Friday, March 5, 2010

~tulang rusuk patah & hati pecah~

khamis lepas negara digegarkan dengan kes penderaan adik syafia humairah sehingga meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian otak dan bahagian abdomen mangsa.

belum pun kes tersebut selesai, semalam genap seminggu permergian adik syafia. dan lebih menyedihkan semalam juga lagi satu kes penderaan kanak2x sehingga menempah maut.

menurut berita, seorang kanak2x berusia 18bulan didera hingga mati akibat kecederaan parah. kecederaan parah yang dimaksudkan adalah patah 6 tulang rusuk dan hati mangsa juga pecah.

tak dapat bayangkan tergamak si syaitan tersebut memijak mangsa yang baru berusia 18 bulan sehingga patah tulang rusuk dan hatinya pecah.

dimana letaknya nilai2x kemanusian seorang insan yang bergelar manusia sehingga sanggup bertindak demikian?

dimanakan letak nya hati dan perasaan syaitan tersebut tatkala kanak2x tersebut menangis kesakitan?

dimana letaknya akal fikiran yang dikurniakan untuk membezakan antara yang baik dan buruk?

dimana letaknya sifat belas kasihan terhadap penyeksaan kanak2x?

dimana letaknya naluri seorang kebapaan sehingga sanggup memijak2x mangsa?

pelik gak, diorng ni tinggal di pangsapuri. kawasan perumahan tu kut. siap kongsi dinding ngn orang sebelah. xkan x dengar budak2 yg kene dera menjerit kesakitan. ataupun diorng tu pekak dan bisu. ish2x..manusia2x..

p/s:buruk giler bahasa penulisan aku. maafkan daku. daku lemah bahasa melayu.huuhu

No comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers