Thursday, February 25, 2010
~maulud nabi~
esok merupakan cuti bagi menyambut hari maulidur rasul. mase kecik2x aritu kalao maulidur rasul mesti ade berarak beramai2x sambil memegang sepanduk dan melaungkan selawat keatas junjungan nabi Muhammad saw ke sekeliling kampung. sekarang x pasti lar samada amalan berarak cmtu masih di amalkan or tidak.
bukan ape bila sertai perarakan cam gitu kadang2x hadir rase keinsafan dalam diri. selain itu dapat merasai pengalaman bagaimana perjalanan nabi dari satu rumah kesatu rumah pada awal
penyebaran agama islam. kalo kite ingat balik perjalanan hidup yang dilalui rasulullah sangat menyeksakan. seperti yang aku masih ingat sewaktu rasulullah berjalan melaui satu perkampungan. dan baginda di ejek, dihina dan dilontar dengan batu, botol dan macam2x lagi. kalo x silap seorang anak remaja yang bertungkus lumus untuk menghalang badan nabi Muhammad dari terkena balingan bende2x seperti botol, batu dan sbg. untuk mengetahui cite selebih lanjut google jer lar erk.huhu
harap2x wiken ni xde lar orang ajak g mana2x, rase cam nak spend mase kat umah jer. walaupun ade ura2x yang ajak nk pg pantai. harap2x cancel. amin.
sempena esok yaitu kelahiran manusia mulia nabi Muhammad saw, semoga Allah swt membuka pintu hati kita dan memberi hidayah untuk jadi hamba yang beriman dan mempunya akhlak sepertimana akhlak nabi Muhammad saw. amin...selamat bercuti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Amiin.. :)
Post a Comment