Friday, February 5, 2010

~hujan itu rahmat~

sejak dua menjak ni asyik hujan jer kat sini tapi.................................................................

........hujan itu rahmat. ini bermakna Allah swt masih lagi mengurniakan rahmat kepada semua hamba di muka bumi ni walaupun manusia lalai mengingatiNya. tapi apakah balasan hamba dengan rahmat tersebut. mereka masih alpa, leka dan tidak bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan.

banyaknya nikmat yang dikurniakan kepada kita ni tanpa kita sedari. tetapi beratntya mulut kite untuk melafazkan 'Alhamdulillah' sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang diperolehi. tetapi kalau seseorang memberi pertolongan pada kita, secara automatik kita ucapkan 'terima kasih' pada mereka. betapa angkuh dan sombongnya kita kepada pencipta yang memberi segala-galanya untuk kita.

manusia diumpamakan sebagai seketul batu yang berada di atas jalan. tidak mampu berbuat apa2 mahupun bergerak.disepak oleh kanak2x, dipijak oleh kereta, ditimpa hujan, berpanas pancaran matahari dan kewujudan batu tersebut umpama tiada fungsi.

kemudian seseorang telah mengutip batu tersebut dan dibasuhnya sehingga bersih, di warnakan dengan cantik, di bentukkan dengan menarik, diukir hiasan diatasnya, dan dipamerkan ke khalayak ramai.akhirnya di letak di almari perhiasan.

setelah dipamerkan begitu banyak pujian yang diperolehi dan ramai yang datang menghampiri almari tersebut untuk melihat, menyentuh,menghayati seni dan ingin memiliki nya. ada yang sanggup membayar dengan harga yang yang tinggi dan tidak masuk akal untuk harga seketul batu.

maksudnya disini manusia adalah lemah. tidak mempunyai apa2x kuasa, kemampuan, dan kelayakan melainkan dengan ihsan dari Allah swt. semua yang kite perolehi adalah pinjaman. anggota badan, ijazah, wang ringgit, henset, komputer, mak ayah, keluarga,bahkan nyawa adalah pinjaman daripada Allah swt.

setelah pinjaman ini dipulangkan tiada apa yang menjadi milik kita. hanya imanlah keuntungan yang kita perolehi daripada pinjaman tersebut. dan dengan iman itu lar yang menjadikan kita bernilai di suatu hari kelak iaitu hari perhitungan.
bukan niat dihati untuk berceramah, mengajar, ataupun memandai2x. tetapi sekadar untuk saling ingat mengingati. ustaz selalu pesan sebagaimana sabda Rasulullah " sampaikan daripadaku walaupun satu ayat".

umpamakan disini adalah memukul bola pingpong ke dinding. kuat dipukul kuat lar lantunan balik kepada kita. dan sebaliknya. maksudnya banyak yang kita sampaikan banyak yang kita perolehi. insyaAllah semoga Allah swt mengurniakan hidayah kepada kita dan seluruh umat islam untuk taat dan patuh pada perintahNya dan meninggalkan laranganNya. amin....

No comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers