tetibe nak wat entry
yang bertajuk tanganku tiada
"
aku dilahirkan sebagai seorang makhluk tuhan yang sempurna
sihat walaifiat sempurna sifat
dimurahkan rezeki sehingga berjaya menamatkan pelajaran ke peringkat ijazah dari sebuah IPTA terkemuka tanah air
aku berasakan bahawa aku lah manusia hebat
ciptaan sempurna dan bijak pandai
aku tidak pernah menderma sesen ke surau atau ke orang miskin mahupun ke anak yatim
bahkan aku benci kepada mereka yang susah
agamaku islam
bukti kukuhnye tercatat dalam ic ku
tapi cara hidupku tidak menggambarkan aku seorng islam
aku tidak sembahyang, sering buat dosa enjoy dizaman muda
aku boleh dikatakn mempunyai wajah yang cantik
dan ramai yang ingin berkawan dengan ku
setelah hidup bekerjaya
hubungan aku dengan keluarga makin jauh
aku tidak lagi menelefon bertanya khabar keluarga di kampung
malah panggilan dari mereka aku tidak dijawab
kerana hidupku sudah senang
aku punyai kerja yang tetap dengan gaji yang tinggi
kawan2x ku sumenye berkerjaya
pada suatu hari tanganku di tumbuhi dengan butir2x halus sebesar pasir
lame kelamaan semakin banyak dan mengelembung
setelah berjumpa dengan doktor
hanya diberi ubat namun tidak diketahui apakah penyakitnya
makin hari tanganku makin teruk
kedua2x belah tanganku membengkak
sehingga tidak berupaya untuk makan dan berbuat ape2x
lame kelamaan berjangkit ke kaki
kedua kaki turut membengkak
dan aku tidak dapat bergerak
kawan2x yang dulu rapat bergembira tidak lagi menjenguk ku
kerana mereka jijik dengan keadaanku
aku kelaparan tinggal di rumah sewa ku
kerna tidak berupaya untuk menyuap nasi ke mulut ku
akhirnya aku ambil keputusan balik kampung
tika itu siang malam ibu menemani ku
sentiasa disampingku
menyuapkan makanan ke mulutku
memandikan tubuh badanku
memicit2x badanku yang kelenguhan
menggosok2x badanku yang kelayuan
menyapu ubat ke tangan dan kaki ku
membersih najisku, menemanku kala kesunyian
ayah dan adik beradik lain sentiasa disamping memberi sokongan dan galakan
menguatkan semangat ku
ketika itu aku sedar
bahawa ibu, ayah dan adik beradik lah segalanya
yang akan sentiasa bersamaku dikala susah mahupun senang
diwaktu aku kelaparan tiada lagi teman2x yang selalu lepak bersama
ketika aku kesakitan teman2x menjauhi diri
ketika itu juga lar aku semakin dekat dengan Ilahi
aku menadah tangan pohon keampunan dari Nya
sungguh banyak dosa yang telah aku lakukan
lama kelamaan sakitku sembuh
aku semakin dekat dengan keluarga
jiwa dan rohani ku penuh terisi dengan agamu ku
aku merasakan lebih tenang dari sebelumnya
aku sangat bersyukur
dengan dugaan ini
bila satu nikmat ditarik balik oleh Pencipta
ditarik hanya sementara
tak dapat bayangkan andai ditarik untuk selama2x nya
seperti sedia maklum banyaknya nikmat dari Allah
yang dipinjamkan kepada kita sebagai hambaNya
nikmat mata, telinga, mulut, badan, nyawa dan yang paling besar adalah nikmat iman
subhanallah betapa besarnya sayangnya Allah kepada hambaNya
bersama2x lar kita bersyukur dengan nikmatnya
jangan sampai sesudah nikmat ditarik baru rasa hendak bertaubat
sama-samala kita doakan hidayah daripada Allah swt
diturunkan kepada kita semua
sekan wassalam
p/s: hasil nurkilan MRMZ: 12.26am:25/11/2010
No comments:
Post a Comment