Friday, November 20, 2009

~charity program~

akhirnye setelah 3 minggu, rumah anak yatim yang akan kami kunjungi telah pun di pilih iaitu " rumah amal limpahan kasih"bertempat di puchong. semalam telah pun hubungi pihak rumah amal tersebut dan berbincang dengan puan norhayati. terima kasih untuk puan norhayati atas kerjasama anda.

pihak rumah amal menyediakan 30 orang untuk program kami termasuk lelaki dan perempuan sekolah rendah dan juga menengah.semalam sewaktu menelefon puan norhayati sebak terasa kerna apabila dia mengatakan bahawa elakkan membuat aktiviti melibatkan makanan kerana katenya mereka sangat menghargai makanan.kadang2x mereka tidak cukup bahan makanan. kemudian apabila ditanya berkaitan bantuan yang boleh kami berikan die menyatakan hasrat kalau boleh dermakan buku2x untuk tadika kerana ramai diantara anak2x tersebut masih tidak reti membaca dek kerna kekurangan bahan bacaan. aku rasa amat tersentuh dengar cerita puan tersebut. sesungguhnya dengan pendidikan lah dapat membantu mereka apabila dewasa kelak jika tiada pendidikan mereka akan berada dalam kesusahan.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumah amal tersebut disertakan link ke website rumah amal tersebut.
http://rumahanakyatimlimpahankasih.blogspot.com/

No comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers