slurpp...slurp..tngh mnghirup coklet sundae. otw balik td si fariza singgah mD. so beli lar sundae sbb rege die half price kalo beli meal set. fariza beli set then aku beli sundae.hehe.x sempat abes makan da nk tulis blog nih.kisah ni diceritekan sewaktu dlm perjlnn blk keje td.takut lupe cpt2x aku tulis.
eh ke aku da tulis entry lepas erk. cam da cam belom pom ade...ah lantaks lar. kisah sedey bermule.....
kazen si fariza yg bernama fitri meninggal dunia 2 minggu lepas akibat kemalangan jalanraya. arwah berumur 20 tahun merupakan anak ke2 dr 3 adik beradik. merupakan anak lelaki tunggal dalam keluargenya.
kemalangan tersebut pd mulanya tidak diceritakan kepada akaknya yg sedang belajar di indonesia kerana si akak sedang menghadapi peperiksaan. selepas 2-3 ari koma arwah meninggal dunia. si ibu menelefon akak nya & menceritakan bahawa adik lelaki nya pergi buat selama2xnya. terus meraung si akak mendengar khabar berita tersebut. raungan si akak diikuti dengan cucuran air mata si ibu. si akak meminta agar tunggu sehingga beliau sampai kerana ingin menatap wajah arwah buat kali terakhir. pd mulanya tiket malam tersebut habis, nasib menyebelahinya kerana ada seorang penumpang membatalkn tiketnye.
apabila sampai di rumah. si akak terus menuju ke arwah tanpa menitiskan airmata. dikucup & di tatap wajah arwah sepuas2x nya. si akak faham tentang amalan meratapi jenazah adalah dilarang sekali nabi Muhammad saw.
keesokan harinya selepas dikebumikan jenazah. akak bertemu dengan fariza dan sorng lagi sepupu. mereka bertiga memang rapat. di saat itu lar si akak menangis yang amat kuat sambil berpelukan antara mereka. fariza hanya mampu beri kate2x semangat kepada nya. basah lencun baju fariza dek curahan air mata si akak td.
dari cerita fariza orang yg paling tabah adalah si ayah. arwah sangat rapat dengan ayahnya. sewaktu tiba di hospital si ibu meraung menangis apabile melihat wajah arwah. si bapa memarahi ibu dan berkata " kenapa dengan kamu ini menangis seperti orang tiada agama". ayahnya redha dengan pemergian anaknya. walaupun arwah merupakan anak lelaki tunggal yang dikasihinya pergi untuk selama- lamanya menyahut seruan Ilahi.
ibu arwah ada bgtau fariza yg si arwah berjanji untuk belanja adiknya makan mD sempena hari jadinya. lebih menyedihkan arwah pergi 2 minggu sebelum hari jadi adiknya. demi menunaikan hajat arwah, fariza & kakak arwah pegi membawa si adik makan di mD. sewaktu dalam perjalanan si adik menangis teresak2x.katenya " abang janji nak belanje mD mase besday adik".
aku sangat tersentuh dengar cerita fariza. sedih yang teramat sangat. betapa dasyatnya ujian Allah terhadap keluarga mereka. tetapi Allah Maha Mengetahui. Allah tidak akan menguji hambanya jika mereka tidak mampu harungi.
p/s:sedekahkan alfatihah kepada adik fitri.
2 comments:
T__T
Huhu. Betapa susahnya nak kena menahan kesedihan..
mmg susah nak tahan sedih..huhu
Post a Comment