Wednesday, October 7, 2009

~suratan hidup~

setiap manusia dimuka bumi ini telah ditentukan rezeki oleh Yang Maha Pencipta. telah tertulis perjalanan hidup kita. dan dipanggil Qada dan Qada, iaitu ketentuan dari Ilahi.

tetapi ia tidak bermakna kita hanya perlu menanti dan terus menanti dengan apa yang telah ditentukan tanpa sedikit pom berusaha kearah yang kita inginkan.

sebagai contoh bagi seorang pelajar. die telah berusaha gigih siang dan malam mengulangkaji pelajaran dengan berharap akan berjaya dengan cemerlang. tetapi seandaiya ketentuan telah menetapkan bahawa bukan disitu terletak kejayaan yang akan dimiliki. pastinya ia tidak akan beroleh kejayaan.

tetapi harus faham dengan jelas dengan ape yang dimaksudkan dengan suratan hidup. tidak bermakna seseorang tidak perlu berusaha kearah kejayaan kerana yakin perkara yang akan dikecapi suatu hari nanti.

kenapa terlintas difikiran saya untuk berbicara tentang isu ini adalah apabila perasaan ketidakpuasan hati melihat rakan-rakan sebaya telah mengecapi kejayaan dalam pekerjaan masing2. malahan dengan bayaran gaji yang mahal walaupun dengan kelayakan diploma.

ini menunjukkan sudah suratan hidup mereka kecapi kejayaan di mase yang singkat. dan kita seharusnya terus dan terus berusaha kearah yang lebih baik. dari segi sahsiah diri, prestasi diri dan motivasi diri.

disini lah semangat persaingan yang diperlukan. semangat untuk bersaing dan menjadi orang yang lebih berjaya. dan yang penting juga adalah sifat SABAR. semestinya untuk berjaya akan mengambil mase. begitu juga dalam menempuh dunia kerjaya.

oleh itu apa yang dapat saya simpulkan disini adalah saya harus terus menerus berusaha untuk menjadi yang lebih baik dengan berbekalkan semangat persaingan yang positif dan diiringi perasaan sabar yang menebal. wallahuallam..

No comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers