Monday, August 30, 2010

~kita sedar tak?...........~

assalamualaikum wbt & salam sejahtera

hari ni menjangkau angka 20 ramadhan
ini bermakna dalam masa 10 hari lagi kita akan sambut aidilfitri
semestinya masing2x tengah excited
tuk balik kampung, pasang pelita dihalaman rumah,

menghias rumah bersama keluarga,
mencuba baju2x baru dan sebagainya


tetapi sedarkah kita bagaimana keadaan mereka yang tidak bernasib baik?:-

ibu bapa yang kehilangan anak2x disebabkan tragedi malang,
si tua yang ditinggalkan anak2x,
anak2x yang kematian ibu bapa,
dan juga mereka yang hidup serba kedaifan

sedarkah kita bahawa tatkala 10 hari sebelum syawal menjelma:

ada ibu bapa yang merintih mengalirkan airmata
dek kerana kerinduan terhadap anak2x
yang telah pergi menyahut seruan ilahi

ada segolongan warga emas yang menanti dengan penuh harapan
anak2x kembali kepangkuan mereka
setelah sekian lama berhijrah ke luar kota

ada anak2x yang merintih diwaktu malam
merindui pelukan, ciuman ibu dan ayah tercinta
namun kedua orang tua telah tiada di dunia

ada anak2x yang serba kedaifan
hanya mampu memandang dengan penuh keinginan
rakan2x seusia mereka berbaju baru,
bergelak ketawa menanti syawal menjelma


mungkin kita tidak pernah terfikirkan mereka
kerana kita tidak pernah merasa ataupun berada ditempat mereka
tapi realitinya mereka semua itu wujud di dunia yang fana ini

ada yang merasakan 1syawal tidak bermakna bagi hidup mereka
anak2x telah pergi menyahut seruan ilahi
tiada lagi hilai tawa anak2x kedengaran
mereka harapkan malam 1 syawal yang sunyi sepi terus berlalu dengan pantas
dek kerana tidak tahan menahan rindu yang menebal

1 syawal tiada makna bagi si tua
mereka mendambakan riuh rendah gelak ketawa anak menantu
hilai tawa cucu cucu mereka

1 syawal bagi anak yatim pula
adalah hari yang amat menyedihkan
keinginan tuk bersamalam dengan ibu dan ayah terus dan terus menjadi impian
pusara ibu dan ayah penawar duka

disaat kita bergembira
jangan lah kita melupakan mereka yang tidak bernasib baik
doakan agar sinar menyinari hidup mereka
dan yang lebih penting
bersyukur dengan apa yang kita ada

6 comments:

Anonymous said...

wow...mizi...
sangat menusuk kalbu post ko nie...
serius...nice and awesome...
tp betul cakap ko...
kali ini mungkin nasib mereka...
lain kali...mungkin ia terjadi kepada diri kita sendiri...
persoalannya...sudah bersediakah kita???

Unknown said...

thn ni bertambah lagi satu pusara yg kene pegi...huhu mmg sedey...

MR Bang Miji said...

@syaftome: menusuk kalbu ke?haha.tq.
tu lar. mmg kite tak bersedia.uhuhu
@aminah: huh??pusara sape cik aminah?huhu

syaftome said...

betullah mizi...
ia mengingatkan kita supaya sentiasa bersedia...

yariennisha. said...

OK.. Time to be grateful.. Sila jangan boros berbelanja untuk raya ni ye.
:)
*tiba-tiba je nyibuk bagi nasihat*

MR Bang Miji said...

@syaftome: huhu..betol2x
@yariennisha: alamak..lmbt sngt da bg nasihat. da boros pom.haha

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers