entry kali ini bertajuk "janda baik ke port dickson". ia berkaitan dengan program berkhelah yang dicadangkan oleh budak-budak GREAT 4 ni. pada peringkat awalnya lokasi awal adalah di air terjun jada baik.
memandangkan banyak kes lemas yang berkaitan dengan air terjun maka kami menukar ke lokasi lain iaitu pantai port dickson. (padahal kalau da ajal tak kemana). oleh itu program ini berjalan lancar pada hari semalam iaitu 8 november 2009 bertempat di pantai port dickson.
jumlah semua peserta adalah 13 orang kerana ramai yang tidak dapat menyertai kerana perkara- perkara yang tidak dapat dielakkan. bertolak jam 8.30 pagi dan sampai di port dickson dalam jam 9.30 pagi.
sesampainya di sana kaum kaum hawa menyediakan tempat, menyediakan makanan manakala kaum adam pula menghidupkan api untuk BBQ. kami tidak mandi manda dikawasan tersebut kerana airnya surut. setelah selesai BBQ, makan, bergelak ketawa kami pun berkemas. menuju pantai bersebelahan iaitu teluk kemang kerana disitu pantainya lagi lawa dan banyak permainan di sediakan.
bercakap pasal mainan. aku memang excited nak naik "banana boat ". setelah berbincang semua berminat untuk bermain "banana boat" itu. bayaran untuk seorang adalah RM15. apabila asmpai ditengah laut kitaorang dijatuhkan kerana pemandu boat membuat selekoh secara tiba tiba. memang seronok walaupun agak penat. sebanyak 3 kali kejadian jatuh menjatuhkan. kat bawah ni di sertakan gambar "banana boat" untuk tatapan.lebih kurang jam 5.30 petang kitaorang bertolak balik. dan sampai dirumah jam 7 malam. badan masih terasa lenguh- lenguh tetapi kerja mesti datang..hehe..
No comments:
Post a Comment