Monday, September 20, 2010

~aku malas solat~

jam: 7.45 malam
lagu terpasang: layar keinsafan

kenapa??
dan kenapa rasa malas nak bersolat
padahal solat tu wajib bagi yang beragama islam
tapi hakikatnya aku malas nak solat

apatah lagi nak duduk atas sejadah
sambil baca alquran
berzikir beristighfar menyesali kekhilafan diri
muhasabah diri jauh sekali
walhal kita digalakkan setiap kali sebelum tido
harus amalkan muhasabah diri
tapi yang diamalkan tido sambil pasang radio
sedih dan sedih dengan diri sendiri

nak kata jahil tak tau agama
tapi aku tahu bahawa tinggalkan solat dapat dosa
menimbulkan kemurkaan Allah bila buat dosa
tapi....
still malas nak solat

aku juga tahu bahawa ajal maut tiba tanpa memberi petanda
sampai masa nyawa di pulangkan pada Maha Esa
tapi aku masih alpa dengan dunia

takkan nak tunggu sampai Allah tarik nikmat
baru aku nak rasa insaf
aku juga tahu dengan kalimah kun fayakun semua akan menjadi kenyataan dalam sekelip mata
contoh Allah nak tarik nikmat anggota badan
dengan as-sebab kan eksiden bawak kete then kaki patah
semua itu bole jadi
tanpa ada petanda ataupun amaran
tapi aku masih leka & alpa
dengan peluang yang Allah berikan
bila malang menimpa
baru lar nak
sujud sembah pada Maha Esa
itulah manusia


harap2x lar Allah lembutkan hati ini untuk rajin solat
dan ditiupkan hati ini dengan angin keinsafan yang berkekalan hingga ke akhir hayat
amin.

3 comments:

Rohani Hashim said...

ameen...

syaftome said...

buat benda senang memang payah...
n buat benda buruk memang senang...

bukan senang nak senang...
bukan susah nak susah...

sebabnya...
hawa nafsu diri didorong oleh...
iblis yang tidak pernah sudah-sudah...
menjurus manusia ke jalan yang salah...

JuFRi... said...

insyaAllah..ko kene kuat.Rasulullah ada pesan kan..klu xdpt satu muka surat baca la satu ayat..klu xdpt satu ayat baca la satu huruf dalam satu hari supaya kita x terlepas dari rahmat Allah.Bila dah jadi kebiasaan urusan sehari2 akan dipermudahkan..insyaAllah ko akan rase kemanisan setiap kali membaca Al-quran smpi rase nak b'hanti pn sayang.Cuba la..semoga di beri petunjuk Allah.

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers