syukur alhamdulillah. telah masuk hari ketiga seluruh umah islam menyambut bulan ramadhan dan menunaikan ibadat rukun islam ketiga iaitu berpuasa. dan disini saya ingin berkongsi cerita berkisahkan tajuk istimewanya ramadhan kali ini. pertamanya yang menjadikan istimewa adalah saya sempat bersahur dan berbuka di hari pertama di rumah bersama keluarga. sewaktu sahur terasa sungguh meriah. dimana semua kami sekeluarga menjamu selera bersama-sama. mak, ayah, abang long, kak long,saya, kak teh, abang din, kak nurul, abang arif dan suhada kecuali kak ngan dan abang ngah. saya terasa sangat excited sehinggakan makan sahur bagaikan berbuka puasa. di mane suhada pun bangun bersahur walaupun tidak berpuasa.
kemudian istimewanya yang kedua adalah, kak long beriye ingin berniaga juadah lauk berbuka di bazar ramadhan. mak menjadi chef dengan memasak semua lauk. so lauk banyak giler bertambah dugaan nya. ade pajeri nanas, ayam gulai, ikan kerapu sweet sour, ayam masak merah, masak udang, sayur- sayuran dan laen laen.
kemudian saat yang dinanti -nanti adalah berbuka puasa. mase berbuka tentular meriah dengan kehadiran semua ahli keluarga. riuh rendah suasana berbuka puasa. terasa sangat seronok.
malam nya pula untuk solat terawih juga merupakan perkara istimewa. kerana sebelum ini kami sekeluarga menunaikan di masjid. tp kali ini. kami sekeluarga menunaikan solat isyak dan terawih secara berjemaah di rumah. ayah menjadi imam. ini lah di antara perkara yang aku idam2 kn dimana kami sekeluarga menunaikan solat berjemaah.
Untuk malam kedua saya tidak menyertai jemaah di rumah kerana menyertai jemaah di surau. kerana malam itu saya akan berangkat pulang. istimewa nya berkaitan suraunya pula adalah jemaah di surau sangatlah ramai. terasa sejuk dihati. moga jemaah itu akan berkekalan untuk selama-lamanya.
keesokannya masa terasa cepat berlalu. malamnya saya akan balik ke kl kerana berkerja pada isnin manakala kak teh juga akan pulang ker UKM malam itu juga. maka terasa berat untuk meninggalkan rumah.
itu lah dia cerita yang hendak saya ceritakan istimewanya ramadhan kali ini dalam hidup saya. sekian salam ramadhan.
No comments:
Post a Comment