Sunday, June 19, 2011

~selami perasaan lelaki bernama Ayah~

wahai anakku,
bukan tujuan ayah meminta darimu semua
tetapi ayah hanya meluahkan perasaan yang terbuku dihati ayah

sebelum ayah menutup mata untuk kali terakhir
ayah ingin sangat merasai
sepertimana ibumu merasai
ayah mengaku ayah begitu mencemburui ibumu
ayah ingin apa yang ibu perolehi

tiap kali kau menelefon rumah
kau hanya berbual dengan ibumu
kau tidak bertanya khabar tentang ayah
sekurang kurangnya kirim lah salam kepada ayah
ayah inginkan itu

tiap kali kau pulang ke kampung
1001 cerita kau ceritakan kepada ibumu
1 cerita pun kau tidak ceritakan kat ayah
ayah ingin mendengar ceritamu nak

tiap kali kau ingin beli sesuatu
kau bertanya pendapat ibumu
jika ibumu suka pasti kau akan beli
ayah ingin kau dengar pendapat ayah

tiap kali makan
kau sendukkan lauk untuk ibumu
kau simpan lauk untuk ibumu
kau beli makanan kegemaran ibumu
ayah tumpang gembira tapi ayah juga ingin dilayan seperti itu
ayah hanya makan apa yang kau beli

sekarang kau sudah dewasa
ayah sangka kau hanya begitu ketika kau bersekolah
ayah ingatkan pabila kau dewasa kau pasti akan rapat dengan ayah
rupanya sangkaan ayah meleset
kau makin melupai ayah

kau kerap kali menelefon henfon ibumu
tidak pernah kau menelefon untuk bercakap dengan ayah
pernah sekali kau telefon ayah
rupanya kau ingin bercakap dengan ibu kerana henfon ibumu rosak

sebelum mata ayah tertutup rapi
inilah permintaaan ayah
andainya ayah tak perolehi
ayah harap bila ayah tiada nanti
kau ciumlah dahi ayah
kau imamkan solat jenazah ayah
kau usunglah jenazah ayah
kau datanglah ziarah pusara ayah
kau sedekahkan al fatihah untuk ayah
sekian saja surat dari ayah untuk anakku...........

Monday, June 13, 2011

~kawen + cameron+air terjun~

Assalamualaikum dan selamat pagi

wiken lepas aku n member bergerak ke ipoh kerana ada kenduri kawen
kenduri kawen dak opis

kenduri nya hari ahad
oleh kerana sebab nak berjalan2x kami pergi hari sabtu
habis satu bandar ipoh kami round
orang kata bandar ipoh mati
tipu je sume tuh
ipoh sangat lar amerika
pub bersepah2x

selepas penat round2x mula lar cari tempat nak beradu
akhirnya jumpa lar satu hotel namanya SAKURA INN HOTEL
RM 80 satu malam
biliknya sangatlah besar dengan 1 katil double dan 2 katil single
siap air cond, tv ,heater xleh pakai

hari ahadnya kami check out pukul 11.30
pekena teh pastu terus gerak ke umah kenduri kawen
pas makan2x, salam2x pengantin kami gerak balik

plan asalnya nak pegi gua tempurung,
tibe2x ternampak sign board CAMERON HIGHLAND
masing2x kate tak penah pegi
masing2x ok jer so pegi lar.
excited giler aku nak makan strabery fresh n tngk ladang teh *( giler jakun )

at last dapat lar juga sampai ke tempat yg dituju
perghhh... best giler udara dier
sejuk nyaman segar marbeles
masuk ladang teh bole tengok2x je lar
xleh nak makan
pastu gerak ke ladang straberi
yang bestnye bole makan straberi yang segar bugar

yang xleh dilupakan straberi dicelup ngn coklat
sedapp woo..
yang diselaputi ngn madu n cream x sodap sangat.

dalam perjalanan turun terserempak dngn air terjun lata iskandar
bergambar je lar seposen
hihi

akhirnya pukul 10 malam tiba di taman equin
singgah kedai lepak2x minum makan dulu
kol 11 da x tahan ngantuk
balik.....................







kami pergi berlima yaitu aku, risal, johan, pian dan kamal.

Wednesday, June 8, 2011

~2 in 1~

Assalamualaikum dan selamat petang


story pertama:
pagi tadi berborak ngn member pasal isu ptptn
then die ada bukak baki pinjaman ptptn
mak aihh... baru teringat udah lame giler idak membayar ptptn ku
sekompem2x anak beranak pinak banyaknya


end of this month plis masukkan sikit dalam akaun tu yerk mRmiji




story kedua: 
jeles ngan rakan2x yg upload gambar kat FB
diorng upload gmbr kawen ngan gambar anak diorng
grrrr..geram bangat aku..
aku jeles tang gmbr anak tu lar
nak je aku rase uplad gmbr anak gak
tapi anak apa yang aku ada?
anak kuceng boleh x???


huhu..adios..

~dua bulan lebeh~

hari: rabu
tarikh: 8/6/2011
masa : 12.45 tngh malam



Assalamualaikum dan selamat malam. 



entry terakhir yang menjadi kandungan adalah pada tarikh 22 /2/ 2011/
ini bermakna lebih dari 4 bulan aku tak update
entah kenapa mood untuk menulis hilang selama 4 bulan tersebut


tanggal 4 jun 2011, 
adik lelaki ku bertunang dengan pilihan hatinya.
aku mengambil cuti dan pulang ke kampung
sungguh meriah majlis pertunangan tersebut
seperti yang disangka2x pasti akan tiba soalan2x maut dari kazen dan mak saudara
yang bertanya bilakan turn aku?, sudah berpunya ke belom?dah jumpa calon belom


dihujani dengan soklan tersebut membuatkan aku rimas, 
bak kate pepatah ajal maut di tangan Allah, 
sampai masa bertemulah kita dengan jodoh dan
berkahwin lar kita


pada 5 jun perkahwinan sepupu ku yang sebaya
majlis tersebut pun meriah juga
dapatlah aku spend masa dengan kazen2x, lepak2x berkerjasama membantu apa yang patut


yang penting aku heppy bila semua berjalan dengan lancar
semoga mereka berbahgia

sebentar tadi dapat berita wife kepada coursemet aku berjaya melahirkan seorang anak lelaki
semestinya wajah kegembiraan di wajah member ku tak dapat dibayangkan


semoga mereka berbahagia dan bertambah bahagia dengan kehadiran orang baru.




dah lewat
sudah tiba masa untuk tido
wassalam.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers