Monday, March 1, 2010

~manusia bukan lagi manusia~

menurut berita di sebuah televisyen beberapa hari yang lepas mengenai kematian seorang kanak kanak yang berusia tiga tahun akibat didera. suspek didalam kes itu adalah kekasih kepada ibu mangsa. menurut keterangan saksi yang mengatakan melihat bagaimana mangsa dipukul di padang bola.

mangsa disepak diterajang bagaikan bola. hasil bedah siasat mengatakan mangsa meninggal akibat pendarahan diotak, pecah dibahagian abdomen dan kecederaaan teruk di bahagian luaran.

sangat-sangat terkejut dengan kes ini. semakin maju teknologi semakin mundur pemikiran manusia. adakah ini di sebabkan arus pemodenan teknologi??

mengikut pendapat saya, perkara sebegini berlaku kerana keruntuhan moral akhlak di kalangan manusia masa kini. kalau difikirkan secara logik mana mungkin seorang yang bergelar manusia yang mempunyai hati dan perasaan sanggup menendang menerajak kanak2x yanag baru berumur 3 tahun. hasil dari keruntuhan morak dan akhlak dikalangan manusia menyebabkan kanak2x yang menjadi mangsa.

ini jelas menunjukkan manusia terbabit lebih hina dari seekor binatang, ini memang tak dapat dinafikan lagi. sebagai contoh kita lihat kucing. perhatikan bagaimana perilaku si ibu kucing setelah ia melahirkan anaknya. dijaga si anak dengan penuh kasih sayang. dijilatnya badan si anak setiap hari demi menjadikan anak mereka bersih. mempertahankan anak mereka jika berada dalam ancaman.

begitu juga dengan sikap ayam. si ibu akan mempertahankan habis habisan seandanya satu ancaman ingin mengganggu si anak ayam.

begitu juga dengan biawak. melalui rancangan televisyen yang memaparkan bagaimana ibu binatang menjaga anak mereka selepas melahirkan mereka. seperti buaya, gajah, ular, harimau dan sebagainya. mereka menjaga anak2x mereka sebaik2xnya.

tetapi manusia. manusia sanggup membunuh kanak2x yang tidak bersalah. di tahun 2010, kes penderaan anak2x sehingga meninggal, anak2x membuang ibu dan ayah, anak membunuh ayah dan ahli keluarga. kes rogol, ragut, maksiat tak perlu di nyatakan.

cube..

cube.....kite bayangkan apa yang akan terjadi 10 tahun akan datang. diwaktu itu moral manusia telah rosak, akhlak yang terkutuk, kehidupan yang penuh kegelapan, hidup dengan keganasan. diwaktu itu semua manusia bertopengkan syaitan. tiada beza lagi antar manusia, binatang dan syaitan.

benda ini akan jadi kenyataan seandainya sang pemimpin islam masih bertelagah sesama sendiri, keuntungan dan hiburan dititik beratkan, nilai akidah islam diperlekehkan, alim ulamak dipinggirkan, as sunnah diketawakan.

oleh itu sama2x lah menadah tangan merendahkan diri sambil berdoa moga Allah swt mengurniakan hidayah kepada kita dan semua manusi dan kekalkan kita dengan hidayah tersebut buat selama lamanya. semoga Allah memandang kita dengan penuh kerahmatan dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita. dan sama2x mendoakan untuk saudara mara kita dan juga seagama dengan kita agar sentiasa mendapat hidayah dan rahmat dari Ilahi. amin ya rabbal alamin. moga dengan cebisan yag tidak seberapa ini menjadi as-sebab untuk Allah swt mengurniakan hidayah kpd kita dan sekalian alam. sesungguhnya nilai hidayah begitu tinggi dan sukar diperolehi.semoga kite memperolehinya. amin....

2 comments:

yariennisha. said...

Amiin..

Huu.. Camtu la jadinya bila syaitan dah menguasai diri manusia..
Na'uzubillah.. T___T

Dia tak nampak ke budak tu comel?
~_~

MR Bang Miji said...

hati da buta. mata pom buta

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers