Sunday, May 2, 2010

~my bestfren sakit tumor otak~

Astargfirullah...
aku sangat2x terkejut
tersentak jantung,
aku ada add seorang kawan di FB.

kemudian aku bermesej dengannyaa melalui FB.
die sangat ceria, kelakar, peramah, easy going person
sepanjang perbualan kami,
banyak lawak dan cerita kami kongsi
aku sangat selesa berkawan dengannya
namanya wani.

aku memberitahunya yang aku batuk dan malas makan ubat
die menyuruh aku makan ubat.
kemudian die bagitau die sakit asma.
dan ada sakit lain.
namun die cuba rahsikan penyakit lain tersebut,
aku beriye memaksanya untuk bagitau.
selepas sekian lama didesak akhirnya die cerita
yang die ade TUMOR OTAK

aku terkejut. sejak dari awal perbualan tadi die seorang yang kelakar, lawak, peramah dan sebagainya
sepanjang perbualan, tak tergambar langsung dia sedang sakit teruk yaitu TUMOR OTAK STAGE 2
menghampiri stage 3.

dia dapat tahu perkara tersebut tahun lepas
dia merahsiakan dari keluarganya.
malah mak nya tidak tahu perkara tersebut
kata doktor dia hanya ada masa 3 tahun,
aku speechless bila dengar cerita dia.
aku rayu kat die agar tolong nyatakan suma kata2x die bohong dan tipu.
dia mengatakan bahawa dialah paling bertuah kalau semua itu tipu dan bohong.

sekarang beliau hanya mengambil ubat.
dan sering balik ke kampung untuk bersama ibunya.
aku bertanya andai ada solution lain.
katanya operation dan percentage 30% success. implikasinya hilang fikiran @ koma,
astargfirullah. aku sangat terkejut.

aku nasihatkan beliau agar bagitau kepada mak dan keluarganya
agar ibunya doa agar dia sembuh kerana doa ibu cepat dimakbul
namun dia berfikir sebaliknya.
tak sanggup die ceritakan kepada mak dan keluarganya.

aku meminta izinnya untuk bercerita di blog ini.
die tidak mengizinkan,
dan aku memberi alasan jumlah purata visitor harian blog aku 100 orang
dan bile 100 orang ini doakan untuk beliau, InsyaAllah Allah Maha Kuasa untuk merubah takdir dan kejadian hanya kalimah "kun fayakun".
aku anggap dia sebagai besfren aku walau hanya tak sampai sejam kami berkawan.

SO AKU RAYU KEPADA PEMBACA SEKALIAN TOLONGLAH DOAKAN AGAR SAUDARI WANI INI SEMBUH DARI PENYAKIT TUMOR OTAK TERSEBUT. WALAUPUN KEDENGARAN AGAK MUSTAHIL, NAMUN ALLAH MAHA KUASA, KEAJAIBAN MAMPU BERLAKU.

25 comments:

Hasrol Nizam said...

Moga2 dia dapat sembuh.. kadang2 kita tak tau pun org tu ada masalah, sebab dia sentiasa ceria jek kan..

Amri Bahruji matPuisi said...

sungguh mulia hati anda... sy mendoakan agar dia cepat sembuh dan dpt hidup lama.. amin..

insyaAllah...

RerameUngu said...

Semoga Allah panjangkan umur saudari wani..amiin..

Cikgu Dahlia said...

semoga dipanjangkan umurnya oleh ALLAH

Raji and Yeen said...

inshaAllah..
moge2 dier disembuhkan..

honey amour said...

sama2 la kita doakan Wani agar boleh sembuh sepenuhnya...

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Semoga Wani akan sembuh seperti sediakala. Yang penting kuatkan semangat dan ikut nasihat doktor. Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya...

Jieda said...

Saya doakan agar sahabat awak akan sembuh.Amin..

uncle said...

uncle pun sedih bila mendegar cerita ini..sampaikan rasa simpati uncle kepada beliau..uncle akan berdoa dan terus menyokong agar beliau gagah melawan penyakit tersebut...

Unknown said...

amin ya robbal a'lamin...moga moga sahabat tadi diberikan kekuatan menghadapi dugaaan nieh.....pujuk di inform keluarga dia sekurang-kurangnya dia tidak keseorangan menghadapi dugaaan nieh....ya..doa ibu lebih mujarab...

Pemilik Cinta said...

sedihnye.. da la nm de sm dgn nm sy.. smoga wani cepat sembuh dan sentiasa kuat melawan penyakit tu.. ada jgk org yg da teruk tp masih boleh baik krna smgt dan semuanya kerana izin Allah.. byk2kn berdoa.. sy doakn wani cpt sembuh.. btl kata Miji, sbaik2nya beritahu fmly.. mgkin kekuatan dan sokongan mereka dpt membantu..

miss ice said...

smoga shbt awk tabah dgn dugaan-Nya dan cpt sembuh..aminn

Kakak Besar said...

Allah lebih sayangkan dia dari kita, sbb tu Allah datangkan dia dgn ujian...semoga dia akan tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dari-Nya

SaEidah SyamIelah said...

salam bang Miji..saiedah hendak tolong wani,,dengan membantunya membuat rawatan di klinik perubatan elektronik,,kerana klinik ni dapat membantu masalah wani,,ni,,kerana ramai pesakit yang datang ke sana sudah sampai stage 3 pun boleh sembuh,,insyaallah,,wani akan sembuh,,yang penting,,kita kena cari ikhtiar menyembuhkan penyakit yang kita ada,,bukannya membiarkan sahaja,,kerana allah hendak menguji sekuat mana ketaatan kita kepadaNya,,"setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan maut"
ini linknya,
http://ecpikapar.blogspot.com/
kita perlu merawat diri kita selagi masih ada perubatan yang menyediakannya,,kita tidak boleh berputus asa dan membiarkannya..
waa'lam,,^_^

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

semoga beliaw sihat,insyaallah

"sesunnguhnya ALLAH tidak menguji hambanya melainkan setimapal dengan kekuatan mereka"

joegrimjow said...

aiyok
tajuk blog upenye

joegrimjow said...

harap sembuh

Aidi-Safuan said...

sorri, aku tau berprasangka buruk tuh tak baik. tapi pasti ke it is just not a scam?

pernah kena gak dulu kat friendster. end up, dia citer kat orang lain. lain plak penyakit dier.

again, sorry kalau rasa cam aidi nih evil kan sebab citer sedih pon tak nak caya lagi. just awareness. :)

Anonymous said...

get well soon.. moga Allah bantu dia..

Aidi-Safuan : berbaik sangka apa salahnya.. kalau dia tipu pun, kita tak susah.. bantu apa yg mampu.

Seri Bahasa said...

setiap penyakit ada ubatnya. jangan berputus-asa sentiasa berusaha dan selalu berdoa kepada Allah.

fiez^^fiezryn^^fiza said...

Hmm... terhenti seketika kat sini baca kisah ni... hanya doa yang mampu ...

MofizPutra.com said...

mudah2han allah memberkatinya.. mudah2han allah menyembuhkan penyakit wani insyaalah...

Mario said...

semoga dia bersabar dgn dugaan tu...
Allah takan uji kalau dia tak kuat...

starsyeea said...

dari DIA kita datang...

semoga ALLAH permudahkan segalanya utk wani...ameen...

kepada DIA kita kembali...

abigemok said...

sama2 kita doakan dia agar dia sembuh...

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers