestinya ada tetamu yang datang. setelah dimaklumkan oleh jiran sebelah rumah.
4.00pm: di sebelah petang aku mengambil kesempatan berkunjung ke rumah sahabat ku.
7.00pm: berada di rumah. kepenatan kaki dan perut yang kekenyangan setelah bermacam-macam makhluk yang masuk.

itulah serba sedikit tentang rayaku. diharapkan raya tahun hadapan usaha ziarah menziarahi ni akan di teruskan.

No comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers