Wednesday, September 29, 2010

~HIdup ini terase sunyi bile tiada tangisan insan istimewa yg bergelar ANAK...dirimu tetap ku nanti walau hingga ke hujung nyawaku~

assalamualaikum dan salam sejahtera
semoga kita semua sihat sejahtera dicucuri rahmat dari ilahi

my boss akan bersara sebulan lagi
start minggu depan da jarang die masuk opis
masalah sekarang ini adalah tugas2x beliau haruslah diwarisi kepada kami
selaku asisstant beliau
meeting dengan pihak luar akan bertambah lar jawabnye
lagi lar tidak disukai oleh saya

saya tidak gemar berada diatas jalan raya untuk jangka masa panjang
maksud saya kena pergi meeting jauh2x, pastu jalan plak jem
adehh..geram tengok perilaku pengguna jalan raya yang bawak kereta tak guna otak
guna nasfsu semate2x


tajuk entry diatas diambil dari status seseorang
sangat menyentuh hati dengan status beliau
beliau sudah berkahwin selama setahun
masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata

pasti beliau berada dalam keadaan sedih dan tertekan
sedih dan tertekan dengan keadaan sekeliling
bila asyik di aju soalan
"belum ada isi ke?"
"bile nak dapat anak?"
"family planning ker?"
dan bermacam2x jenis & gaya soalan

beliau memang teringin sangat untuk beroleh cahaya mata
namun masih belum diberikan rezeki
ada yang dapat anak dan dibuang merata2x,
sedangkan ramai wanita yang bergelar isteri diuji dengan belum dikurniakan cahayamata setelah sekian lame berkahwin
beliau pernah berkata alangkah bagusnya si pembuang anak tersebut menyerahkan bayi tersebut kepada beliaukerana terlalu inginkan cahayamata
sama2x lah kita doakan agar beliau kuatkan semangat tabahkan hatin dan dimurahkan rezeki seterusnya dikurniakan cahaya mata.amin ya rabbal alamin

Tuesday, September 28, 2010

~as per request~

as per request one f my fren he want to see my car
so i juz show here

Monday, September 27, 2010

~konvoi raye ke Johor~

assalamualaikum dan selamat petang
bersua kembali kita pada kali ini

weekend lepas terasa sungguh singkat
dek kerana pegi beraya dirumah kawan2x di johor
keriangan jelas terasa kerana setelah sekian lame tidak bersua muka
malangnya bukan semua dapat sertai
majlis pasti akan bertambah meriah dengan kehadiran YB syafiq
since da lame tak bertemu dengan beliau
harap2xkan ada kesempatan untuk aku pergi melawat beliau disarawak ataupun
beliau datang ke semenanjung ini

masih kepenatan kerana kekerasan "ekzos" belakang sebab duduk kat dalam keta lame sangat
sampai umah semalam pukul 12
terus tido dan pagi ni pegi keje
ni mate terkebil2x kepenatan
no wonder camne keadaan keyo & syazwan

adios..

p/s: jangan lupe klik iklan.hehe

Friday, September 24, 2010

~soalan aqidah~

terjumpa dalam blog seorang ustaz
sangat menarik
so apa lagi
copy & paste je lar..

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai :
Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :
Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pint ar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :
Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya .

Pemuda :
Saya ada 3 pertanyaan:-


1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya


2.Apakah yang dinamakan takdir?

3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, Tentu tidak menyakitkan
buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :
Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai :
Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.


Pemuda :
Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai :
Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :
Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai :
Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda :
Ya!

Kiyai :
Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda :
Saya tidak boleh.

Kiyai :
Itulah jawaban pertanyaan pertama... K ita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kiyai :
Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh sa ya?

Pemuda :
Tidak.

Kiyai :
Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda :
Tidak.

Kiyai :
Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai :
Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda :
Kulit.

Kiyai :
Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda :
Kulit.

Kiyai :
Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda :
Sakit.

Kiyai :
Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuatdari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

~tanyalah ustaz~

assalamualaikum & salam sejahtera
pagi sblm pg keje buka tv
channel astro ria ade rancangan " aidilfitri bersama siti nurhaliza"
tengah2x tengok tibe2x iklan
pastu tekan channel 9
ade rancangan "tanyalah ustaz"
alang2x tu da TERtekan
tengok je lar
lagipun hari jumaat kan,..hihihihi

topik nya silaturrahim
ada caller ingin bertanya pada ustaz tuh
sinopsis perbualan mereka:

caller: saya seorang isteri, suami saya melarang saya dari berjumpa dengan ahli adik beradik saya. pada suatu hari abang yang telah menjadi wali perkahwinan saya jatuh sakit.
dan semestinya saya sebagai adik ingin melawat beliau
tapi jika saya memberitahu kepada suami saya ingin melawat abang yang sedang sakit, kompem die tak bagi, memang dah janji mati dia tak benarkan jumpa dengan adik beradik saya
tanpa pengetahuan suami, saya pergi melawat abang saya.
apakah hukum & dosa yang situasi saya?

ustaz: (setelah membebel panjang, aku higlight mane yang penting jer)
ketaatan seorang isteri ada peringkat nye
pertama kepada Allah,
kedua kepada rasul
dan ketiga kepada suami.
dan bersilaturrahim dengan ahli keluarga adalah kewajiban
situasi si isteri adalah berdepan dengan 2 benda wajib

si suami menjadi penghalang kepada kewajipan yang perlu dilakukan oleh si isteri,
so penanggung dosa adalah si suami.

jam da pukul 8, tutup tv terus pegi keje.

sekian selamat hari jumaat.

Thursday, September 23, 2010

~nasib baek aku bukan WANITA~

assalamualaikum dan salam sejahtera
lokasi berada di menara TM bangsar
dalam bilik training
sebelum training start sempat aku update blog


pagi tadi terdengar satu fakta kat radio
SERVIKS CANSER MERUPAKAN CANSER KEDUA PALING BAHAYA DIDUNIA SELEPAS BREAST CANSER


tau ke ape tu serviks canser??
dalam bahasa melayunya kanser pangkal rahim

pangkal rahim semestinya melanda mereka yang bergelar wanita
jangan plak tibe2x manusia bergelar lelaki pegi klinik
dan kate sakit serviks canser

kompem2x baru kuar wad sakit otak

sedikit info pasal serviks canser yang copy dari mr google

Apakah kanker serviks?
Adalah proses keganasan/kanker yang menyerang mulut rahim.
Siapakah yang mempunyai faktor risiko terkena kanker serviks?

Perempuan dengan ciri-ciri
Kawin muda
Perokok
Kontak seksual dini
Sering melahirkan
Suami tidak sunat
Sering keputihan
Banyak pasangan (berganti2)
Kena penyakit menular seksual


nak tahu detail klik sini
sape2x yang bergelar wanita pergi lar baca

banyak info menarik

kesian kat wanita kan

dah lar desease breast canser pom diorng kene

pastu serviks canser pom melanda wanita

melahirkan anak pom diorang

sume2x tu berkenaan kritikal & merbahaya kes

Tuesday, September 21, 2010

~turunnye sikit, naeknye banyak~

mangkuk hayun betol
turunnye sikit jer
tapi naeknye berlebey2x plak banyaknya

lepas pose aritu turun 4 jer
lepas raye naek 7

-4+7 = 3

so maknenya bertambah lar 3 kilows

pasni kene control balik


jaga pemakanan agar badan kekal sihat & bertenaga

~jom ikut ali setan~

assalamualaikum & selamat pagi
aku ada terbaca kisah ni semalam dari blog seseorang
kata2x dari pelakon ali setan ni sangat memberi makna
aku da bace walaupun panjang tapi semangat nak baca sampai abes berkobar2x
kalo rajn bace lar
kalo malas toksah bace
sekian...

Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.


Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan. Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’

Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia? Azmil Mustafa Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?”

Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat.

Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.

Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat.
Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.

Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Wallahualam.....

Monday, September 20, 2010

~aku malas solat~

jam: 7.45 malam
lagu terpasang: layar keinsafan

kenapa??
dan kenapa rasa malas nak bersolat
padahal solat tu wajib bagi yang beragama islam
tapi hakikatnya aku malas nak solat

apatah lagi nak duduk atas sejadah
sambil baca alquran
berzikir beristighfar menyesali kekhilafan diri
muhasabah diri jauh sekali
walhal kita digalakkan setiap kali sebelum tido
harus amalkan muhasabah diri
tapi yang diamalkan tido sambil pasang radio
sedih dan sedih dengan diri sendiri

nak kata jahil tak tau agama
tapi aku tahu bahawa tinggalkan solat dapat dosa
menimbulkan kemurkaan Allah bila buat dosa
tapi....
still malas nak solat

aku juga tahu bahawa ajal maut tiba tanpa memberi petanda
sampai masa nyawa di pulangkan pada Maha Esa
tapi aku masih alpa dengan dunia

takkan nak tunggu sampai Allah tarik nikmat
baru aku nak rasa insaf
aku juga tahu dengan kalimah kun fayakun semua akan menjadi kenyataan dalam sekelip mata
contoh Allah nak tarik nikmat anggota badan
dengan as-sebab kan eksiden bawak kete then kaki patah
semua itu bole jadi
tanpa ada petanda ataupun amaran
tapi aku masih leka & alpa
dengan peluang yang Allah berikan
bila malang menimpa
baru lar nak
sujud sembah pada Maha Esa
itulah manusia


harap2x lar Allah lembutkan hati ini untuk rajin solat
dan ditiupkan hati ini dengan angin keinsafan yang berkekalan hingga ke akhir hayat
amin.

Sunday, September 19, 2010

~cuti raye berakhir harini..sob sob~

assalamualaikum dan salam sejahtera
hari ni last day cuti raye
esok da start keje
setelah sekian lame bercuti

ringkasan aidifitri
memang kena catit ni
memori raya indah bersama keluarga

pas semayang raye, ziarah pusara tokwan belah mak,
melawat tokwan belah ayah, ziarah sedara mara belah ayah
stop tengahari pegi solat jumaat

pas solat terus pegi umah member
sampai ke pukul 6
tu pun sebab mak call bgtau sedara mara ramai kat umah

raye ke-2 plak masa tuk kami sekeluarga pegi ziarah sedara belah mak plak
konvoi 3 bijik kete
maklum lar adik beradik ramai
kuar rumah pagi malam baru balik

raya ke-8 konvoi 4 buah kereta ke kuala terengganu
melawat pusara tokki belah mak & melawat sanak saudara di sana

raye ke 9- konvoi 4 buah kereta pegi berkhelah di tepi pantai
mandi manda & berBBQ

raye ke-10 kol 8.30 pagi tadi
bertolak balik ke sini
kol 1 sampai ke umah
automatik rasa
fikiran bercelaru,
otak pening,
hati gundah gulana,
jiwa tak tenang.

masa kat kampung semua rasa tu takde
ini maknenya
saya suka kampung saya!!
& saya sayang family saya!!..hehe


Thursday, September 9, 2010

~berdentam dentum, berpusu~

salam malam rayer
sekarang tengah berdentam dentum bunyi mercun di kampung aku nih
tersangatlar meriah die punye mercun mengalahkan sambut merdeka
papepun bagus gak diorang nih
seronok kami sekeluarga dapat tengok

berpusu2x juga lar mesej semua orang masuk ke dalam inbox
terkejut jugak masih ade yang menghantar mesej melalui henpon
anyway terima kasih diucapkkan kepada mereka
terasa diri masih diingati


SELaMat hari Raye, Maaf zahir dan batin, kalo ade tersalah kata terkasar bahasa dalam mencoret kata2x dalam blog nih, harap di maafkan

Wednesday, September 8, 2010

~musim tag mentag kad raya di facebook~

assalamualaikum & selamat bersahur(mention wat entry time sahur)

insyaAllah tinggal lagi esok sehari umat islam berpuasa
dan kemudian sambut hari raya,,yabedabeduuu!!
tapi kan banyak gosip2x hangat mengatakan hari raya jatuh hari khamis
pape pom kita tunggu jer lar pakcik awet muda tu umumkan kat tv nanti
baru tau raya hari khamis or jumaat


sebab tu lar semua orang sibuk tag mentag dr frend list FB
ada yang semangat bagai siap duk edit2x gambar kemudian upload
pastu tag semua orang
adehh...rajin plak diorang mengadap laptop wat bende alah tuh
kalo aku sori lar..huhu


kemudian sampai ada yang sampai awt entry bertajuk ' cara nak meng"untag" gambar di FB sekali gus'
aku yang daif ni pegi bace entry dier
sekali TIPAH TERTIPU BANG!!!!!
betul jugak kate si blogger tuh
bukannya bnyk sngt diri ditag
setakat 2-3 jer
laen lar kalo diva popular tanah air
so biar je lar diri kita ditag..huhu


taun2x lepas
gune hset kat mesej jer
"FORWARD,SEND TO ALL"
senang dan ringkas
masalah kat FB tak de function tuh
harap taun depan FB maju setapak dengan
menambah function tersebut bagi orang yang malas macam aku

tahun ni dpt jimat 90%
sms raya da tak perlu anta
meh buat pengiraan matematik pagi2x buta ni:

ke maxis 1 sen
ke celcom 15 sen

kawan maxis = 30 orang x 1sen
kawan celcom =20 orang x 15 sen
total : 30 sen +30 sen = 60 sen

jimat 60 sen tahun nih..

tahi idung masin punye orang
60 sen pun berkire


bukan berkira
tapi calculate
kita tngok sape yg untung

sorang =60 sen
10 orang = RM6
100 orang =RM60
1000 orang = RM600
10 000 orang = RM6 000
100 000 orang = RM60 000
1 juta = RM 600 000

perghh..kaye siot syarikat telekomunikasi
so tahun ni keuntungan mereka susut RM 600 000
padan muke diorang..hehe

Tuesday, September 7, 2010

~penat aku bergoyang~

assalamualaikum

adeh..penat..
pasni da takmo goyang lagi
bukannya aku bergoyang macam inul bergoyang tu
goyang aku menghasilkan kueh tau..hehe

sejujurnye sangat penat
mula2x semangat berkobar2x
makin lame aku buat ala kadar jer
da laen benor jd bentuknye


semua orang kat FB da buat ucapan selamat hari raya
rasenya macam awal lagi sebab masih ade 2 ari sebelum raya
mungkin diorng excited nak raye kot
pape pom excited mane
jangan lupe satu perkara
yaitu bayar zakat fitrah

aku da bayar dekat alamanda aritu
kebetulan buka puasa kat sana
(kat situ terserempak ngan eira syazira, die ni cun sey kat luar)
ade kaunter zakat so alang2x singgah terus bayar

lenguh abes urat belikat pinggang nih
nak tidor agar hilang segala penat lelah

Monday, September 6, 2010

~mood malas berblog~

Assalamualaikum dan salam sejahtera

adeh..da berhari2x tak membuka blog
sejak da balik umah ni
memang kemalasan mengadap laptop sangat tinggi
so hari ni ku gagahi diri ini untuk mengupdate

hari jumaat lepas sudah pom berada di halaman kampung terchenta
syukul Alhamdulillah selamat sampai dan tiada apa2x masalah
jalan pom clear jer

so far ape yang dah dibuat:

# beli pelita dan pacak kat sekeliling rumah

# membuat reban tuk bela arnab . (seriusly sngt buruk rupenye, mmg xde bakat)

#pegi ni da dapat surat arahan tuk pergi beli cat dan seterusnya cat kubur nenek, malangnya tadi da pegi, cat takde

#then mintak approval dr pihak atasan tuk ubah kedudukan kabinet tv ke tempat laen, sebab kedudukan asalnya di tingkat menghalang udara masuk

#nak goreng kueh sarang durian (ataupun nama laen kueh goyang). semestinye yg adun orang laen.

dah tu je lar.adios..

p/s: jangan lupe klik iklan..trimas

Thursday, September 2, 2010

~cuti raya tambah lagi seminggu~


assalamualaikum & salam sejahtera

berkenaan cuti hari raya
opis tutup selama seminggu
cuti wajib 9-19 hb september
dan dengan ini
aku menambahkan lagi cuti pada hari isnin, selasa, & rabu depan
ini bermakna cuti menjadi 2 minggu

dengan itu kemungkinan aku akan balik kampung esok
petang esok ade gotong royong masak2x tuk jamuan buka pose kt opis
so aku plan tengahari nak escape terus bertolak ke kemaman

masalahnya barang2x sume tak packing lagi
pagi esok maen sumbat2x jer lar apa yang patut

tadi da topup kad touch & go RM50
so tak perlu nak beratur kat tol kalo ramai orang

kalau mood driving cam malas
mybe balik sabtu pagi
so tengok je lar camne esok

pagi tadi pergi maybank
tukar note tuk duet raya
what i can say service that branch so slow
kureng pahala pose sebab marah2x


tapi kan
nak balik ni riso jugak
nak tinggalkan die sesorang kat umah
2 minggu tu
cmne ngn makan minum die
tau x per?
ni dia

tak nampak ke?
jap2x nak zoom in

Wednesday, September 1, 2010

~nuffnang & kredit kad~


assalamualaikum & salam ramadhan ke 22
semoga sihat2x belaka

pertamanya nak ucapkan terima kasih pada yang sudi klik my nuffnang
walaupun kadar kenaikan nya agak lembab umpama siput sedut
atleast ade jugak increment
ape lagik. klik lar alang2x buka nih..hehehe


keduanya pasal kad kredit
terkejut beruk masa bukak maybank2u
tiba2x ade kuar info pasal kad kredit maybank under my name
tak pernah plak sign up
lantas aku pegi maybank untuk tahu lebih lanjut
antara perbualan yang diborak:

aku: " saya x pernah subscribe kredit kad tapi nape kat maybank 2u ada info pasal tu"
staff mybnk: " ada tak orang call mintak nama mak awak?"
aku : (sambil flash back balik) " ada!!"
staff mybk: " owh sebab tu lar, kenapa awak bagi info tuh.so die da reg awak sbg kredit kad user"
aku : " lor saya mana tau"

p/s: the real conversation actually panjang lagi, i juz make it short

then staff tu cakap simpan je kad tu
as long as kita tak pakai tak kene cas
lagipom minimun requirement nak applly credit cad gaji ke RM2500 n above
then lucky la aku punye approve
kate staff tu lar

bola lar pakai wat isi minyak
harap2x aku takde penyakit suke swipe2x
kalo tak mampos.


Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers