Monday, August 30, 2010

~kita sedar tak?...........~

assalamualaikum wbt & salam sejahtera

hari ni menjangkau angka 20 ramadhan
ini bermakna dalam masa 10 hari lagi kita akan sambut aidilfitri
semestinya masing2x tengah excited
tuk balik kampung, pasang pelita dihalaman rumah,

menghias rumah bersama keluarga,
mencuba baju2x baru dan sebagainya


tetapi sedarkah kita bagaimana keadaan mereka yang tidak bernasib baik?:-

ibu bapa yang kehilangan anak2x disebabkan tragedi malang,
si tua yang ditinggalkan anak2x,
anak2x yang kematian ibu bapa,
dan juga mereka yang hidup serba kedaifan

sedarkah kita bahawa tatkala 10 hari sebelum syawal menjelma:

ada ibu bapa yang merintih mengalirkan airmata
dek kerana kerinduan terhadap anak2x
yang telah pergi menyahut seruan ilahi

ada segolongan warga emas yang menanti dengan penuh harapan
anak2x kembali kepangkuan mereka
setelah sekian lama berhijrah ke luar kota

ada anak2x yang merintih diwaktu malam
merindui pelukan, ciuman ibu dan ayah tercinta
namun kedua orang tua telah tiada di dunia

ada anak2x yang serba kedaifan
hanya mampu memandang dengan penuh keinginan
rakan2x seusia mereka berbaju baru,
bergelak ketawa menanti syawal menjelma


mungkin kita tidak pernah terfikirkan mereka
kerana kita tidak pernah merasa ataupun berada ditempat mereka
tapi realitinya mereka semua itu wujud di dunia yang fana ini

ada yang merasakan 1syawal tidak bermakna bagi hidup mereka
anak2x telah pergi menyahut seruan ilahi
tiada lagi hilai tawa anak2x kedengaran
mereka harapkan malam 1 syawal yang sunyi sepi terus berlalu dengan pantas
dek kerana tidak tahan menahan rindu yang menebal

1 syawal tiada makna bagi si tua
mereka mendambakan riuh rendah gelak ketawa anak menantu
hilai tawa cucu cucu mereka

1 syawal bagi anak yatim pula
adalah hari yang amat menyedihkan
keinginan tuk bersamalam dengan ibu dan ayah terus dan terus menjadi impian
pusara ibu dan ayah penawar duka

disaat kita bergembira
jangan lah kita melupakan mereka yang tidak bernasib baik
doakan agar sinar menyinari hidup mereka
dan yang lebih penting
bersyukur dengan apa yang kita ada

Saturday, August 28, 2010

~tv1 azan, tv2 azam, tv3 ape?~

assalamualaikum dan selamat sejahtera
ari ni ari ke 18 da kita berpuasa kan
tinggal lebih kurang 11 ari je lagi..

tapi kan
adakah anda sedar bahawa 2 hari lagi kita akan menyambut
hari kemerdekaan yang ke 53
semangat patriotik menyambut hari merdeka tenggelam
dek kerana semua orang sibuk menanti aidilfitri

aku perasan pom sebab tengok tv
ade drama2x yang bertemakan semangat kemerdekaaan

macam contohnye sekarang ni
sesapa yang tengah tengok tv mesti perasan kat
tv2 sekarang tengah bersiaran drama bertajuk azam
malas nak cite pasal cite tuh
p tengk sendiri

main entry ni nak cite
pasal tajuk drama
sekarang ni kat tv1 ada drama bertajuk "AZAN"
kat tv2 plak bertajuk "AZAM"
kang best kalo tv3 buat drama bertajuk "AZANG"
haha
kebetulan plak tv1 ngn tv2 neh

tapi kat tv1 lagi best
sebab lisa surihani berlakun..hehehehe
tp tngk kejap2x jer
sebab tv2 lagi best cite die

sekian saje dari saya
melaporkan drama di tv
adios.

:)

Friday, August 27, 2010

~kenapa lagenda budak setan the series...........~


aku masih tak faham
kenapa dan kenapa

takkan lah pengarah drama tu tak fikir apa yang aku fikir
ataupun aku sorang je fikir benda tuh


tapi tak logik plak penonton diluar sana tak sama fikir ngan aku
semestinya penonton lelaki fikir apa yang aku fikir


lagipon benda tu kan aspek penting
bagi semua pengarah agar rating akan meningkat
dan tarik ramai penonton


sebab aku rasa itu satu kesilapan besar
yang pengarah drama tu buat

dan kesannye ramai orang tak tengok drama tuh


sebagai contoh
tadi aku tertekan channel astro ria
pastu kebetulan ade drama lagenda budak setan
aku tengok tak sampai 5 minit da tukar channel laen
nampak x disini?
nampak kan?
tak nampak sudah!


lagenda budak setan edisi filem tu aku ade "tertengok"
sebab member ajak..(betul!member ajak)
tak rasa rugi pun tengok cite tu walau kene bayar sepuloh hengget
tapi the series ni rase ruginya masa menatap lame2x


tau x sebab ape?
adehh.. sebab heroinnye lar
yang the series ni entah minah dari mane die angkut

walaupun name die ayu
tapi ...................................


kalau compare ngan edisi filem

lisa surihani mainkan watak ayu
perghhhhhhhh....

kalu tayang sejam tanpa iklan pom rase sekejap jer
ehe..

alamak..da pukul 1
smyng jumaat da..............

~syurgamu ramadhan best giler~

drama yang mengisi slot samarinda sekarang ini adahlah "syurgamu ramdhan"
cerita ini sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat best
aku tengok online kt tv3.com.my start episod 1-episod 9
jalan cerita sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat menarik
respek kat penulis skrip cerita ni yang sangat sangat sangat sangat bermakna
pelakon pelakonnya pulak sangat sangat sangat sangat berjaya membawa watak masing2x
tak sabar tuk tunggu episod seterusnya selasa depan

apa yang boleh dikatakan cerita ni MEMANG BEST!!!

Thursday, August 26, 2010

~lagu raya 2010 siap didownload~


tak salah erk kalau wat entry pasal lagu raya
sebab da 15 hari pose kan


6 lagu berjaya di download sebentar tadi
dari album "hangatnya raya"
tapi semua video clip
pasni convert ke mp3 plak

antara lagu2x nya:

1. Bunga Api Di Hati - Shiela, Stacy, Fara Fauzana & Leeya

2. Salam Silaturrahim - Tomok, Mawi, Kieran, & Ikhwan

3. Salam Lebaran - Faizal Tahir, Shahir, Faizal Ismail, Tomok, Mawi, Kieran, Ikhwan, Akim, Black & AG
4. Hanya Kerana Cinta - Aril, Hafiz, Ayu, Tini & Anne

5. Rindu Yang Tak Pergi - Akim, Black & AG

6. Tiba - Faizal Tahir, Shahir & Faizal Ismail

tapi lagu yang aku suka dengar
no 1,2,& 3 jer
yang laen mendayu2x sket kalo nak download bole lar pergi ke laman youtube

Wednesday, August 25, 2010

~perasaan di kala ni~

perasaan sekarang ni : marah, kecewa, geram, lapar,rugi..huhu

marah sebab :
semalam terlanjur tido
sampai tak bangun sahur

kecewa sebab:
da plan nak bangun sahur
makan bubur lambuk kampung baru
bubur lambuk tu sedap tau
sangat sedap
kecewa betol hati ini

geram sebab:
rasanya da set alarm
tapi kenapa bole tak sedar langsung
ish geram nyer

lapar sebab:
sebab ape lagi
sebab tak sahur lar
huhu


rugi sebab:
terlepas nikmat bersahur
bersahur ni pom ada pahala kan
so agak rugi disitu


pagi tadi mase nak pegi keje
bukak radio hot fm
pagi2x da pasang lagu raya
lagu "duhai bonda" $plak tu
aku ape lagi terlolong terpekik sorang2x
mengalahkan sore mamat tuh
kegersangan nak nyanyi lagu raya kan..

sekarang da bole pasang lagu raya
sebab da lepas 15 hari pose kan.

Tuesday, August 24, 2010

~ikan guppy yang hebat~


assalamualaikum
masih lagi berkisarkan anak ikan tunggal aku tuh
walaupun rakan2x seperjuangannya telah kembali ke rahmatullah
tapi die masih lagi hidup

yang pelik nya
tinggalkan 4 ari tanpa bagi makan minum pom still lagik idup (perlu bg minum ker?)
khamis lepas kan aku balik kampung
ari ahad baru balik umah
bile terpandang mini aquarium masih lagi bernyawa ikan tuh
wah..ajaib bangat

plan nak pegi kedai haiwan & belikan 2 ekor tuk die jadikan teman
tapi aku fikir2x balik kan
nanti cuti raya sume orang takde kat umah tu
so nanti mesti die mati time tu
so tak jadi nak belikan die kawan

umm..mybe ikan ni ada power kot
bole ubati penyakit
bole wat duet nih
untuk blnje raya
hahahaha
ish maen2x je nih
jangan percaya bende karut cam gitu

~iklan petronas sempena merdeka 2010~



assalamualaikum
seperti biasa iklan dari petronas yang sangat dinanti2x kan
kalo tak silap iklan raya 2010 dari petronas masih belum kuar
tadi baru terjumpa iklan merdeka dari petronas
cam bese kisahnya bertemakan satu malaysia
malas nak cite panjang
layan je lar



Monday, August 23, 2010

~bile nuffnang nak cecah 50?~

adeh..nape lar slow sangat encik nuffnang ni yerk
sudah sekian lame aku mengaktifkan diri beliau
tapi masih belum mencapai ke angka 50

oleh itu mintak tolong sedara sedari yang bukak my blog
mintak belas ehsan tuan puan untuk mengklik jika ada paparan iklan yang terpapar
jasa & usaha pihak tuan puan amat saya perlukan
dan saya dahului dengan ucapan trimas kasih banyak2x.

sekian adios.
JANGAN LUPA KLIK IKLAN...

Sunday, August 22, 2010

~puas ati @satisfied~

assalamualaikum
empat hari tidak membelek blog
banyak lar entry yang termiss
tadi sempat bace mane yang sempat jer.

tajuk tak best langsung kan
tapi disini nak aku nyatakan bahawa aku berpuas ati
ataupun dalam bahasa standard nya " i'm satisfied"
berpuas ati dengan ape?
hah..
banyak sangat

pertamanya berpuas ati bile apa yang kita idamkan kita dapat
yaitu makhluk beroda 4 yang diidamkan telah berjaya dimiliki
betul kate mr jufri
mase dapat tu rasa puas yang amat sangat
rasa cam nak jerit biar sume orang tahu yang kita puas

yang keduanya dapat balik berbuka bersama family
dan juga bersahur
hari pertama kat kampung berbuka dengan family
hari kedua kami sekeluarga pergi berbuka rumah makcik sedara
penuh satu rumah bila 2 family bergabung
hari ketiga majlis buka puasa dirumah aku dan turut serta family kazen & mu uncle

seterusnya pegi balik umah nenek dikampung
kutip buah duku & buah rambut
kemudian amik kelapa muda & mak buat jelly kelapa
sangat sedap

tapi ada part sedey sikit
yang makcik sebelah rumah tu ada lar tegur
tanya pasal kete aku lar
berapa downpayment, monthly and bile sampai
aku jawab cam bese lar
then esoknya mak aku ada cite
makcik tu mengeluh
sebab dah lame die teringin nak beli kereta baru tapi takde sape yang bole jadi penjamin
anak2x die suma tak layak
da kumpul duit RM4000 tuk downpayment
terpaksa masuk akaun balik
die cakap camtu sebab awal tahun haritu adik aku beli kereta
so mungkin sebab tu die tertekan kot
aku pun turut smpati dengan dier
but what i can do?
just hanya tumpang simpati lar

lupa nak cakap
balik kampung minggu lepas ari khamis petang
dan balik sini petang ahad
pukul 6 tadi baru sampai
3 ari dapat buke & sahur kat umah
sangat berpuas ati

p/s: rasa cam panjang jer. uhuuhuh

Tuesday, August 17, 2010

~syukur alhamdulillah~





assalamualaikum

jawab ler

dah jawab belom??

ok bagus2x..

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar

hah..kang da dapat pahala

syukur alhamdulillah

hehe.(mengarut sorang2x diri)


sebenarnya tengah heppy nih
setelah penat lelah bersengkang mata (over sket)
akhirnya aku dapat juge bende yang aku nanti2x kan
tido malam tak lena beb
mandi pom mandi kerbau jer
tapi yang penting makan tak effect. :) sentiasa kenyang...

pukul 3 lebey tadi pergi berjumpa dengan bende tuh
senyum melebar ke pipi bila nampak
bile da dapat je aku ganyang abes2x
depan belakang dalam serba serbi aku identidy
nak pastikan bende tu elok
bile da berpuas ati baru lar berganjak pergi bawak balik

bermula dari 17 ogos 2010
aku lah pemilik sah kepada bende tuh
dan harta pertamanya tertulis nama aku
so kene lar jaga elok2x
harta pertama tuh
semoga bende alah tu kekal berkekalan di bawah jagaan aku. amin

lalalalalalala.................(still in heppy mode)


saje letak gambar sempena pose nih..hehe

Monday, August 16, 2010

~kuih goyang syafiq~



assalamualaikum & selamat petang
meh sini nak share satu bende nih
ala pasal drama kat tv 3
sempena bulan pose & nak sambut raye nih
tajuk die adalah "kuih Goyang Syafiq"

pelakon nye adalah nabil, fouziah gous, rozita che wan, eizlan yussof
dan dua pelakon cilik yaitu kimi(hentam jer) ngn maisara(kalo x silap lar)

cerita ni aku tak ingat pukul berapa di siaran
penah sekali tertengok kat tv
cite die bole tahan lar
kalo da nabil berlakon mesti lar cite lawak2x
takkan cite seram plak kan

so far aku hanya mendonlod jer
nak tengok live ni tak best
banyak iklan
tau2x je lar tv tuuuut(sensored)
lame iklan dari cite

orang cakap die sambungan dari cite kuih goyang seha
tapi aku tak tengok plak cite seha tuh
yang penting layan sebab suke dengan lawak si nabil nih

adios..
gudnite.
salam

~akhirnya keluar jugak header..adeh.~

fuh...penat giler (sambil peluh menitik2x)
selesai jugak akhirnya
masalah nak kuarkan gambar kat header
da try banyak kali kat template lame tuh
tapi xmo jugak
akhirnye terpaksa lar menukarkan
kepada template baru
adehh..da pukul satu
lame giler spend mase kat sini. grrrrrr

pas setel paparkan header
masalah nuffnang plak tak kuar
so kene lar buat banyak kali
akhirnya jadi lar

dahhhh
nak tido
esok nak bangun sahur lagi
pastu nak pegi keje plak..huhu

amacam ok x template baru ngn header aku???
(kate ok jer )

Saturday, August 14, 2010

~citer 3 idiots 2009 best woo~

sebenarnya cite ni da lame copy dari member
tapi tak bernafsu nak tengok
so malam ni kebosanan yang melanda
tengok lar cite tuh
cite die sangat best
no wonder lar sampai wat tayangan dekat DSI kat UTM
banyak pengajaran disebalik citer tersebut

antaranya adalah nilai persabatan
sangat menyentuh ati dan perasaaan
sifat yang ada pada rancho sangat bagus
dari segi nilai2x dalam persahabatan memang respek abis

kemudian dari segi sistem pendidikan
agak betol ape yang diperkatakan
yaitu tujuan utama belajar adalah untuk lulus exam
tapi sebenarnya yang lebih penting
penguasaan pelajar terhadap apa yang dipelajari lebih penting

disusuli dengan inteligent
kekretifan yang ditunjukkan pom menarik ditonton
kemudian berkisahkan tentang minat
jadilah apa yang kita minat
bukan jadi apa yang orang suruh
seperti kebanyakan pelajar belajar kerna ikut arahan parent

malas nak komen panjang lebar
papepom cite die best

~senyum melebar ke pipi~

hari ke 4 kita berpuasa
tinggal lagi 26 ari
then genap lar sebulan kita berpuasa


sahur pagi ni agak kecewa sebab bangun lambat
beberapa minit sebelum waktu subuh
sempat makan kurma & air jer

bangun tido pukul 11.30
pastu kemas bilik dan pergi hantar baju ke dobi
pastu balik singgah ke jusco
alang2x ke jusco singgah ke mesin timbang padahal
niat utama nk g timbang :P
alangkah terkejut beruknye aku
bila angka yang keluar di mesin timbang adalah 75kg
setelah sekian lame berat tidak mencecah bawah 77kg
walaupun bersenam bagai nak rak
tapi berkat bulan pose ni berjaya mencecah 75kg



dengan harapan hari terakhir ramadhan berat ku mencecah 70 kg
dan secara langsung dalam range berat normal


:)

:):)

:):):)

Friday, August 13, 2010

~eleh balik kg pom kecoh~

wei agak2x r
kecoh bagai nak rak
balik kampung jer pu
kampung pun bukannya glamer sangat pun
setakat kampung dalam malaysia pun nek heboh

eleh setakat buka pose jer pun
buka pose dengan family je pun
ape die?menu banyak kat kampung?
eleh kat bazar ramadhan lagi banyak menu. :P

lagipun balik kampung 2 ari jer
bukan lame pun
laen lar kalo balik setahun:P

satu malaysia canang
kat facebook sume buat status
nak balik kampung buka pose dengan family
eleh, tu pun nak kecoh

TAK HERAN LAR WEI.....................

warghhhhhhhhhhhhhh..aku jeles tau tak
aku pun nak balik kampung
buka pose dengan family aku
makan masakan mak aku
eeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
geramnye akuuuuuuuuuuuuuuuu..

Thursday, August 12, 2010

~ujian betol lar~

ingin kuceritakan apa yang berlaku pada pagi ini
sejak bulan pose ni agak sukar bagi diriku
kerna waktu masuk opis adalah pukul 8 pg

then pagi td seperti biasa
bangun lambat lagi
then pukul 8 baru nak gerak
sampai je kat parking moto
terkejut beruk & mengeluh dalam ati
"adehh.. tayar pancit plak"

ku heret motor ke kedai yang berdekatan dengan rumah ku
waktu tu masih pukul 8.30
so dengan harapan mybe kedai bukak pukul 9 pg
setelah tunggu setengah jam ada sorang brader bagitau kedai moto tu da 2 minggu tutup
tokey die ada problem
adess..hancur luluh ati ku

kt belakang kedai moto tu ade kedai tayar kete
aku pergi situ dengan harapan mntk diorng masukkan angin dlm tayar
atleast smpt lar aku pegi ke kedai yang laen
malangnye angin memang xdpt masuk langsung

kedai laen agak jauh dari situ
lepas seketika aku mikirkan
memang kene pegi jugak kedai tuh
akhirnye heret lar aku motor tersebut
dibawah pancaran matahari yang terik
dipandang orang kereta yang lalu lalang

dalam ati ku berasa sangat sedey
dah lar tengah pose
kene plak heret moto tengah panas
jauh plak tuh
kemeja keje memang da basah lencun da

selepas setengah jam heret moto
akhirnya sampai gak
pas tukar tayar aku da tak larat nak pegi keje
sangat2x penat
then aku terus balik umah
berehat dan tido

adeh..
memang betul2x ujian betol
betol lar orang cakap bulan ramadhan bulan uji tahap kesabaran kita
huhu

syukur alhamdulillah
berjaya jugak pose arini
walaupun ujian melanda
semoga Allah permudahkan segala urusan
amin...

~dengan bangganya~

salam ramadhan
syukur alhamdulillah masih sihat sejahtera
moga terus diberi keizinan untuk terus pose tanpa ada sbrng mslh
amin

dan disini dengan bangganya ingin memberitahu
bahawa aku x pernah pegi lagi bazar ramadhan
cewah.padahal baru ari ke2 pose... hehe

abes tu tak pegi bazar ape yg aku makan??
jeng2x.. aku masak lar
masak ape erk??

simple jer
masak sup ayam + mee hoon jer
terer kan aku masak

mase kat opis smlm search kat google, pastu print
then kol 6.30 bermula lar acara masak
bertindak sambil mengadap kertas resipi
akhirnya sempat lar siap
tapi banyak bahan yang lupa

then berbuka lar dengan mee hoon sup ayam
sahur pun menu yang same
sengaja buat lebih
sahur juz panaskan & tmbh bahan2x yg tinggal

hari ni pom same
masak sup ayam + meehon
tengah tunggu sup masak ni ambil kesempatan update blog
kali ni memang takde bahan yang lupe.
adios..
selamat berbuka :)

Wednesday, August 11, 2010

~BKW or WUF~

syukur alhamdulillah
loan pon da lulus
tadi da pegi sign sume aggrement
so tunggu mase je nak kuar kan
tapi

nak yang mane erk
masih dalam dilema
nak amik BKW atau WUF
kalu ikutkan ati nak amik TBA
tapi abang tu cakap lambat lar kalo amik TBA
so sekarang kene pilih antara BKW atau WUF

BKW= bunyi ala2x BMW
WUF= x sedap. cam panggil serigala plak.

ummmmmmmmmmmmmmmmmmmm..

~menu plan sempena bulan pose~

masih semangat berkobar kobar
harap2x berkekalan lar
jangan separuh jalan da give up

idea ni timbul lepas tengok status 2orang kawan di facebook
sorang tu berazam nak turunkan 5 kg
dan lagi sorang nak turunkan 15kg <- buke makan kurma ngn air suam jer

then aku pun nak wat plan sendiri
yaitu nak tinggalkan nasi tuk sebulan nih
abes tu ????
jangan kuatir wahai perut ku
akan digantikan dengan masakan sup ayam

so dengan hajat selepas ni bersahur & berbuka dengan sup ayam
jangan kuatir lagi
sup akan ditemani dengan kuew toew ataupun roti

tapi still tertanya2x
mampukah aku melupakan nasi untuk sebulan
adakah aku masih lagi bole hidup
insyaAllah dengan keazaman yang kuat akan ku gagahi

bukan semata2x tunk kuruskan badan
tapi tuk amalkan gaya hidup sihat
semestinya akan diganti dengan buah2x an seandainya lapar di waktu malam
doakan agar plan ini berjalan dengan lancar.amin

Tuesday, August 10, 2010

~salam ramadhan~

walaupun majoriti blogger berkisarkan salam ramadhan
aku jugak tidak mau ketinggalan mau ngucapkan ahlan wasallan ramadhan al mubarak
kesempatan ini jgk mau pohon seribu kemaafan
andai ada salah & silap

malam ni bermula solat terawih di seluruh malaysia
semua surau2x & masjid udah menjadi penuh
dan kelihatan pengunjung nye ramai bangat
moga2x berkekalan selama lama nya

malam ni perlunya aku bangun sahur
untuk mendapatkan keberkahan nikmat sahur
so disebabkan kerajinan yang melanda
dan semangat ari pertama sahur
oleh itu aku telah memasak nasi, menggoreng ikan & bentar lagik mauk masak sambal tumis telor
masak siap2x nanti kul 3 pagi bangun makan jer

kalo ikutkan ati enggak mau bngn sahur
cukup sekadar makan sebelum tido
tapi rugi lar tak dapat nikmat sahur

moga2x malam ni diberi kekuatan untuk bangun sahur
jangan plak tak bangun
kang lauk2x tu aku buat breakfast plak

sekali lagi salam ramadhan al mubarak

Monday, August 9, 2010

~wiken bersama family~

hujung minggu yang lepas
keberangkatan ahli keluargaku ke kuala lumpur
sempena majlis konvokesyen adik aku di ukm
mereka tiba pada hari jumaat

alangkah excitednye aku menanti kedatangan mereka
untuk di bawa bersiar2x di kuala lumpur nih
so bole di katekan aku penat sekali wiken yang lepas
spend entirely wiken wif them

perjalanan dimulakan dengan membawa familyku ke putrajaya dan cyberjaya
sebelum tu pegi ukm tuk mengambil adik aku di sana
kol 8 malam sudah berada di rumah memandangkan mereka masih penat

keesokannya mak aku beriye mau pegi nilai 3
maklum lar kat sane barang2x murah
so berangkat lar ke nilai 3
disana makku memborong kain langsir

petangnye pulak diteruskan perjalanan membawa mereka ke klcc
aku dalam dilema kerana takut sesat
lantas aku hubungi si lena
bile da rase yakin aku gagahi untuk ke sana
lebih kurang pukul 3 sampai di klcc

kol 5 teruskan perjalanan tuk balik
adikku yang kecil beriye nak naek lrt
then singgah di lrt bandar tasik selatan naek lrt ke bukit jalil
round2x di bukit jalil walaupun xde event ape kat sane
kembali ke bandar tasik selatan

kemudian jam sudah pukul 8 malam
untuk penghabisan membawa mereka makan sate kajang haji sahmuri
kemudian pukul 10 malam terus balik ke rumah

adik lelaki ku pulak yang beriye nak tengok aksi drift yang berdekatan ngn mardi
then aku, abang ipar, adik & adik lg sorang pegi
kol 1 balik dan masing2x dan tido kepenatan

esok paginye pukul 6.30 aku menghantar parent dan adik perempuan ku ke ukm tuk majlis konvokesyen nye
kemudian balik kembali ke umah dan tido
kol 11 tnghari kami semua yang masih di rumah bergerak ke ukm
selepas penat bergambar & lunch
family ku bertolak pulang ke kemaman pada pukul 3 ptng

pukul 9 malam mereka selamat tiba di kemaman
makku cerita di highway karak berlaku peristiwa mencemaskan
minyak kuar mencurah2x dari tangki minyak kereta abang ipar ku
itupun mereka perasan selepas banyak kereta di belakang membunyikan hon
aku sangat terkejut dengar cite mak aku
bukan bende main2x
melibatkan minyak petrol & seandainya ada yang membuang puntung rokok pasti bencana berlaka
syukur semuanya selamat
di akhirin dengan gam














Wednesday, August 4, 2010

~interest naek lagi?~

mak uih..biar betol biar betol2x
tadi call orang maybank
buat2x tnye berapa kadar interest loan yang aku buat
then die cakap since aku aplly 2 ari lepas so untuk 9 tahun still 4.1
tapi semalam interest da naik kepada 4.25 tuk 9 tahun
mak uihh sekali lagi

ni bukan aku memandai reka cerita eh
pegawai bank yang bagitau
tapi kenapakah berita pasal kenaikan kadar interest ni tak diheboh2xkan
adakah untuk menutup mata & telinga rakyat
entah lar
ada akai pikir sendiri

Sunday, August 1, 2010

~fuhhhh~

waduh2x..lama sungguh ku tidak membuke blogku ni(2 ari jer)
oleh kerana daku tiada diumah
daku pergi melawat kawan2x daku yg berada di utm
daku pegi ke johor pada jumaat lepas
dan malam tadi baru sampai kembali ke rumah daku

daku sangat2x gembira
kerna pemergian daku selama 2 ari berbaloi
dapat jupe kawan2x, bergelak ketawa, makan same2, dll
yer lar selama 4 tahun kami bersama
rasanya itu lar paling lame rasenya daku bersama kawan2x
selama 4 tahun yaitu di utm

semestinya laen kali daku mau pegi lagi

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers