Tuesday, February 9, 2010

~manis vs pahit~

manis....
*-* kenangan manis merupakan sesuatu perkara indah yang sukar untuk dilupakan.

*-* senyuman yang manis membuatkan hati yang memandang tenang dan selesa dengan senyuman tersebut.

*-* kueh mueh yang manis menjadi pilihan orang ramai

pahit.....
*^*kenangan pahit merupakan suatu igauan ngeri bagi sesetengah orang. sehinggakan ingin melenyapkan terus kenangan tersebut dari memori.

*^*kebiasaannya berkaitan pahit adalah buah buahan. ramai yang tertekan jika buah yang
dimakan terasa pahit

tetapi indah ke apabila hidup dengan "manis". adakah "pahit" tidak berguna dalam hidup kita. ade perumpamaan berbunyi " Manis itu racun, Pahit itu penawar". adakah benar perumpamaan tersebut.

manis seumpama dengan sedap. adakah sedap bagus untuk manusia.sebagai contoh pemakanan. pemakanan yang sedap adakah bagus untuk kesihatan?. sebagai makanan segera, tak dapat dinafikan makan tersebut sedap. tetapi kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut adalah sangat tidak bagus untuk kesihatan.

pahit pula seperti bende yang tidak sedap. sebagai contoh sayur sayuran, buah-buahan dikategorikan tidak sedap kerana ramai yang tidak gemar memakannya. namun makanan tersebut merupakan khasiat yang sangat tinggi nilai nutriennya bagi keperluan tubuh badan seseorang.

semestinya perkara ini tiada siapa yang peduli kerana kesannya di jangka masa panjang. 10-20 tahun akan datang akan nampak kesan buruk pada tubuh badan kita.

oleh itu amalkan pemakanan sihat. kurangkan makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan tingkatkan pemakanan makanan yang berkhasiat seperti buah buahan sayur sayuran dan kurang kolestrol. anda yang menentukan masa depan kesihatan tubuh badan anda. sekian.

2 comments:

yariennisha. said...

Masuk pertandingan buat karangan?
Hehee.. :P

MR Bang Miji said...

heehehe

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers