Monday, October 19, 2009

~janji seorang Anak~

aku nak berkongsi tentang satu drama melayu yang sangat bagus pengajaran dan teladan yang ingin disampaikan. antara pelakon yang membintangi drama ini adalah fauziah nawi sebagai ibu, zizan ni sbg anak terpelajar, nasrizal ngasri sbg adik kpd zizan dan sorang pelakon wanita (x taw nama) juga sbg adik kepada zizan

ia mengisahkan zizan yang berasal dari sebuah keluarga miskin. dan die adalah anak sulong dan satu2x nya yang dapat menyambung pelajaran ke peringkat universiti. pada permulaan die melangkah ke universiti. die penuh berazam untuk belajar bersungguh dan berjanji kepada ibu nya setelah tamat pelajaran dan mendapat pekerjaan ia akan mengubah keadaan keluarganya yang dalam serba kesusahan.

segala galanya telah berubah setelah die berada di universiti dan dengan kehidupan yang seronok bersama rakan 2 di universiti . die semakin lupa diri hingga pada cuti semester die tidak pulang kekampung. naluri seorang ibu menyangkan anaknye tidak pulang kerana sibuk dengan mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan.

apabila ibunya mendapat tahu bahawa pelajar universiti sedang bercuti semester, ibunya bergegas ke pasar membeli ikan keli. masakan kegemaran anak nya itu adalah ikan keli masak tempoyak. hancur luluh ibunya apabila anak nya tidak juga kunjung tiba di rumah.

walhal anak nya sedang bercuti bersama rakan2x menghabiskan cuti semester dengan menggunakan duit biasiswa yang diperolehi. hari semakin hari berlalu si anaknya terus dengan kehidupan yang penuh dengan enjoy bersama rakan2x nya. bahkan nenek dan ayahnya meninggal pon die tidak balik kekampung.

disatu hari si anak pulang kekampung. sejuk hati si ibu melihat anaknya pulang. namun kegembiraan si ibu hanya sementara kerana si anak kembali ke kuala lumpur setelah beroleh geran rumah mereka yang dipajak atas pujukan si anak. si anak terus melupakan diri dan terus memberi janji palsu kepada si ibu.

akhirnya kuasa tuhan terbukti apabila si anak ditimpa satu penyakit misteri. disitu lar bermula balasan ke atas semua kekejaman yang dilakukan terhadap ibunya. setelah si anak meninggal dunia. semua di hospital terkejut dek kerana melihat ulat2x keluar dari badan sianak. diteruskan dengan badan jenazah yang amat berat sehingga ke4 tayar van jenazah bocor didalam perjalanan ke kubur. akhirnye jenazah dibawa dengan jentolak sawah padi. jenazah di azab lagi dengan tanah yang mengambusi kubur jenazah tidak mencukupi. setelah itu orang kampung membuat bacaan yassin agar di kurangkan seksaan keatas anak derhaka tersebut.

disini dapatlah lihat betapa besar dan agungnye kuasa Allah. drama seperti ini amatlah bagus dihasilkan untuk tontonan semua masyarakat bahkan sekarang ini ramai anak2x yang lupe diri. sama sama lar kita berdoa agar sentiasa berada di jalan yang betul dan menyanyangi ibu ayah serta keluarga kita. amin

No comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers