Wednesday, January 26, 2011

~bermadah pujangga manis bicara~

perghhh perghh perghhh perghhh
lame seyh pak usin tak buat entry
nak kate sibuk sibuk sket2x jer
nak kata xde idea bertimbun2x idea
jawapan sebenarnya tenet kt umah slow

ops..lupe pak usin nak ucap salam
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
fuhh..panjang salam pak usin kali ini


pak usin ni nak bermadah pujangga sikit malam ini
boleh x?
mesti lar bole sebab blog in pak usin yang punya..hehe


bertolak dari ofis pukul 6.30
sampai ke umah pukul 7.40
fuhh mengambil masa 1jam 10 minit 
padahal kebiasaan 15 da sampai
rupanya ada ekciden 
kesian mangsa ekciden tu
time maghrib musibah menimpa diorang


tapi bukan tu yang pak usin nak cite
sewaktu melewati suasana jem tu
pak usin terpandang centre mirror
kelihatan suasana dalam kereta belakang
seorang wanita dan seorang kanak2x lebey kurang darjah 2 kot
mybe si anak dan si ibu
si ibu tersebut masih muda 
anak sulung agaknya
anak itu sedang meneguk air vitagen botol kecik tuh
abes diteguk airnya die menyerahkan botol kosong tersebut kepada ibunya


ibunya mengambil botol tersebut sambil memandang si anak sambil mulutnye terkumat kamit
maybe die kate "ish budak nih, buang lar kt tong sampah"
si anak tersenyum jer


kemudian si anak tunjuk kan sesuatu sambil berkata
disambut pula dengan kata2x dari si ibu sambil tersenyum
pak usin suka dengan suasana tersebut
terpancar nilai2x murni keibuan pada wanita tersebut walaupun beliau masih muda
tak lekang di wajahnye riak wajah senyum tika memandang si anak
disaat itu si anak masih tidak mengerti apa itu kasih sayang


oleh kerana itulah
naluri kasih sayang seorang ibu terhadap si anak tidak dapat digambarkan
tika berjauhan dengan si anak
pasti dihati si ibu perasaan ingat tentang si anak
kerinduan pada si anak dipendam dalam hati
wajahnya yang ceria menyembunyikan seribu satu cerita
bahawa si dia memikirkan keadaan si anak
" dah makan ke anak ku"
" sihat ke anakku"
"hindarilah anak ku dari kesulitan"


itu lah dia ibu
seorang penipu yang paling berjaya 
diwaktu beliau kesempitan wang, dikatanya wang masih ada
diwaktu beliau kelaparan demi anak2x,dikatanya sudah kenyang
diwaktu beliau keletihan, dikatanya masih segar
walaupun hakikatnya
beliau terpaksa berhutang demi si anak, terpaksa berkorban makanan demi si anak, terpaksa berkhidmat untuk si anak


semua ini mungkin kita tidak nampak sekarang
tapi semua ini berlaku tanpa kita sedari


berdoa lah setiap hari agak kita jauhi dari menjadi anak derhaka
kerana anak derhaka bukanlah semulajadi dari kecil bersifat derhaka
banyak faktor menjadikan seorang anak itu menjadi derhaka
antaranya status, harta benda, maruah dan sebagainya
mungkin hari ini kita anak soleh, hari esok siapa tahu
mintak di jauhi perkara tersebut


sekian...

1 comment:

hans said...

minta dijauhkan daripada melakukan dosa2 besar dan kecil
amin

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers