Monday, May 3, 2010

~aku capek~

waduh2x. capek sungguh aku rase sekarang.. mat indon mane plak sesat nih
akhirnya berjaya jugak hari sabtu lepas planning kiteorang.
walaupun mula2x nak pergi langkawi tapi tak jadi,
so backup nyer kami pergi MELAKA..Bandaraya Bersejarah..   eeii bosannyaa..
pukul 8.30 pagi bertolak.

destinasi pertama Taman Mini Malaysia Air Keroh
kat sini terdapat semua rumah di malaysia termasuk rumah panjang.
dari satu negeri ke semua negeri rumah kami lawat.
suma rumah ok cuma rumah panjang dengan sabah jer kureng sket.
sebab sakit kaki jalan atas buluh. jangan marah sabahan & sarawakian

kemudian singgah Zoo Melakamacam budak2x.
kat sini cam biasa lar.da nama zoo, banyak binatang lar.
kami sempat naik kuda, gajah x sempat..  gajah bangun lambat.hehe

kemudian lunch kat Banda Hilir.
so makanan popular ikan masak asam + sotong..  aku masak lagi sedap
lepas lunch naek menara taming sari. tinggi siot..ada sorang member kami gayat,
teruk kene bahan masa kat atas..kantoi sebab die diam & muka cuak. haha
penat berjalan kami bersiar naik cruise plak.  peramah giler abang driver cruise
then pegi muzium, naik kapal, a famosa.
berjalan2x kat sana sampai lar pukul 7.30 malam.

kalau pergi melaka tak sah kalo tak makan ikan bakar kan.
so betolak ke umbai.  p/s: kat sini ikan fresh & sedap
kami pilih ikan siakap, udang, kepah, ikan pari, kerang, sotong.
sume dimasak dengan masakan berbeza.
perghhh...sedap gilers. penuh sendat perut.
13 bungkus nasi lemat + 3 nasi putih kami makan.
kami ber6 jer. gilers2x...haha
pastu telan air tembikai. aduh..masing2x cam ular sawa kekenyangan.

bila time bayar terkejut kejap.
makan banyak2x harga total RM 100.
RM 100 tuk 6 orang makan murah lar wei.
nasi lemak bedal 13 bungkus, air tembikai, ikan siakap, pari, sotong, udang, kepah, kerang, otak2x..
pindah duk sane lar. makan ikan bakar tiap2x malam..haha

sampai kat umah kol 12.30 malam.
agak tension memandu kat highway seremban tuh.
line kanan bawak slow. adoyai..tak faham camne dieorang amik lesen.
terpakse la pecut line kiri sekali.
sampai umah, mandi2x. terus tido.
pagi tadi rasa penat yang teramat sangat.
ingat nak buat entry ni semalam.
tak nyempat2x..terus ZZzzz...

p/s: maaflah ter"panjang" plak entry nih..hikhikhik

8 comments:

abigemok said...

weh, capek tu apa? tak fhm aku. huhu

sedap kau mkn ye. aku pun nak ikan bakar jugak. lapar...

anastasyea said...

kalau RM100 tu kira ok sangat la untuk 6 org =)

Ayue Aishah said...

wah... jln2 kat melaka ye.. hehehe.. tmpat sayer tuh! hehehe..

lame dah x balik. insyaallah. khamis ni dah abis exam bole la balik melaka...

sy org melaka ni pon xprnah lg naik cruise tu. huhu. moh la dok melaka leh mkn ikan bakar hari2. besh! hehehe.

Sang Harima said...

Eh.. budak Melaka dia punya bawak kereta macam budak Terengganu jugak ke?

macam gampang bawak slow belah kanan..

MR Bang Miji said...

@kyubi: capek tu penat..betol kot.haha
@anast: betol2x..
@ayue:jom pindah melaka ramai2x.hehe
@sang: xtau lar bdk melaka ke bdk mane..WOI..gua budak terengaanu lar..

mek da ©™ said...

amboi kuat berjalan ye..patut la capekkkkk dong

farysa said...

ikan bakar stu mmg sedap
terliurnye tringat ikan bkr stu

miss lolly a.k.a luvfareda said...

capek ?

urut2 :P

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers