Wednesday, November 25, 2009

~dugaan hidup~

ini lah namanya dugaan hidup apabila berjauhan dari keluarga, sewaktu mereka sihat tiada apa yang hendak dirisaukan. apabila sudah jatuh sakit, fikiran jadi tak menentu. terasa bagaikan hendak cuti panjang dan duduk di rumah sahaja. namun apakan daya memang adat kerja di perantauan.

aku sangat risau kan keadaan mak aku tuh. kalau call aku dapat rasakan yang suara dia bukan berada dalam keadaan sihat seperti selalu. apabila aku tanya mesti die menjawab semuanya okay. aku ada cari info dalam internet berkaitan dengan cara nak ubati penyakit batu karang tuh. memang lar ada banyak ubat tapi tidak yakin dengan tahap keberkesanan ubat tersebut

ada antara info yang aku dapat menyatakan perlu minum air sebanyak 3 liter satu hari agar batu karang akan hancur dan akan keluar sewaktu kencing. so malam semalam aku mesej lar mak aku dengan memberitahu pasal minur air tu. da mak aku reply :

"mak da try da. tapi selalu jer rase cepat penat kalau buat kerja "

aku bertambah risau dengan keadaan die. so aku mesej adik perempuan aku tuh tanya bagaimana keadaan mak aku. sebab aku mesti buat begitu kerana ibu aku jenis yang suke merahsiakan walaupun die terlantar deman die akan mengatakan sihat sahaja. so bila da dipastikan dari adik aku tuh, baru lar lega

so esok balik ke kampung, aku tak sabar nak balik menjenguk nya. di harapkan mak beransur sembuh dan sihat selalu. amin.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers