Tuesday, December 22, 2009

~Ajal telah sampai~

sangat terkejut semalam tatkala menerima pesanan ringkas dari mak aku yang mengatakan makcik Jarah yaitu jiran aku telah kembali ke rahmatullah.

rentetan mengenai kisah Allayarham adalah beberapa minggu lepas Allayarham di serang angin ahmar sebahagian dari badannya, dan tidak dapat bergerak. setelah diubati seorang bomoh dengan izin Allah, keadaannya pulih sepenuhnya.

dua hari sebelum Allayarham menghembuskan nafas terakhir, beliau sekali lagi diserang angin ahmar. dan kali ini di sebelah yang satu lagi. kali ini amat teruk sehingga tidak dapat bertutur kata. selepas dua hari keadaan beliau sangat tenat dan semalam telah kembali ke rahmatullah.

Allayarham masih mempunyai ramai anak kecil. oleh itu aku tak dapat bayangkan bagaimana keadaan keluarga Allahyarham. semoga Allah tabahkan hati mereka menempuh dugaan yang sebegitu berat. namun Allah lebih menyayangi Allayarham.

Al-Fatihah kepada Allayarham.

No comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers