Thursday, July 8, 2010

~kategori peminta sedekah

salam dan selamat petang
yezza ini hali suda hali khamis
esok jumaat then wikenn..yeppii

peminta sedekah(PS) sangat banyak bilangannya kat negara kita
dimane2x terserempah ngn mereka
tapi adakah semua PS ni betul2x memerlukan mereka tuk berbuat demikian
umm..bagi pendapat aku bukan semua,
selagi diorng mempunyai kudrat fizikal yang sempurna mereka tak sewajarnya memilih kerjaya PS

jenis2x PS yang terdapat di malaysia:



warga emas:
mereka telah tua dan keringat badan pun tidah gagah.
mungkin dibuang oleh anak dan sebagainya
so mereka wajar dihulurkan sumbangan
haruslah kita menderma kpd golongan ini


orang kurang upaya(OKU)
mereka insan yang kekurangan dari segi fizikal ataupun pancaindera wajar dibantu.
harus lah menderma kepada golongan ini

makcik2x bermuka sedih
yang ni aku berfikir banyak kali sket.
sebab tengok dari sifat fizikal nya tangan kaki semua ada
tapi memilih jalan untuk meminta sedekah
mesti ada yang kate " ala, mungkin makcik ni sakit asma, lenguh lutut, kencing manis and so on"
tapi bagi aku kategori sakit makcik tu tak mewajibkan die untuk pilih jadi PS
antara kerja lain die bole buat kerja cuci pinggan di kedai makan, jual kerepek@ surat khabar etc
banyak lagi kerja2x ringan yang diorang bole buat selain meminta sedekah


makcik bawak anak
yang ni memang aku pantang tengok
kalo jupe aku mesti bebel sorang2x dalam ati
mempergunakan anak untuk menagih simpati orang
sifat fizikal mak nye pun cukup sifat
xnak cari kerja dan pilih tuk jadi PS.
mungkin dngn meminta sedekah pendapatan lebih lumayan
sebab itu diorng memilih profession tuh


situasi minta sedekah berleluasa di malaysia
mungkin kerna sifat pemurah rakyat malaysia
memang kita digalakkan bersedekah
tapi harap2x lar sumbangan kita betul2x membantu golongan yang memerlukan
sama2x la kita fikirkan dan SELAMAT BERAMAL... :)

No comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers