wahai anakku,
bukan tujuan ayah meminta darimu semua
tetapi ayah hanya meluahkan perasaan yang terbuku dihati ayah
sebelum ayah menutup mata untuk kali terakhir
ayah ingin sangat merasai
sepertimana ibumu merasai
ayah mengaku ayah begitu mencemburui ibumu
ayah ingin apa yang ibu perolehi
tiap kali kau menelefon rumah
kau hanya berbual dengan ibumu
kau tidak bertanya khabar tentang ayah
sekurang kurangnya kirim lah salam kepada ayah
ayah inginkan itu
tiap kali kau pulang ke kampung
1001 cerita kau ceritakan kepada ibumu
1 cerita pun kau tidak ceritakan kat ayah
ayah ingin mendengar ceritamu nak
tiap kali kau ingin beli sesuatu
kau bertanya pendapat ibumu
jika ibumu suka pasti kau akan beli
ayah ingin kau dengar pendapat ayah
tiap kali makan
kau sendukkan lauk untuk ibumu
kau simpan lauk untuk ibumu
kau beli makanan kegemaran ibumu
ayah tumpang gembira tapi ayah juga ingin dilayan seperti itu
ayah hanya makan apa yang kau beli
sekarang kau sudah dewasa
ayah sangka kau hanya begitu ketika kau bersekolah
ayah ingatkan pabila kau dewasa kau pasti akan rapat dengan ayah
rupanya sangkaan ayah meleset
kau makin melupai ayah
kau kerap kali menelefon henfon ibumu
tidak pernah kau menelefon untuk bercakap dengan ayah
pernah sekali kau telefon ayah
rupanya kau ingin bercakap dengan ibu kerana henfon ibumu rosak
sebelum mata ayah tertutup rapi
inilah permintaaan ayah
andainya ayah tak perolehi
ayah harap bila ayah tiada nanti
kau ciumlah dahi ayah
kau imamkan solat jenazah ayah
kau usunglah jenazah ayah
kau datanglah ziarah pusara ayah
kau sedekahkan al fatihah untuk ayah
sekian saja surat dari ayah untuk anakku...........

1 comment:
Sungguh memilukan..
Post a Comment