dek kerana teguran cik macy
tentang gambar header blog ni
sebatang pena yang tidak bersarung
tak dapat dinafikan
macam macam interpretasi orang bila melihatnya
nampak seperti tidak berkaliber, tidak sedap mata memandang dan boleh dikategorikan orang yang tidak berkemampuan yang menggunakannya
dan ia juga mencacatkan suatu pandangan andai digunakan dalam mesyuarat2x besar atau sebagainya
tapi ada kisah di sebalik pen tersebut
dan merupakan kisah benar
ketika itu ada mesyuarat dengan pihak huawei
dan aku mewakili tm
selepas mesyuarat tersebut aku perlu menandatangani satu borang
kemudian tercari2x aku pen di dalam beg laptop ku
setelah habis zip diselongkar namun tak juga ku temui
aku jenis yang x suke letak pen kat poket baju
then kalo ada mesti aku keluarkan dan letak kat kete
so pastinye semua pen berkumpul dalam kereta
selak bahagian depan terpegang satu bende
rupenye dakwat pen tersebut
masih lagi berfungsi dengan baik
kemudian tanpa fikir panjang aku menandatangani borang tersebut
selesai masalah dan ketika itu pihak huawei tersenyum melihat keunikan pen tersebut
daripada cerita tersebut
ia menimbulkan pelbagai perseption dari orang yg melihatnya
tapi hakikatnya semua orang menggunakan benda yang sama
cume bezanya hanya sarung pen tersebut
ada yang berjenama pilot, kilometrico, carera dan sebagainya
begitu juga dengan kehidupan kita seharian
pada asasnya semua makhluk manusia adalah sama
tetapi menampakkan perbezaan yang ketara hanya pada pandangan manusia
seorang yang berpakaian polis kelihatan seorang yang garang
seorang yang berpakaian peguam kelihatan petah berkata kata
seorang yang berpakaian compang camping kelihatan miskin
seorang yang berpakaian segak kelihatan kaya raya
itulah pandangan di mata manusia
pelbagai pendapat atau persepsi dari penampilan luaran
ketahuilah bahawa walaupun dakwat pen tersebut kelihatan tanpa sarung
tetapi ia lebih berguna dari pen yang mewah tetapi tiada dakwat
benda yang penting adalah isi dakwat tersebut
bukan sarung,warna malah saiz pen tersebut
tetapi tinta yang mengalir itu lah segala2xnya
ketahuilah bahawa walaupun mereka yang kelihatan miskin
tetapi ia lebih berguna dari mereka yang kaya raya
sebagai contohnya seorang petani dengan pengarah syarikat besar
jelas bahawa jasa petani lagi berguna kepada masyarakat sekeliling
itu lah hakikatnya
tidak kita semewah mana kereta seseorang, sebesar mana rumahnya, sebanyak mana duit mereka
tetapi tiada guna andai tidak memberi khidmat kepada masyarakat
4 comments:
kenapa ni? tak paham..
ummm ada betolnya disebalik apa yg bangmiji cakap nih...
@aibaks: x fhm eh..xpe lar..abaikan
@mzhany: nasib baek mzhany fhm..
wah...sangat menarik...
xde plak aku terpikir pasal tue...
tp memang betul apa yg ko cakap tue...
aku sokong 100% statement ko...
once again...
rambut sama hitam tp hati laen2...
n "don't judge a book by its cover"...
philosophy yang aku hendak amalkan seumur hidup...
Post a Comment