Sunday, December 12, 2010

~tak terfikir plak~

Assamualaikum dan salam sejahtera

sempena awal hijrah
salam maah hijrah diucapkan
tahun baru membuka lembaran
harap2x kan sempena tahun baru ni
diri menjadi lebih baik dari sebelumnya amin....

kisah ni berlaku di pagi jumaat
seorang hamba Allah datang menghampiri dan memberi salam
dan berborak dengan beliau
hari tu cuti sempena cuti ganti besday sultan selangor

antara isi perbualan tersebut:


beliau memulakan dengan memberitahu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa diantara ‘kamu’ yang melihat kemungkaran hendaklah ia ‘mengubahnya’ dengan tangannya, sekiranya tidak mampu…hendaklah dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman."

dalam hati aku berkata " oh yang ni aku da tau, kat sekolah da belajar dulu.aku ingat lagi"

sambung lelaki itu lagi

sekiranya selemah2x iman itu pun tiada dalam diri kita
apakah gunanya kita di atas dunia ini
sedangkan Allah hanya memandang 2 perkara yaitu iman dan amal
kalau iman takde apatah lagi amal

nauzubillah minzalik
astargfirullah halazim...tersentak aku mendengar kata2x tersebut
tapi itu lah hakikatnya
memang tiada apa2x rasa atau pun usaha aku untuk mencegah kemungkaran tersebut
walaupun benda kemungkaran setiap kali aku nampak

wanita yang tidak menutup aurat, lelaki dan wanita bersentuhan secara haram, berpelukan,
di kaca tv, di panggung wayang banyaknya aksi2x yang dilarang Allah yang dipaparkan
tapi tidak ada terlintas di hatiku untuk mencegah
apatah lagi berdoa dikurniakan hidayah

astargfirullahalazim...

tak terfikir plak sampai camtu sekali
walaupun aku tahu tentang sabda Rasulullah tersebut

oleh itu semoga lepas ni aku akan cuba menyahut sabda Rasulullah,
selemah2xnya berdoa minta hidayah daripada Allah

No comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers