Thursday, November 11, 2010

~wujud rupenye di alam nyata ibu cam gitu~

assalamualaikum dan selamat malam
da pukul 11.41 malam
tapi belum rasa mengantuk
sekarang ni berkobar2x perasaan nak wat entry
walaupun topik nye berkaitan perkara 2-3 ari lepas

sesapa saksikan rancangan bersamamu TV3 tak yah baca lar
sebab perihal kali ni berkisarkan pasal rancangan tersebut episod minggu nih
camni kisahnya

seorang bapa tinggal bersama 5 orang anak
si isteri telah pergi meninggalkan keluarga tersebut
tanpa khabar berita
lebih kurang hampir 2 tahun
keluarga itu serba kekurangan
menyara hidup dengan membuka car wash
tak mampu menggaji pekerja
oleh itu hanya dibantu oleh 5 orang anaknya

keluarga tersebut tinggal di tempat carwash tersebut kerana tidak mampu membayar rumah sewa
apabila pengacara bertanya tentang isteri lelaki tersebut dan ini jawapannya:

" saya tak faham apa perasaan ibu anak2x saya, tidakkah ada perasaan rindu terhadap anak2x,
bahkan die yang mengandungkan mereka selama 9 bulan, menyusukan dan menjaga anak2x seramai 5 orang tersebut"

ketika itu berlinang air mata lelaki
tapi memang tabahnya si ayah
beliau wajar di anugerahkan bapa contoh
makan minum dan pelajaran anak2x nye tidak pernah beliau abaikan
sewaktu siaran kelihatan si ayah memasak makanan tengahari untuk sianak yang baru pulang dari sekolah

kelihatan keakraban antara anak2x dan si ayah tersebut
lelaki mane yang sanggup menjaga 5 orang anak setelah ditinggalkan isteri
memang sangat respek kat lelaki tersebut

kemudian anak perempuan yang sulung tentang ibu mereka dan ini jawapannya
" buat masa sekarang ini kami hanya mempunyai ayah, tapi saya sangat merindui ibu saya, kerana saya rapat dengan beliau"

pergh..sungguh menusuk hati
kata2x anak tersebut diiringi dengan air mata yang berjujuran gugur kebumi
terpancar beliau amat rindukan ibunya
aku berharap si ibu menyaksikan rancangan tersebut dan terbuka hati untuk pulang berjumpa dengan anak2x nya

walaupun wanita tersebut terputus hubungan dengan suami
bagaimanakah beliau mampu teruskan hidup dengan berpisah dengan janin yang terbentuk dalam rahim beliau sendiri dan dikandungkan selama 9 bulan
diberikan susu dari badan beliau sendiri


ku sangkakan cerita sepertiini hanya dilakon layar sahaja
rupa- rupanya di alam nyata hidupnya ibu seperti itu

5 comments:

Capik said...

BRo..lu buat gua menangis baca entry lu..menusuk kalbu..nati gua bagi yg happy2 skit..gua xhenti linangan air mata...ohh ibu....sero nk nyanyi lagu mamat exist jer

rehan syazwani said...

nauzubillah..mintak jaoh la jd ibu mcm tu...sobss. sodihnyooo.

MR Bang Miji said...

@capik:huhu..gua nangis time tngk kat tv lg. tibe2x air mate mengalir. nasib baek sorang2x je time tuh..ibu kau lah segala-galanya..huhu

MR Bang Miji said...

@rehan: amin. harap2x itulah ibu pertama dan terakhir kat atas muka bumi nih. huhuh

Zura Tahir said...

ape punye mak lah cm tue..pelik..

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers