Wednesday, February 24, 2010

~bagaimana untuk memupuk rasa cinta terhadap kucing?~



ramai yang fikir yang kucing hanya lah haiwan biasa. ada kucing yang jinak dan ada yang liar.

kucing ada pelbagai jenis. ada yang berbulu nipis, ada yang bulu lebat malah ada yang tiada bulu.

ada yang tinggal di tempat sejuk dan ade di tempat panas. inilah kehebatan ciptaan Allah.

bahkan ada yang berpendapat membazir duit apabila membela kucing. maksud mereka pelaburan yang tidak mendatangkan keuntunga

ada yang berpendapat berdosa membela kucing.ia berdosa seandainya tuannya mengurung binatang tersebut tanpa memberi makanan sehingga binatang tersebut mati kelaparan sebagaimana hadis yang berbunyi "
Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan"

info tentang kucing :

1. jilatan kucing tidak najis.
Bahkan diriwayatkan, bahwa Rasulullah pernah berwudhu dari air yang telah diminum oleh kucing. Dari Aisyah berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘(Kucing) itu tidaklah najis, dia termasuk binatang yang berkeliling di antara kalian’. Dan aku (Aisyah) melihat Rasulullah berwudhu dengan air bekas jilatan kucing.” (HR. Abu Daud).

2. Adalah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw sayang pada kucing. Baginda pernah mencela seorang wanita kerana menyiksa haiwan yang manja itu sehingga mati. Diceritakan juga, ada seorang sahabat Nabi suka mengendung seekor kucing dalam jubahnya lalu baginda memanggil lelaki itu dengan nama Abu Hirairah. (Bapa Kucing).

bahkan nabi juga pernah membela kucing.
"
Salah satu kucing kesayangan Baginda ialah Muezza (Muazza) . Diriwayatkan ada satu ketika nabi ingin menunaikan solat setelah mendengar laungan azan akan tetapi Si Muezza sedang nyenyak tidur di bucu jubahnnya. Baginda tidak mengejutkan Si Muezza akan tetapi memotong bahagian yang digunakan oleh Si Muezza sebagai lapik tidurnya. Sesudah Nabi kembali kerumah dilihat Si Muezza kelihatan kesal dengan perbuatannya dan dilihat cuba memohon maaf atas perbuatannya.

Baginda juga kadangkala membawa Si Muezza bersama-sama dalam majlis dakwahnya dan meletakkannya di pangkuan Baginda sambil berdakwah.

Malah bagi mereka yang pernah ke Tanah Suci Makkah pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing. Dikatakan setiap masuk waktu solat kucing akan berkumpul disini."sumber

oleh itu nak pupuk rase cinta kepada kucing senang saje. dengan bermodalkan hadis2x dan sifat nabi terhadap kucing ia bole dijadikan pemangkin motivasi untuk diri kita menyukai kucing andainya sebelum ini tidak menyukai mereka.

perkara pertama adalah set mind set untuk suka akan kucing. sempena dengan maulidur rasul kali nih, sahutlar seruan untuk mengamalkan sunnah nabi antaranya menyanyangi makhluk tuhan yang bernama kucing. sekian

2 comments:

yariennisha. said...

Wah. Bagusnye entri ni!
^__^

MR Bang Miji said...

thanx for read..hehe

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers